Selain terkenal dengan tapak-tapak arkeologi, terdapat pelbagai tempat menarik di Lenggong yang boleh anda lawati. Ikuti perkongsian ini.
Lenggong terletak di dalam daerah Hulu Perak dan terkenal sebagai salah sebuah tapak arkeologikal yang terpenting di Malaysia.
Tapak arkeologi Lembah Lenggong juga telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2012. Hebat bukan?
Tetapi tahukah anda Lenggong juga terkenal sebagai destinasi percutian yang berteraskan flora dan fauna yang sangat menarik?
Banyak tempat menarik di Lenggong yang sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga. Jom ikuti perkongsian ini.
1. Rumah Sungai
Buka tingkap terus nampak sungai! Tak hairanlah penginapan ini diberi nama Rumah Sungai. Anda pasti akan merasa tenang dek buaian bunyi unggas dan alunan aliran sungai yang mengasyikkan.
Yang lebih rare, di sini ada boleh ikut half day trekking untuk menjejak bunga terbesar di dunia iaitu bunga raflessia.
Buat pencinta alam, ini adalah salah satu tempat menarik di Lenggong yang harus anda kunjungi!
Alamat: Kampung Lata Papan, Kampung Kuak, 33400 Lenggong, Perak
Contact: +6011-5228 1897 / Facebook
2. D’Green Chalet Kampung Temelong
Khusus kepada mereka yang suka dengan suasana kampung di tepi Sungai Perak, D’Green Chalet yang terletak di Kampung Temelong adalah salah satu tempat menarik di Lenggong yang boleh anda kunjungi.
D’Green Chalet terletak di Kampung Temelong dan lokasinya terletak betul-betul berhadapan dengan Sungai Perak.
Terdapat deretan homestay yang cantik dan comel exteriornya. Manakala di bahagian dalam, fasilitinya lengkap serta interiornya sangat kemas dan tersusun.
Di sini, anda boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti bersama keluarga seperti memancing, berkuda, BBQ, bermesra dengan haiwan seperti rusa di mini petting zoo dan macam-macam lagi.
Oh ya..kalau datang pada musim buah, boleh makan buah-buahan seperti rambutan, manggis dan durian di dusun. Menarik bukan?
Alamat: Kampung Temelong, 33400 Lenggong, Perak
Contact: +6012-325 2354 / Facebook
3. Kuak Hill Resort
Kalau anda jenis yang nak bercamping tapi nak maintain glamour ala-ala seperti di hotel, bolehlah ke Kuak Hill Resort!
Apa yang menarik di sini adalah adalah suasana dan pemandangan hutan hujan tropika yang sangat nyaman dan menenangkan.
Manakan tidak, keluar khemah sahaja terus boleh nampak awan di atas Banjaran Titiwangsa.
Jika anda berkesempatan ke Kuak Hill Resort, jangan lupa ambil selfie di kolam infiniti yang menghadap banjaran tu sekali ya!.
Alamat: Lot 3538, Kampung Lata Papan, Kampung Kuak, 33400 Lenggong, Perak
Contact: +6013-870 5101 / Facebook
4. Galeri Arkeologi Lenggong
Secara peribadi, Galeri Arkeologi Lenggong adalah sebuah tempat menarik di Lenggong yang wajib anda singgah!
Sememangnya Lenggong sangat terkenal dengan tapak-tapak arkeologi. Bahkan sudah di iktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Galeri ini bukan sahaja khusus untuk peminat sejarah, malahan juga sangat sesuai untuk semua rakyat Malaysia. Tarikan utama di galeri ini semestinya Orang Perak atau Perak Man.
Galeri ini mempunyai 2 tingkat; tingkat bawah mempamerkan artifak-artifak yang ditemui di Lembah Lenggong, manakala tingkat atas pula lebih kepada penerangan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia.
Alamat: Galeri Arkeologi Lenggong, Jabatan Warisan Negara, 33400 Lenggong, Perak
Contact: +605-767 9700
5. Sumpitan Glamping @ D’impiana Riverview
View this post on Instagram
Sumpitan Glamping adalah salah satu port glamping yang best di Lenggong yang boleh anda cuba.
Dibangunkan di atas 2 ekar tanah, penginapan ini dilengkapi dengan kemudahan seperti surau, dewan terbuka serbaguna, ruang barbeku dan dapur, 8 buah chalet dan pelbagai lagi.
View this post on Instagram
Anda boleh tidur dalam khemah yang ada tilam tebal, dapur pantry kat tepi sungai, campfire, pit serta arang untuk BBQ!
Apabila anda di sini, tenangkan fikiran anda dengan berendam di sungai atau berehat di bawah pokok yang menghijau.
Pendek cerita, Sumpitan Glamping pastinya akan menjanjian sebuah percutian yang unik dan rare.
