khasiat bunga telang cover

5 Khasiat Bunga Telang untuk Kencing Manis

Selain terkenal sebagai salah satu teh herba pilihan ramai, ini khasiat bunga telang untuk kencing manis yang mungkin masih tidak diketahui umum.

Selain terkenal sebagai salah satu teh herba pilihan ramai, ini khasiat bunga telang untuk kencing manis yang mungkin masih tidak diketahui umum.

Butterfly Pea Flower (Nama saintifik: Clitoria ternatea) atau diketahui umum sebagai bunga telang yang cukup dikenali dengan warna biru terang adalah sejenis tumbuhan daripada keluarga Fabaceae dan ianya mempunyai pelbagai potensi serta manfaat terhadap kesihatan kerana sifat antioksidan, antidiabetik, antimikrob, antihelminthic, hepaprotektif dan antiasma (Sumber).

Antara kebaikan yang acapkali dibincangkan adalah berkait tentang khasiat bunga telang untuk kencing manis. Secara amnya, penyakit kencing manis berlaku apabila pankreas gagal berfungsi mengeluarkan insulin yang berperanan mengawal paras gula dalam darah. Andai insulin tidak cukup, paras gula dalam darah akan meningkat (Sumber).

Penyakit diabetes ataupun kencing manis cukup sinonim di Malaysia. Menurut laporan media pada November 2022, Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes yang tertinggi di Asia dan kedua tertinggi di dunia selepas Arab Saudi (Sumber).

Fakta yang sangat mengerikan bukan?

Sekiranya anda mencari perubatan alternatif berkaitan kencing manis, berikut adalah beberapa khasiat bunga telang untuk kencing manis yang harus anda tahu. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa kajian mengenai khasiat bunga telang terhadap kencing manis masih lagi sangat minimal.

Sebaiknya, dapatkan khidmat nasihat doktor pakar terlebih dahulu. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda semua. Selamat membaca!

1. Bunga Telang Bersifat Antidiabetik

khasiat bunga telang

Pelbagai kajian telah dijalankan terhadap sifat antidiabetik yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan. Bunga telang merupakan salah satu tumbuhan yang dikaji tentang sifat dan potensi antidiabetiknya terhadap kesihatan (Sumber).

Bunga telang berpotensi sebagai agen antioksidan, anti-radang, antidiabetik kerana mengandungi kompaun flavonoid seperti delphinidin, rutin, kaempferol, malvidin dan quercetin (Sumber) serta dipercayai mampu membantu menurunkan tahap glukosa darah dan meningkatkan kepekatan insulin.

Baca juga: Khasiat Pegaga untuk Kesihatan dan Kecantikan

2. Khasiat Bunga Telang untuk Menstabilkan Kadar Gula dalam Darah

Seperti yang dibincangkan di atas, asbab terjadinya penyakit kencing manis adalah apabila kadar insulin yang dihasilkan tubuh tidak cukup untuk mengawal paras gula dalam darah.

Antara khasiat bunga telang yang paling popular adalah ianya dipercayai mampu membantu mengawal paras gula di dalam darah. Berdasarkan kajian pada tahun 2018, seramai 15 responden lelaki yang mengambil minuman mengandungi ekstrak bunga telang menunjukkan kesan peningkatan tahap antioksidan dan pengurangan paras gula dalam darah (Sumber).

Antara dapatan penyelidikan lain berkaitan bunga telang juga turut mengatakan bahawa polifenol tumbuhan seperti antosianin (anthocyanin) mempunyai aktiviti perencatan amilase atau glukosidase dan ianya boleh digunakan sebagai rawatan tambahan untuk meningkatkan kawalan glisemik dalam pesakit kencing manis (Sumber).

Kadar gula dalam darah yang normal adalah sekitar 4.0-5.4 mmol/L (72-99 mg/dl) ketika berpuasa dan sehingga 7.8 mmol/L (140 mg/dl) 2 jam selepas makan.

