Ada banyak tempat makan menarik di Selangor dan boleh dikatakan semuanya mempunyai keunikan tersendiri serta sedap-sedap belaka.
Selangor merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan variasi dan kepelbagaian jenis makanan warisan mahupun moden. Setiap lokasi serta daerah mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.
Dalam artikel kali ini, kita akan berkongsi dengan pembaca beberapa tempat makan menarik di Selangor yang boleh anda cuba.
JIBRIL
JIBRIL ini boleh dikira sebagai another level lah, dah mencecah puluhan ribu review dengan rata-ratanya memberi rating yang tinggi di Google mahupun media sosial.
Bermula di SS15, JIBRIL kini sudah mempunyai 3 cawangan di Selangor, 2 di Kuala Lumpur dan satu cawangan lagi di Johor Bahru. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa asalkan menu berkaitan salted egg dan buttermilk sahaja, pasti jari akan ditunding ke JIBRIL.
Top menu JIBRIL yang digemari ramai yang harus anda cuba adalah seperti Salted Egg Butter Chicken, Salted Egg Croissant, Salted Egg Squid, Hot Chilli Butter Clams with Mantou, Buttermilk Chicken Rice, Bolognese Spaghetti, Butter Chicken Chop Pasta, Pineapple Fried Rice dan macam-macam lagi.
![Jibril](https://cariblogger.com/wp-content/uploads/2025/01/img-tempat-makan-menarik-di-selangor-jibril-1024x512.webp)
Andai berkesempatan ke negeri Selangor khususnya di sekitar Subang Jaya, Petaling Jaya dan Bandar Baru Bangi, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keenakan menu-menu di JIBRIL.
Berikut adalah lokasi dan maklumat perniagaan untuk rujukan bersama:
JIBRIL SS15
Alamat: 25, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 12:00PM – 12:00AM
JIBRIL Bangi
Alamat: 26A, Jalan 3/70, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 12:00PM – 12:00AM
JIBRIL (Culinary Lab)
Alamat: 49-G, Block D, 1, Jalan SS7/26, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad 10:00PM – 10:00AM
Contact: +6012-743 0350 / Website
Chef Kecik Cafe
![Chef Kecik Cafe, Semenyih](https://cariblogger.com/wp-content/uploads/2025/01/img-tempat-makan-menarik-di-selangor-chef-kecik-cafe-1024x512.webp)
Ramai sudah kenalan dan sanak-saudara terdekat yang berkali-kali repeat makan di Chef Kecik Cafe yang terletak di Eco Majestic, Semenyih.
Boleh dikatakan port terbaik untuk lepaskan ketagihan untuk menu-menu pastries yang berkaitan dengan croissant. Antara menu croissant yang boleh anda cuba adalah seperti Signature Croissant set, New York Croissant, Butter Croissant dan Biscoff Croissant.
Selain pastries, ada juga beberapa jenis cake dan menu hidangan berat yang boleh anda pilih. Antara yang sering menjadi pilihan ramai adalah laksa Johor dan buttermilk chicken.
Alamat: 30, Jalan Eco Majestic 10/1D, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 8:00AM – 7:00PM
Contact: +603-8723 0949 / Website
Baca juga : 15 Tempat Makan Menarik di Johor Bahru
Restoran Lembah Bernam
Restoran Lembah Bernam terkenal dengan hidangan makanan eksotik di Sekinchan, Selangor.
Terdapat pelbagai lauk-pauk seperti rendang rusa, rendang landak, ayam hutan goreng berempah, arnab berlada masak merah, sambal belut, ikan sepat goreng dan banyak lagi lauk-pauk ala kampung yang boleh anda pilih untuk santapan merarau.
Bukan itu sahaja, ulam-ulaman pun juga boleh dikategorikan sebagai rare juga. Yang susah nak jumpa pun ada di sini. Lokasinya juga menarik yakni berhadapan dengan tali air dan dikelilingi oleh sawah padi yang luas terbentang.