Alamat: A6, Kampung Sumpitan, 33400 Lenggong, Perak
Contact: +60 13-857 1561 / Facebook
6. Masbro Hidden Village
Terletak berdekatan dengan air terjun, Masbro Hidden Village Lenggong benar-benar berkonsepkan back to nature dimana penginapan di sini ala-ala rumah orang asli yang beralaskan karpet.
Jadi anda kena bawa sleeping bag dengan sweater sebab cuacanya agak sejuk pada malam hari.
Alamat: TM Ladang Teh, 33400 Lenggong, Perak
Contact: +6012-377 5005 / Instagram
7. Aki’s Gallery
Haji Lukhman Mahmud atau lebih mesri dipanggil Aki telah mengumpul barangan antik dan sejarah lebih dari 15 tahun. Kini, anda boleh melihat lebih dari 500 koleksi barangan antiknya di Aki’s Gallery.
Antara koleksi antik yang terdapat di sini adalah seperti wang kertas, set telefon lama, besi-besi antik, poskad, set perkahwinan tradisional, pelbagai tembikar logam dan bermacam-macam lagi.
Kepada peminat barangan antik dan sejarah, ini tempat menarik di Lenggong yang harus anda lawati!
Alamat: Kampung Chepor, 33400 Lenggong, Perak
Contact: Facebook
8. Lenggong Longhouse Campsite
Kalau anda nak lari dari kesibukan kota, jom ke Lenggong Longhouse Campsite. Penginapan ini berkonsepkan pondok dan chalet yang terletak betul-betul di tepi sungai.
Terdapat pilihan chalet dan pondok terbuka untuk penginapan. Jangan risau, tidur kat pondok pun selesa sebab tiada nyamuk.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Nak BBQ pun boleh, cuma bawa makanan dan bakar je. Kalau nak mereka sediakan set hidangan sarapan, lunch dan dinner pun boleh.
Deruan air sungai di sini sangat mendamaikan.
Alamat: Kampung Palong, 33400 Lenggong, Perak
Contact: +6013-3386567 / Facebook
Baca juga: 15 Tempat Makan Best & Menarik di sekitar KL Sentral
9. Restoran Ikan Bakar Tasik Raban
Untuk makan tengahari, bolehlah ke Restoran Tasik Raban Lenggong. Terdapat pelbagai jenis pilihan ikan bakar, masakan tradisional Melayu dan sebagainya.
Yang pastinya di sini terdapat bermacam-macam pilihan lauk-pauk. Ikan lampam, kaloi, tengas dan talapia adalah antara pilihan ikan bakar yang famous di sini.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Restoran Tasik Raban juga mempunyai cawangan di Simpang Pulai dan Pengkalan (ST18).
Alamat: Restoran Ikan Bakar Tasik Raban, 33040 Lenggong, Perak
Contact: +6013-525 1177 / Facebook
10. Kiah Pekasam
Tahukah anda, kini Kiah Pekasam adalah salah satu pengeluar ikan pekasam yang terbesar di Malaysia! Terbaiklah!
Anda pernah layan cerita Kiah Pekasam? Telefilem lakonan Rozita Che Wan atau Che Ta itu adalah diadaptasi dari cerita Puan Kiah sendiri.
View this post on Instagram
Di kedai Kiah Pekasam, anda dapat melihat proses pembuatan ikan pekasam dan anda boleh borong ikan pekasam kegemaran anda.
Kalau tak cukup boleh order je, nanti Kiah poskan.
Alamat: Kampung Pengkalan Ikan, Kuak, 33040 Lenggong, Perak
Contact: +6012-4377906 / Facebook
11. Kebebe Cafe Lenggong
Bila dah bosan asyik BBQ je, bolehlah cuba makan tengah hari di Kebebe Cafe. Di sini anda boleh makan nasi talam yang dihidang bersama pelbagai lauk-pauk kampung.
Antaranya ialah ikan sungai masak lemak, ikan pekasam goreng, ikan bakar, ulam-ulaman, sambal belacan dan kebebe. Eh jap…kebebe tu apa?
Hah..kebebe tu makanan tradisional Lenggong. Kalau nak tahu apa rasanya, kenalah datang dan cuba sendiri ya!
Alamat: Laman Budaya Lenggong, 33400 Lenggong, Perak
Contact: +6012-564 6454
12. Rumah Makan Rusa A76
View this post on Instagram
Pernah terfikir apa rasa daging rusa? Bagaimana teksturnya?
Jika ya, anda bolehlah ke tempat makan ini yang terletak di hadapan Masjid Sumpitan. Kebanyakan menu yang disajikan adalah berasaskan daging rusa.
Port ini juga terkenal sebagai salah satu pitstop untuk geng-geng riders. Nak cari pun tak susah, port ni terletak betul-betul tepi jalan besar.
Alamat: Jalan Utama Kampung Sumpitan, 33400 Lenggong, Perak
Contact: +6019-477 4138 / Facebook
13. Riverine Nature Camp
Buat geng-geng camper 4x, camper van dan family camping; ini adalah salah satu tempat menarik di Lenggong yang harus anda kunjungi.