3. Bunga Telang Membantu Mengawal Berat Badan

teh  bunga telang

Berat badan berlebihan, obesiti atau kegemukan adalah di antara faktor-faktor risiko kencing manis yang paling menonjol di Malaysia.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS 2019), boleh dikatakan lebih separuh po­pulasi dewasa di Malaysia mengalami masalah obesiti berisiko mendapat diabetes ataupun kencing manis (Sumber).

Ditambah pula dengan gaya hidup tidak sihat dan kurang bersenam, risiko penyakit kencing manis akan meningkatkan dengan kadar yang lebih cepat. Maka, teknik pengawalan berat badan yang mudah dan konsisten adalah sangat kritikal.

Baca juga: 5 Cara Diet Yang Betul Menurut WHO

Pengambilan teh bunga telang dikatakan bagus untuk membantu mengawal berat badan. Bunga telang mengandungi catechin yakni sejenis sebatian fenolik yang bersifat antioksidan yang dipercayai mampu membantu membakar lemak serta menggalakkan penurunan berat badan (Sumber).

Cara penyediaan teh bunga telang juga sangat mudah. Boleh dibuat seperti teh biasa yang lain iaitu dengan hanya menambah air panas ke dalam teh bunga telang dan diminum tanpa sebarang sebarang gula atau madu tambahan (Sumber).

Selain itu, menurut hasil kajian terdahulu, ekstrak bunga telang juga didapati berupaya untuk menghalang adipogenesis iaitu pertumbuhan sel lemak baru dan meningkatkan lipolisis dalam adiposit yakni pecahan lemak untuk tenaga (Sumber).

Baca juga: 5 Cara Mengatasi Obesiti (Mudah & Berkesan)

4. Khasiat Bunga Telang untuk Mengawal Stress

khasiat teh bunga telang

Menurut kajian, tekanan psikologi mahupun fizikal mempunyai kesan yang signifikan terhadap fungsi metabolik terutamanya kepada pesakit kencing manis jenis 2 dimana paras gula dalam darah mungkin meningkat disebabkan oleh hormon yang dikeluarkan sebagai tindak balas kepada tekanan (Sumber).

Bukan itu sahaja, penyelidik juga berpendapat bahawa tekanan tahap tinggi juga mungkin boleh menghentikan sel penghasil insulin di dalam pankreas daripada berfungsi dengan baik seterusnya mengurangkan jumlah insulin yang dihasilkannya (Sumber).

Baca juga: 10 Cara Menangani Stress & Tekanan

Teh bunga telang dikatakan mampu untuk meningkatkan mood, menghilangkan tekanan serta mengurangkan gejala kebimbangan. Berdasarkan kajian pada tahun 2011 yang diterbitkan oleh International Journal of Biomedical Research, bunga telang telah diklasifikasikan sebagai adaptogen yakni herba yang boleh meningkatkan daya tahan terhadap tekanan (Sumber).

Selain itu, teh bunga telang juga dipercayai berupaya menyegarkan otak, meningkatkan stamina, mempengaruhi emosi positif dan seterusnya meningkatkan produktiviti di tempat kerja (Sumber).

5. Khasiat Bunga Telang untuk Mengawal Tekanan Oksidatif dan Keradangan

Tekanan oksidatif telah dikaitkan sebagai penyumbang kepada permulaan dan perkembangan diabetes serta komplikasi yang berkaitan dengannya. Beberapa kesan daripada persekitaran oksidatif ialah perkembangan rintangan insulin, disfungsi sel β, toleransi glukosa terjejas dan disfungsi mitokondria, yang akhirnya boleh membawa kepada keadaan penyakit diabetes (Sumber).

Menurut penyelidikan terdahulu, peningkatan penggunaan antosianin mungkin berpotensi untuk mengurangkan kerosakan akibat tekanan oksidatif, keradangan, meningkatkan kesihatan kardiometabolik dan melambatkan gejala dalam neuropatologi yang terdedah (Sumber).