Alamat: Jalan Main Canal, Tali Air 9, Sekincan,, Pasir Panjang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat 11:00AM – 5:00PM
Contact: +6017-285 8603
Bukku Cafe
![Bukku Cafe, Bandar Bukit Raja](https://cariblogger.com/wp-content/uploads/2025/01/img-tempat-makan-menarik-di-selangor-bukku-cafe-1024x512.webp)
Ini tempat makan menarik di Selangor yang cukup sesuai untuk ulat-ulat buku. Terdapat varieti koleksi buku yang boleh dibaca sambil-sambil makan mahupun ngopi.
Menu makanannya juga tidak kurang hebatnya, bermula dari sarapan hinggalah ke minum petang; semuanya tampak sedap dan berbaloi. Kopi di sini juga ramai yang puji.
Antara menu yang digemari pengunjung adalah seperti salted egg croissant, salted egg yolk croissant, mushroom soup with sourdough bread, spaghetti in white sauce, honey soy chicken rice set dan sebagainya.
Alamat: No.1, Jalan Singgahsana 4A/KU2, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 8:30AM – 5:00PM
Contact: +6010-381 8872 / Instagram
Nasi Kandar Saddam
![Nasi Kandar Saddam](https://cariblogger.com/wp-content/uploads/2025/01/img-tempat-makan-menarik-di-selangor-nasi-kandar-saddam-min-1024x512.webp)
Salah satu pilihan terbaik untuk menikmati sebuah hidangan nasi kandar yang padu semestinya di Nasi Kandar Saddam. Ini pilihan muktamad.
Nasi Kandar Saddam kini sudah berkembang maju bukan sahaja di Selangor dan Kuala Lumpur, malah sudah extend hingga ke Perak. Dahsyat betul penangan nasi kandar Saddam ini.
Untuk cawangan Nasi Kandar Saddam boleh rujuk senarai di bawah:
Nasi Kandar Saddam, Sungai Buloh
Alamat: 22A, Jalan Kusta, Kawasan Perindustrian Sb Jaya, 47000 Sungai Buloh, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 7:00AM – 7:00PM
Contact: +6019-723 1228
Nasi Kandar Saddam, Shah Alam
Alamat: 43, Jalan Aman Damai G U17/G, Aman Putri, 40160 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 24jam
Contact: +603-6128 4786
Nasi Kandar Saddam, Puncak Alam
Alamat: Bandar Hill Park, 1, Jalan Mapel 7/1, Bandar Saujana Utama, 47000 Puncak Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 24jam
Contact: +6016-275 9786
Saddam Nasi Kandar, Klang
Alamat: 2G, Jalan Astaka 5/KU2, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 24jam
Nasi Kandar Saddam Seksyen U17 Aman Putri
Alamat: 43, Jalan Aman Damai G U17/G, Aman Putri, 40160 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 6:00AM – 12:00AM
Contact: +603-6128 4786
Saudagar Nanas Agrofarm
Lokasi makan yang ini lebih unik dan menarik, yakni di atas bukit dikelilingi ladang nanas. Sesuatu yang berbeza bukan?
Di Saudagar Nanas Agrofarm, anda boleh menikmati keenakan makanan dan minuman yang sudah semestinya bertemakan buah nanas.
Dari chicken chop dengan sos nanas, nasi goreng nanas, nasi lemak sambal nanas, karipap nanas, pasta nanas, tart nanas dan bermacam-macam lagi lah.
Selain itu, jangan lupa untuk cuba jus nanas, ais krim nanas dan cheesecake nanas sebagai hidangan pencuci mulut.
Alamat: Lot 3000, Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat 7:30AM – 6:00PM
Contact: +6010-288 2987 / Facebook
Baca juga: Tempat Makan Best di Nilai
Kampung Hills Eatery
![Kampung Hill Eatery, Banting](https://cariblogger.com/wp-content/uploads/2025/01/img-tempat-makan-menarik-di-selangor-kampung-hill-eatery-min-1024x512.webp)
Siapa sangka nun jauh di dalam kawasan kampung dekat Banting ada sebuah eatery yang ala-ala farm house yang cantik dengan pemandangan Bukit Jugra yang mendamaikan.
Bersebelahannya ada pula parit kampung dengan air yang sangat jernih. Jalan ke belakang sedikit melalui jalan berbatu kecil anda boleh ke tandas dan surau.
