Bercadang untuk berkunjung ke Johor? Hasil perkongsian ramai, ini adalah tempat-tempat makan menarik di Johor Bahru yang boleh anda cuba.
Andai berpeluang ke Johor Bahru, sudah pasti anda akan tercari-cari destinasi dan lokasi terbaik untuk menjamu selera. Usah khuatir, bermula dari sarapan hingga ke makan malam, semuanya menarik di Johor Bahru.
Melalui perkongsian yang disumbangkan oleh bangsa Johor sendiri, di sini kami senaraikan 15 tempat makan menarik di Johor Bahru yang boleh anda cuba. Semoga bermanfaat!
Jibril JB
Jibril adalah salah satu tempat makan menarik di Johor Bahru yang harus anda cuba. Noktah.
Bukan hanya satu atau dua menu, tapi hampir kesemua hidangan di Jibril JB ini sedap dan berbaloi. Dari pisang goreng hinggalah ke salted egg butter lobster, semuanya tampak menarik.
Dekorasi dan suasana di Jibril JB juga begitu premium dan elegant. Bahkan cara dan pintu masuk ke restoran juga tersembunyi di sebalik sebuah rak buku yang besar. Unik bukan?
Antara menu yang sering menjadi pilihan ramai ialah Salted Egg Butter Chicken, Salted Eggs Croissant, Assam Thai Butter Clam, Nasi Lemak Butter Squid dan macam-macam lagi.
Alamat: 51, Jln Geroda 2/1, Pusat Perdagangan Larkin, 80350 Johor Bahru
Waktu Operasi: Setiap hari 12:00PM – 12:00AM
Contact: +6012-743 0350 / Website
Nenek in Forest
Dikelilingi oleh pelbagai tanaman hijau yang mendamaikan, Nenek in Forest pastinya salah satu tempat makan menarik di Johor Bahru yang harus anda cuba.
Lokasinya juga strategik untuk lari dari kesibukan and kebingitan trafik menjadikan Nenek in Forest sebuah port santai terbaik buat mereka yang mahu healing sambil menikmati hidangan dengan tenang.
Selain pelbagai menu makanan dan minuman, anda juga boleh cuci-cuci mata dengan dekorasi dan pokok yang ada dipamerkan untuk jualan.
Alamat: B228-B230, Jalan Tun Abdul Razak, Wadi Hana, 80000 Johor Bahru
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00AM – 8:00PM
Contact: +6010-977 7012 / Instagram
Baca juga : Tempat Makan Best di Nilai, Negeri Sembilan
Restoran Kacang Pool Haji
Menu kacang pool yakni campuran kacang panggang, daging cincang, telur serta dihidangkan bersama roti bakar adalah hidangan yang sangat dekat dan sinonim dengan negeri Johor.
Tidak keterlaluan jika saya katakan ianya adalah salah satu kebanggaan bangsa Johor. Bahkan kacang pool juga telah merebak jauh keserata Malaysia hingga menjadi menu pilihan yang digemari ramai.
Jika berkunjung ke Johor Bahru, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu ini di Restoran Kacang Pool Haji yang merupakan ikon dan pemula yang memperkenalkan kacang pool di Malaysia.
Restoran Kacang Pool Haji
Alamat: 12, Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru
Waktu Operasi: Setiap hari 7:00AM – 12:00AM
Contact: +6013-737 7997
Kacang Pool Haji
Alamat: 14, Jalan Garuda, Larkin, 80350 Johor Bahru
Waktu Operasi:
Sabtu hingga Rabu 7:00AM – 6:00PM
Khamis & Jumaat 7:00AM – 11:00PM
Kacang Pool Haji @ Anjung Selera Larkin
Alamat: 14, Jalan Garuda, Larkin, 80350 Johor Bahru
Waktu Operasi: 7:00AM – 12:00PM
Contact: +6013-7377997 (Haji Makpol) / 012-7630629 (En Said)
Restoran Abbu Bakar
Restoran Abbu Bakar yang terletak di Jalan Tampoi ini adalah port makanan seafood yang tidak asing lagi di Johor Bahru.
Bukan sahaja menu bakar-bakar, terdapat pelbagai lagi genre makanan panas dan ala carte yang boleh anda pilih di seperti Ayam Lemak Bara, Tom Yum Ombak, sayur pucuk keledek dan macam-macam lagi.
Jangan lupa cuba siakap bakar yang merupakan menu yang paling digemari ramai.
Alamat: 50, Jalan Tampoi, Tampoi New Village, 81200 Johor Bahru
Waktu Operasi: Setiap hari 12:00PM – 10:30PM
Contact: +607-236 6776
Hijrah Dim Sum JB
Sekiranya anda mengidamkan dim sum yang diyakini status halalnya di Johor Bahru, boleh cuba ke Hijrah Dim Sum JB.
Terdapat lebih daripada 40 variasi menu pilihan dim sum dengan rasa autentik untuk santapan seisi keluarga. Selain dim sum, ada juga bermacam-macam jenis Chineses food dan rasanya yang kita jarang atau tak pernah dengar pun ada.