Antosianin merupakan sejenis pigmen pada tumbuhan yang memberikan warna kebiruan, kemerahan atau keunguan pada bunga, buah dan daun tumbuhan hijau bergantung kepada tahap pH kimia (Sumber).

Khasiat bunga telang juga mempunyai kandungan antosianin yang bersifat antioksidaan yang berupaya melawan radikal bebas yang merosakkan sel-sel tubuh. Bahkan, antosianin juga diiktiraf sebagai salah satu sumplemen tambahan untuk memanjangkan manfaat kesihatan melalui pengecilan tekanan oksidatif ataupun keradangan (Sumber).

Bukan itu sahaja, kaedah pengekstrakan air panas kelopak kering atau segar bunga telang boleh digunakan dengan mudah untuk mengekstrak antosianin yang terkandung dalam bunga telang untuk kegunaan kesihatan.

Kaedah ini boleh dikatakan salah satu cara paling mudah untuk menghasilkan teh bunga telang untuk konsumsi dan diet kesihatan anda (Sumber).

Baca juga: 5 Tanda Sakit Buah Pinggang yang Harus Anda Tahu

Kesimpulan

Meskipun terdapat beberapa artifak hasil dapatan kajian terdahulu, khasiat bunga telang untuk kencing manis harus dikaji dengan lebih mendalam dan teliti.

Penyelidikan spesifik khasiat bunga telang terhadap pesakit kencing manis terutamanya manusia perlu diperbanyakkan untuk mengesah dan memahami sepenuhnya kesan serta dos yang sesuai bunga telang untuk tujuan kesihatan

Sekiranya terdapat kebimbangan berkaitan penyakit kencing manis terhadap tahap kesihatan, anda harus mendapatkan khidmat serta nasihat daripada doktor yang terlatih.

Khasiat bunga telang bukanlah pengganti ubat-ubatan klinikal tetapi ianya lebih menjurus kepada herba, amalan tradisional ataupun rawatan alternatif sebagai suplemen tambahan sahaja.