Makanan di Kampung Hills Eatery ini juga boleh dikatakan berbaloi-baloi dengan harga dan porsi yang diberikan.
Salah satu lagi tempat makan menarik di Selangor yang semestinya harus anda cuba!
Alamat: PT 2840-A3, Jalan Sungai Ingat, Kampung Bandar, 42700 Banting, Selangor
Contact: +6013-681 3413 / Instagram
Mee Udang Banjir Kuala Selangor
Andai mee udang yang dicari di dalam Selangor, ini lokasi yang sebetulnya anda pergi. Udangnya segar dari laut, besar-besar dan isi udang seharusnya manis berjus.
Pilihan mee udang juga agak pelbagai bergantung kepada stok bahan mentah seperti udang galah, udang harimau dan ianya datang dengan beberapa jenis saiz yang boleh dipilih.
Bukan mee udang sahaja, terdapat berbagai-bagai menu masakan panas lain yang boleh anda pilih seperti nasi goreng, kuey teow goreng, mee jawa dan lain-lain.
Alamat: 587, Jln Klang – Teluk Intan, Batu 2½ Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu Operasi:
Jumaat 2.30PM – 7.00PM
Isnin, Rabu, Khamis, Sabtu & Ahad 10:30AM – 7:00PM
Selasa Tutup
Contact: +6019-664 42352
Warung Ibu Nasi Ambeng
![Warung Ibu Nasi Ambeng, Kuala Selangor](https://cariblogger.com/wp-content/uploads/2025/01/img-tempat-makan-menarik-di-selangor-warung-ibu-nasi-ambeng-1024x512.webp)
Negeri Selangor terkenal dengan komuniti Jawa yang kebanyakkan tertumpu di sekitar Kuala Selangor, Sabak Bernam dan juga Tanjung Karang. Maka tidak hairanlah jika menu-menu masyarakat Jawa turut popular di Selangor.
Antara yang cukup terkenal adalah seperti hidangan nasi ambeng yang terdiri daripada nasi putih, sambal goreng jawa, tempe goreng, mee goreng, bergedel, serunding kelapa dan pelbagai jenis lauk pauk seperti gulai ayam, ayam masak kicap, rendang daging, kulit lembu serta bermacam-macam lagi.
Andai berkunjung ke Tanjung Karang, bolehlah singgah di Warung Ibu Nasi Ambeng untuk merasai sendiri kelazatan menu yang sudah diwartakan sebagai Makanan Warisan Negeri Selangor ini.
Alamat: Lot 216, Batu 6, 45500 Tanjong Karang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa 10:00AM – 4:00PM
Contact: +6012-361 1987
BBQ Lamb KL Kemensah
![BBQ Lamb KL Kemensah](https://cariblogger.com/wp-content/uploads/2025/01/img-tempat-makan-menarik-di-selangor-bbq-lamb-kl-kemensah-1024x512.webp)
Jika mahu merasa pengalaman makan sambil celup-celup kaki dalam sungai, bolehlah ke BBQ Lamb KL Kemensah.
Sesuai untuk santai-santai bersama keluarga dan rakan-rakan di hujung minggu tetapi kena pastikan anda pakai pakaian yang sesuai dan get ready untuk basah.
Nama sahaja ada terselit KL tapi sebenarnya tempat makan menarik ini terletak di dalam Selangor.
Alamat: 19, Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 12:00PM – 7:00PM
Contact: +6013-978 4100 / Facebook
Qidot Cafe
Qidot Cafe yang terletak di Sijangkang ini pastinya akan memberikan anda suatu pengalaman yang lain daripada yang lain.
Berbekalkan senibina cafe dan suasana yang berkonsep ala-ala English cottage style ini sudah tentu akan menggamit para cafe hunters atau sesiapa sahaja untuk singgah di sini.
Hampir setiap sudut di Qidot Cafe boleh dijadikan latar belakang untuk sebuah selfie yang menarik bahkan berpotensi dijadikan sebuah perkongsian di media sosial yang bakal dicemburui rakan dan taulan.
Selain cafe yang sangat sesuai untuk dijadikan venue untuk majlis hari jadi mahupun gathering, di sini juga ada beberapa homestay yang boleh disewa untuk bermalam.
