Satay Bung Meen Cafe, Bandar Seri Putra

Jelas kelainan dalam hidangan sate dimana perapannya diolah seakan stik dan kuah kacang diganti dengan sos spesial.

Update: Satay Bung Meen Cafe, Bandar Seri Putra telah ditutup dan kini dijenamakan semula sebagai Travellers Cafe

Terdapat sedikit penambahbaikan menu tetapi menu satay dan steaknya tetap kekal. Jadi jika kalian teringin nak merasa Satay Bung Meen, bolehlah ke Travellers Cafe, Bandar Seri Putra.

Terdapat banyak kedai dan restoran yang menjual sate di Bandar Seri Putra, Bangi. Tetapi majority terbatas kepada resepi tradisi di mana perapan ayam atau daging seperti yg kita tahu mesti ada pakai lengkuas, serai, halia, jintan, kunyit dan lain-lain.

Sate juga biasanya dimakan bersama timun, bawang, nasi himpit dan kuahnya semestinya kuah kacang.

Itu basic Sate Melayu. Semua orang tahu. Tetapi jika anda inginkan kelainan dalam hidangan sate, jom kita terjah Satay Bung Meen di Bandar Seri Putra untuk mencuba rasa sate yang telah diberi nafas baru.

Sate Digrill on Demand

Konsep di sini sama seperti kebanyakkan kedai-kedai sate yang lain. Sate digrill apabila order diterima. Tetapi masa untuk sate siap terasa sedikit lambat. Mungkin digrill dengan penuh kasih-sayang barangkali.

Jadi kalau anda order beratus-ratus cucuk, sila duduk diam-diam dan banyakkan bersabar.

Perapan Stik & Sos Spesial

Pada mulanya saya sedikit sceptical. Apa beza Satay Bung Meen dengan sate-sate yang lain?

Tetapi memang terasa jelas kelainan dalam hidangan sate dimana perapannya diolah seakan stik dan kuah kacang diganti dengan sos spesial persis sos Thai. Manis dan masam.

Timun masih ada cuma disilih dengan timun Jepun atau nama glamour dia Zukini. Bawang pula ditukarkan dengan Tomato Cherry. Dagingnya besar, lembut, juicy, tiada lemak dan rasa perapan stik tu cukup obvious. Senang cerita, makan daging sahaja pun dah cukup sedap.

Tiada Kuah Kacang

Selaku seorang peminat tegar kuah kacang, saya terasa sedikit buntu dan kecewa tatkala pertama kali menjamah sate daging tanpa sentuhan rasa kuah kacang yang manis-manis, berlemak rasa berkacang dan pedas.

Kuah kacang seperti dibunuh kejam dan anasir luar seperti dirasuah masuk atas tiket pembaharuan. Fikir positif. Ini mungkin berita baik untuk geng-geng yang tak makan atau tak boleh makan kacang.

Konsep Cafe

Selain trademark hidangan sate, Satay Bung Meen juga ada menyediakan coffee yang dibrew segar. Restoran ini sebenarnya berkonsep cafe dan seperti yang kita sedia maklum kalau cafe tu selalunya akan serve coffee. Saya tak order coffee kali ni. Mungkin next time boleh cerita.

Harga & Rating

Rasa sate memang tidak dinafikan sedap tetapi harga secucuk sate RM2.10 saya rasakan kurang mesra rakyat. Masa penyediaan juga sedikit lambat tetapi boleh diperbaiki.

Secara total, top performer ialah sate daging. Menurut tekak saya, markah 3.8/5 adalah wajar!

GETTING THERE

Satay Bung Meen Cafe, Bandar Seri Putra


Address: 30, Jalan Seri Putra 1/2, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
Opening Hours:
02:00PM – 11:00PM (Mon – Thu)
02:30PM – 11:00PM (Fri)
Contact: +603-8912 5506 / Facebook

Baca juga: Bangi Wonderland