Images credit Freepik

Sumber Rujukan
  1. Ezzudin, R. Muhammad and Rabeta. “A potential of Telang tree (Clitoria ternatea) in human health.” Journal of Food Science 2 (2018): 415-420. Available from: semanticscholar.org
  2. Portal MyHEALTH, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kencing Manis. Retrieved from myhealth.gov.my.
  3. Berita Harian. Malaysia mempunyai kadar diabetes kedua tertinggi di dunia. Retrieved from bharian.com.my.
  4. Verma, Prashant. (2013). Evaluation of antidiabetic antihyperlipidemic and pancreatic regeneration, potential of aerial parts of Clitoria ternatea. Revista Brasileira de Farmacognosia. 5. 819-829. Available from: researchgate.net
  5. Widowati, W., Darsono, L., Lucianus, J., Setiabudi, E., Susang Obeng, S., Stefani, S., Wahyudianingsih, R., Reynaldo Tandibua, K., Gunawan, R., Riski Wijayanti, C., Novianto, A., Sari Widya Kusuma, H., & Rizal, R. (2023). Butterfly pea flower (Clitoria ternatea L.) extract displayed antidiabetic effect through antioxidant, anti-inflammatory, lower hepatic GSK-3β, and pancreatic glycogen on Diabetes Mellitus and dyslipidemia rat. Journal of King Saud University – Science, 35(4), [102579]. Available from: sciencedirect.com
  6. Chusak C, Thilavech T, Henry CJ, Adisakwattana S. Acute effect of Clitoria ternatea flower beverage on glycemic response and antioxidant capacity in healthy subjects: a randomized crossover trial. BMC Complement Altern Med. 2018 Jan 8;18(1):6. doi: 10.1186/s12906-017-2075-7. PMID: 29310631; PMCID: PMC5759795. Available from: ncbi.nlm.nih.gov
  7. Chu, B. (Creator), Lemos, A. (Creator), Wilkin, J. (Creator), Cottin, S. (Creator), Hungerford, G. (Creator), Ronald, C. (Creator), Divers, R. (Creator) (14 Apr 2022). Antidiabetic effect of butterfly pea flower. Mendeley Data. Available from: rke.abertay.ac.uk
  8. Institut Kesihatan Umum (IKU), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tinjauan Kebangsaan
    Kesihatan dan Morbiditi 2019. Retrieved from iku.moh.gov.my.
  9. Lifestyle Asia. Blue tea: 6 health benefits of the butterfly pea flower beverage. Retrieved from lifestyleasia.com.
  10. >NDTV Food. Blue Tea: All You Need To Know About This Herbal Tea That May Help In Weight Loss. Retrieved from food.ndtv.com.
  11. >Chayaratanasin P, Caobi A, Suparpprom C, Saenset S, Pasukamonset P, Suanpairintr N, Barbieri MA, Adisakwattana S. Clitoria ternatea Flower Petal Extract Inhibits Adipogenesis and Lipid Accumulation in 3T3-L1 Preadipocytes by Downregulating Adipogenic Gene Expression. Molecules. 2019 May 17;24(10):1894. doi: 10.3390/molecules24101894. PMID: 31108834; PMCID: PMC6571662. Available from: ncbi.nlm.nih.gov
  12. Sharma K, Akre S, Chakole S, Wanjari MB. Stress-Induced Diabetes: A Review. Cureus. 2022 Sep 13;14(9):e29142. doi: 10.7759/cureus.29142. PMID: 36258973; PMCID: PMC9561544. Available from: ncbi.nlm.nih.gov
  13. Diabetes UK. Stress and diabetes. Retrieved from diabetes.org.uk.
  14. Jawaid, Talha & Tewari, Nidhi & Verma, Lalita. (2011). ADAPTOGENIC AGENTS: A REVIEW. International Journal of Biomedical Research. 2. 10.7439/ijbr.v2i5.104. Available from: researchgate.net
  15. Netmeds. Blue Tea: Unbelievable Health Benefits Of This Butterfly Pea Flower Infusion. Retrieved from netmeds.com.
  16. Rains JL, Jain SK. Oxidative stress, insulin signaling, and diabetes. Free Radic Biol Med. 2011 Mar 1;50(5):567-75. doi: 10.1016/j.freeradbiomed.2010.12.006. Epub 2010 Dec 13. PMID: 21163346; PMCID: PMC3557825. Available from: ncbi.nlm.nih.gov
  17. Speer H, D’Cunha NM, Alexopoulos NI, McKune AJ, Naumovski N. Anthocyanins and Human Health-A Focus on Oxidative Stress, Inflammation and Disease. Antioxidants (Basel). 2020 Apr 28;9(5):366. doi: 10.3390/antiox9050366. PMID: 32353990; PMCID: PMC7278778. Available from: ncbi.nlm.nih.gov
  18. Wikipedia. Antosianin. Retrieved from wikipedia.com.
  19. Speer H, D’Cunha NM, Alexopoulos NI, McKune AJ, Naumovski N. Anthocyanins and Human Health-A Focus on Oxidative Stress, Inflammation and Disease. Antioxidants (Basel). 2020 Apr 28;9(5):366. doi: 10.3390/antiox9050366. PMID: 32353990; PMCID: PMC7278778. Available from: ncbi.nlm.nih.gov
  20. Vidana Gamage GC, Lim YY, Choo WS. Anthocyanins From Clitoria ternatea Flower: Biosynthesis, Extraction, Stability, Antioxidant Activity, and Applications. Front Plant Sci. 2021 Dec 17;12:792303. doi: 10.3389/fpls.2021.792303. PMID: 34975979; PMCID: PMC8718764. Available from: frontiersin.org