Riverine Nature Camp adalah campsite yang sangat sesuai untuk para-para campers menghabiskan masa pada hujung minggu.
Kalau nak berkelah dan mandi-manda pun ok tak ada masalah.
Alamat: No.221, Lorong 9, Jalan Utama Kampung Belum Baru, Kampung Sumpitan, 33400 Lenggong, Perak
Contact: +6019-333 8670 / Facebook
14. Lata Kekabu, Lenggong
View this post on Instagram
Lata Kekabu adalah bagaikan permata yang tersembunyi. Terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan luar yang menggemari alam semula jadi.
Kawasan ini sangat sesuai untuk anda yang ingin berehat dan berkelah di hujung minggu.
Alamat: Kampung Kota Tampan Air, 33400 Lenggong, Perak
Contact: +605-791 2384
15. Air Terjun Lata Layang, Lenggong
View this post on Instagram
Selain Lata Kekabu, air terjun Lata Layang yang terletak di kaki Gunung Chepar juga merupakan satu port tempat menarik di Lenggong.
Air terjun 3 tingkat ini terletak di ketinggian 250 meter dan anda harus trekking lebih kurang 3 jam terlebih dahulu sebelum sampai ke lokasi air terjun ini.
Baca juga: Keindahan Air Terjun Lata Layang, Lenggong Perak
16. SukaSuka Lake Retreat, Kg Kelantan
Kepada mereka yang ingin merasai pengalaman menginap di rumah kayu lama, ini adalah tempat menarik di Lenggong yang boleh anda cuba.
SukaSuka Lake Retreat yang terletak berdekatan Tasik Chenderoh ini mempunyai 8 rumah kayu lama dengan 12 bilik yang masih mengekalkan binaan tradisional kampung Melayu.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda cuba seperti memancing, trekking, BBQ dan sebagainya.
Selain itu, anda boleh berkayak dan naik bot untuk enjoy pemandangan di sekitar tasik.
Alamat: PKK 19/27 Kampong Kelantan, 33040 Lenggong, Perak
Contact: +6013-525 1177 / Facebook
17. Homestay Rumah Tiang 16
Terletak di Kampung Ulu Jepai, homestay ini menawarkan pengalaman kehidupan di kampung yang unik dan menarik.
Tetamu akan disambut oleh tuan rumah yang lengkap berpakaian tradisi Melayu dan berpantun. Kemudian, anda akan dihidangkan minuman dan tapai.
Alamat: Jalan Hj Md Nor, Kg Kubang Jambu, 33400 Lenggong, Perak
Contact: +6019-336 8807 / Facebook
Baca juga: 10+ Senarai Homestay Kampung Morten Melaka
18. Homestay Kampung Beng
Homestay Kampung Beng ini agak unik. Untuk pengetahuan anda, kampung ni terdiri daripada enam buah perkampungan kecil, iaitu; Kampung Durian Lubuk, Kampung Beng Dalam, Kampung Dusun, Kampung Sekolah, Kampung Durau, dan Kampung Batu Ring.
Untuk sampai ke Kampung Batu Ring, anda perlu park kereta di jeti Pengkalan Pipit dan naik bot atau sampan menyelusuri Sungai Perak.
Alamat: Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong, 33400 Lenggong, Perak
Contact: +6013-485 8665 / Facebook
19. Ummi Lakeside Cabanas
Melalui jalan ke Tasik Raban, anda pasti akan perasan signboard Ummi Lakeside Cabanas. Port ini agak terkenal di kalangan kaki pancing.
Penginapan ini juga sangat sesuai untuk aktiviti seperti family day. Terdapat mini houseboat dan bot untuk trip memancing bersama keluarga.
Kalau tidak mahu memancing, anda boleh berkayak!
Alamat: Kampung Durian Pipit, Tasik Raban, 33400 Lenggong, Perak
Contact: +6019-860 0096 / Facebook
20. Raban 181 Orchardstay
Raban 181 Orchardstay adalah sebuah homestay yang unik. Ia adalah kebun yang dikelilingi oleh hutan sekunder yang sering dikunjungi haiwan liar.
Paling berbaloi kalau datang musin durian. Sudah pastinya membuatkan pengalaman anda menginap di sini lain daripada yang lain.
Alamat: Tasik Raban, 33400 Lenggong, Perak
Contact: +6019-336 8807 / Facebook / Airbnb
Kesimpulan
Bagaimana? Banyak kan tempat menarik di Lenggong. Insyallah, post ini akan diupdate jika ada tempat-tempat menarik yang lain.
Secara peribadi saya sudah mengunjungi Lenggong dan apa yang boleh saya katakan adalah ianya merupakan salah satu lokasi percutian mesra keluarga yang wajib pergi dan repeat.
Tetapi jika anda mencari lokasi untuk shopping dan bermewah-mewah… Maaf. Lenggong bukan tempatnya.
Di sini khas kepada mereka yang mahu menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
Cover image & video credit to Youtube AERIAL SKY STUDIO