Alamat: Lot 1658, Batu 9, Jalan Klang – Banting, Kampung Medan, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 12:00PM – 10:00PM
Contact: +6013-336 8688 / Website
Bidadari Turun Malam Cafe & Ruang Seni
![Bidadari Turun Malam, Kajang](https://cariblogger.com/wp-content/uploads/2025/01/img-tempat-makan-menarik-di-selangor-bidadari-turun-malam-1024x512.webp)
Sekiranya mahu menikmati makan sambil rileks bertemankan bunga serta tumbuhan yang menenangkan, silalah berkunjung ke Bidadari Turun Malam Cafe & Ruang Seni, Kajang.
Sekiranya kesegaran suasana taman yang dicari, boleh datang waktu sarapan dan andai mahu menghayati keindahan kerdipan sinaran lampu dikala malam, boleh hadir untuk makan malam mahupun supper.
Semua kemudahan di sini lengkap dan menu makanannya agak pelbagai dan menarik untuk dicuba. Usai makan, boleh beriadah bersama keluarga dengan aktiviti memanah dengan kadar bayaran yang sangat berpatutan.
Alamat: Lot 9396, Batu 18, Jalan Reko, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu 7:00AM – 12:00PM & 5.00PM – 11.00PM
Contact: +6011-5176 6499 / Instagram
Al-Sultan Restaurant
![Al-Sultan Restaurant, Shah Alam](https://cariblogger.com/wp-content/uploads/2025/01/img-tempat-makan-menarik-di-selangor-al-sultan-restaurant-1024x512.webp)
Al-Sultan adalah sebuah restoran nasi arab yang sudah tidak asing lagi di Selangor terutamanya warga Shah Alam.
Menyediakan pelbagai menu timur tengah yang sudah pastinya dengan porsi yang berbaloi untuk dikongsi dan dinikmati bersama keluarga.
Alamat: 35, Jalan Penguasa A U1/53A Kawasan Perindustrian Temasya, Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00AM – 2:00AM
Contact: +603-5567 0110 / Website
De.Wan 1958 by Chef Wan @ Bangi
![De.Wan 1958 by Chef Wan @ Bangi](https://cariblogger.com/wp-content/uploads/2025/01/img-tempat-makan-menarik-di-selangor-dewan-1958-by-chef-wan-bangi-1024x512.webp)
Siapa yang tak kenal dengan Chef Wan? Satu Malaysia sudah tentu cukup arif dengan susuk tubuh, penampilan dan gayanya.
Bukan restoran sahaja yang colourful, menu-menu di De.Wan 1958 ini juga amat terpantul dengan cerminan diri Chef Wan itu sendiri dan semestinya makanan disini luar biasa.
Setiap hidangan penuh dengan rasa dan dimasak dengan sempurna. Kualiti makanan dan perkhidmatan juga dijaga dengan sangat baik.
Alamat: Bangi Resort Hotel, Off, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
Contact: +603-7890 6016 / Website
One Serambi Cafe
One Serambi Cafe mungkin merupakan salah satu tempat makan menarik di Selangor yang cukup bagus untuk makan dengan selesa dan tenang bersama keluarga.
Dengan variasi menu yang berjenis-jenis dari hidangan tempatan hinggakan ke masakan barat, layanan kakitangan di One Serambi Cafe juga amat baik dan memuaskan.
Kebanyakkan komen pengunjung menyatakan kualiti makanan serta layanan di sini sangat konsisten. Maka tak hairanlah One Serambi Cafe mempunyai ramai pelanggan setia sejak 2015.
Alamat: 1-G, D’bayu Commercial Centre, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin 9:30AM – 11:00PM
Contact: +603-7734 7700 / Instagram
Kesimpulan
Kunjungan anda ke negeri Selangor sudah tentu tidak akan lengkap jika tidak dipenuhi dengan sesi makan-makan.
Dengan adanya senarai tempat makan menarik di Selangor yang kami sediakan ini, harap-harap ianya sedikit sebanyak dapat memberi idea untuk lokasi jalan-jalan cari makan anda di Selangor.
Seperti biasa, andai anda mahu berkongsi spot-spot makan yang menarik, jangan malu dan segan untuk terus hubungi kami. Semoga berjumpa lagi!