Nasi Lemak Sotong Warisan Pak Musa, Banting

Sambal dia smooth dan manis tapi tak berapa nak pergi sangat kalau tekak tu dah biasa telan yang pedas.

# # #

Nasi Lemak Sotong Warisan Pak Musa, Banting

Kedai Warisan Pak Musa ini boleh dikatakan kedai nasi lemak sotong yang paling legend di Banting. Iyalah, sejak dari tahun 70an lagi dah beroperasi.

Mungkin sudah 40 tahun lebih berniaga barangkali. Jadi kalau difikiran secara logika, perniagaan yang tahan lama ini mesti sedap dan padu. Ye dak?

Nasi Lemak Longkang

Orang Banting panggil Nasi Lemak Longkang. Dengar nama tak berapa nak ngam sangatlah. Tapi Kedai Warisan Pak Musa ialah salah satu spot sarapan pagi paling sedap, best dan famous di Banting. Sebelum sampai lagi saya dah agak mesti kedai dia dekat-dekat dengan longkang.

Tapi saya tak sangka pulak dia punya longkang pun taraf legend juga. Jadi markah persekitaran atau ambience saya harus ambil kira. Saya kena tegas dalam hal-hal kebersihan ni.

Related Article:  10 Tempat Makan Best & Menarik di Cyberjaya

Alhamdulillah, syukur kebersihan kedai dijaga.

Servis Laju, Sambal Manis & Harga Mampu Milik

Saya order nasi lemak biasa, sambal sotong, telur goyang dan air nescafe-o-ais. Tak sampai dua minit, order dah sampai ke meja. Servis memang laju walaupun pelanggan boleh dikatakan ramai.

Nasi tanak agak kering sedikit, rasa biasa-biasa dan kurang berlemak. Sambal dia smooth dan manis tapi tak berapa nak pergi sangat kalau tekak tu dah biasa telan yang pedas. Sotong amat lembut dan telur goyang boleh tahan sedap.

Timun, ikan bilis goreng dan telur rebus dipotong halus kira boleh la janji ada tapi sedikit mengecewakan kacang goreng tak dilonggokan sekali. Sedih. Bagi hemat dan citarasa saya, nasi lemak yang tak ada kacang goreng ni kurang stim.

Tetapi, apa yang mengagumkan saya ialah harga di sini terlalu mampu milik.

Harga

Nasi lemak – RM1.50
Sotong – RM1.50
Telur – RM1.00

Sungguh mulia. Saya doakan kakak Siti Zaharah Musa dimurahkan rezeki dan panjang umur. Cenggini la guys, berniaga kena ikhlas!

Related Article:  6 Tempat Makan Best & Sedap di Bandar Seri Putra

Rating Jujur

Rating jujur ialah 3.5/5, kalau pedas sikit boleh naik jadi 4/5. Tapi tak semua yang suka sambal yang pedas kan?

Buat pengemar sambal yang manis, mungkin Nasi Lemak Sotong Warisan Pak Musa adalah salah satu nasi lemak sotong kegemaran anda. Kalau singgah di Banting, jangan lupa sarapan pagi di sini ya!

GETTING THERE

Nasi Lemak Sotong Warisan Pak Musa


Address: Jalan Suasa 1, 42700, Banting, Selangor, Malaysia
Opening Hours: 07:30AM – 12:30PM
Contact: +6017-209 1162

       

Duan ialah seorang pekerja kolar putih sepenuh masa, pekebun separuh masa dan bercita-cita menjadi penulis dan pengkritik bebas tak kira masa. Boleh hello beliau di @duanderis walaupun tak berapa nak aktif di socmed.

Topics: Food, , ,