Bekerja dari Rumah Cover

5 Perkara yang Boleh Anda Buat Ketika Bekerja dari Rumah

Selain menyiapkan tugasan pejabat, apa perkara lain yang boleh anda lakukan pada masa terluang ketika bekerja dari rumah? Jom kita ikuti perkongsian ini.

Selain menyiapkan tugasan pejabat, apa perkara lain yang boleh anda lakukan pada masa terluang ketika bekerja dari rumah? Jom kita ikuti perkongsian ini.

Terma bekerja dari rumah (BDR) sudah begitu sinonim pada masa kini. Banyak syarikat-syarikat yang terpaksa meneruskan operasi dengan menjalankan polisi BDR demi kelangsungan ekonomi disebabkan pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia.

Bekerja dari Rumah

BDR mungkin ada baik dan buruknya tetapi jika kita terus berfikiran positif pasti banyak sebenarnya kebaikan yang boleh kita manfaatkan ketika bekerja dari rumah. Antaranya adalah seperti mengoptimumkan masa-masa terluang ketika berada di rumah.

Tatkala bekerja di pejabat, pasti ada masa dan ketikanya kita sudah tiada apa yang hendak dibuat. Mungkin terlalu rajin sehinggakan semua kerja sudah selesai. Tentunya anda semua pernah melalui situasi begini bukan?

Jika jawapannya ya, di sini kami senaraikan beberapa perkara yang boleh anda lakukan jika mempunyai masa terluang ketika bekerja dari rumah.

1. Kemas Rumah

Kemas Rumah Sambil Bekerja dari Rumah

Antara perkara yang paling mudah untuk anda lakukan jika mempunyai masa terluang ketika bekerja dari rumah adalah dengan mengemaskan rumah.

Bergantung kepada lokasi tempat kerja, anda mungkin memerlukan sekitar 30 minit hingga 1 jam untuk bergerak dari rumah untuk sampai ke pejabat. Tetapi ketika bekerja di rumah, masa perjalanan boleh dijimatkan kerana ada sudah tidak perlu ke pejabat. Inilah salah satu contoh masa terluang yang dimaksudkan.

Apa kata anda gunakan masa terluang ini untuk mengemas rumah. Ianya adalah salah satu perkara yang tidak memerlukan modal pemula dan sangat baik untuk kesihatan. Di samping itu, rumah serta persekitaran anda akan menjadi lebih bersih dan seterusnya mampu menjamin tahap kesihatan yang lebih bagus.

Baca juga: Cara Menjaga Kebersihan Diri dan Persekitaran

2. Service Aircond Rumah

Selain mengemas rumah, anda juga boleh melakukan aircond service secara “Do It Yourself (DIY)”. Ada banyak produk-produk untuk servis aircond yang tersedia dan dijual di pasaran yang boleh anda cuba.

Usah risau jika anda tiada sebarang kepakaran kerana terdapat banyak aircond specialist yang menawarkan aircond service dari rumah ke rumah. Jika tidak boleh DIY, serahkan sahaja kepada yang lebih arif.

Anda hanya perlu mengawal selia untuk memastikan semua kerja-kerja selesai dan berjalan dengan lancar. Usah bimbang, sambil-sambil bekerja pun boleh buat.

3. Basuh Kereta Sendiri

Bersenam bukan sahaja dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti berjogging mahupun berbasikal. Basuh kereta juga boleh dianggap sebagai bersenam. Selain mampu berjimat, aktiviti membasuh kereta mampu mengeluarkan peluh dan meningkatkan tahap fizikal seseorang.

Walaubagamanapun jika tidak berkesempatan, anda juga boleh menempah car wash & detailing service dengan harga yang kompetitif dan berpatutan.

Basuh Kereta Sambil Bekerja dari Rumah

4. Memasak

Waktu makan tengahari di pejabat adalah di antara waktu yang sering ditunggu-tunggu. Jika di pejabat, anda mungkin harus berpusu-pusu keluar untuk makan di gerai atau restoran yang berdekatan bersama rakan sekerja.

Jika bekerja dari rumah, apa kata anda cuba juga meluangkan masa dengan memasak. Menu masakan tak semestinya harus rumit. Cuba dahulu menu-menu yang ringkas dan mudah.

Selain mampu menjimatkan wang, anda juga boleh mengasah bakat dan skill memasak anda dengan lebih kerap.

Baca juga: 5 Resepi Spaghetti yang Mudah & Sedap

5. Kemaskini Workstation Anda

Kemaskini Workstation Anda

Kebanyakkan orang tidak mempunyai ruang kerja ataupun workstation yang betul ketika bekerja dari rumah. Walaupun nampak remeh, tapi sebenarnya ruang kerja yang tidak kondusif boleh menjejaskan prestasi kerja dan kesihatan tubuh badan kita.

Penggunaan meja dan kerusi yang tidak sesuai akan meningkatkan risiko ergonomik dan ini adalah salah satu isu yang tidak boleh dipandang enteng.

Kemaskini kepada gaming table & ergonomic chair merupakan trend yang kini semakin meningkat naik. Biarpun memerlukan modal yang agak besar, workstation gaming sebenarnya mampu memberikan impak ergonomik yang positif dan keselesaan yang terjamin.

Selain kerusi dan meja, skrin monitor juga memainkan peranan yang sangat penting. Saiz skrin monitor yang terlalu kecil boleh menyukarkan anda untuk bekerja dan seterusnya boleh merosakkan mata.

Jika modal ada kecil, boleh cuba dulu upgrade ke jenama monitor Malaysia yang sudah terbukti murah dan bagus.

All images credit to Freepik