Alamat: 42, Jln Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin 12:00PM – 10:00PM
Contact: +6016-668 0258 / Facebook
Lesong by Johara
Ramai yang cadangkan untuk ke Lesong by Johara andai juadah Melayu tradisional yang bermain di fikiran. Senang cerita lauk-lauk kampunglah macam menu masak lemak, masak kicap, sambal cili pedas dan sebagainya.
Dengan dekorasi dan suasana restoran yang cozy ditemani music latar yang sayup-sayup kedengaran memang sedang elok lah untuk tambah nasi dua tiga pinggan.
Pilihan minuman dan manisan juga rasanya mampu mengganggu gugat iman mereka yang tengah buat calorie deficit mahupun sugar cut diet.
Alamat: 82c, Zenith Suasana Iskandar, Lot 01-03A, 82C, Jalan Trus, Johor Bahru
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00AM – 11:00PM
Contact: +6013-732 6505 / Facebook
Baca juga: Tempat Makan Best di Semenyih
Mee Rebus Haji Wahid
Selain kacang pool, mee rebus adalah salah satu menu yang sering dikaitkan dengan Johor. Malah, dua menu ini sering ada bersama sebagai hidangan legenda kebanggaan bangsa Johor.
Kalau bercakap pasal mee rebus ni, branding Mee Rebus Haji Wahid sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, sudah tersohor seluruh Malaysia. Bahkan, restoran anak-pinak Wak Baidali yang mengunakan resepi yang sama juga tumbuh melata di semenanjung.
Akan tetapi jika anda mahu merasai secebis keaslian mee rebus Baidali, bolehlah ke Foodcourt Plaza Angsana, Johor Bahru. Rasa dulu baru tahu.
Alamat: L1.2 Plaza Angsana, Pusat Bandar Tampoi, 81200, Johor Bahru
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00AM – 8:00PM
Contact: +607-235 0443
Wadi Hana Elarabi
Wadi Hana Elarabi adalah restoran nasi arab yang paling top dan popular di Johor Bahru. Dekorasi interior di sini sangat cantik menjadikan suasananya mirip seperti di timur tengah.
Menu di Wadi Hana Elarabi juga sangatlah banyak sampai susah nak buat pilihan. Daripada pelbagai jenis nasi arab, mix platter, grilled meat, grilled seafood, shawarma, pizza, salad, manisan dan sebagainya.
Set dulang pun ada dan sesuai untuk dinikmat bersama keluarga serta rakan taulan.
Alamat: 1,1A,3A, Jalan Pembangunan, Taman Desa Rahmat, 81200 Johor Bahru
Waktu Operasi:
Jumaat 2:00PM – 10:30PM
Isnin, Rabu, Khamis, Sabtu & Ahad 11:00AM – 10:30PM
Selasa Tutup
Contact: +6012-772 7352 / Website
Melor House by Nurul Restaurant JB
Kalau nak rasa makanan tradisional Melayu yang pelbagai daripada menu utama hingga ke manisan, boleh cuba ke Melor House yang terletak di belakang Hotel Avenue M.
Beroperasi di sebuah banglo lama yang besar, tatarias dan ruang di Melor House boleh dikatakan sangat selesa persis seperti berada rumah sendiri.
Selain menu sarapan, makan tengahari dan minum petang; Melor House juga ada menyediakan perkhidmatan catering untuk majlis-majlis keramaian.
Alamat: No. 16, Jalan Skudai Straits View, Johor Bahru, Malaysia
Waktu Operasi: Setiap hari 7:00AM – 6:00PM
Contact: +6013-600 1090 / Facebook
1975 Toast & Coffee
Kalau dah jemu sarapan menu Malaya, boleh cuba pula pastry dan desserts di 1975 Toast & Coffee yang terletak di Taman Melodies, Johor Bahru.
Ada bermacam-macam pilihan cromboloni, croissant, toast, kunafa dan cakes yang boleh anda cuba. Selain itu, ada juga menu-menu lain seperti pasta dan lasagna.
Alamat: 52, Jln Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru
Waktu Operasi: Setiap hari 9:00AM – 12:00AM
Contact: +6011-6500 2934 / Facebook
Restoran ZZ Sup Tulang
Restoran ZZ Sup Tulang adalah restoran yang boleh dikatakan antara yang legend dan tersohor di Johor Bahru.
Sudah nama pun spesifik Restoran ZZ Sup Tulang, haruslah menu berkait dengan sup tulang yang wajib anda cuba. Sup di sini pun nice ala-ala utara dengan sambal kicap yang menjadi pelengkap hidangan.
Antara menu yang sering menjadi pilihan pengunjung adalah seperti sup tulang gearbox, sup kambing, mee rebus tulang, nasi goreng daging dan mee bandung.
Selain itu, ada banyak lagi menu masakan panas, ayam penyet, soto dan macam-macam lagi lah.
Alamat: 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru
Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali Jumaat 6:30AM – 12:30AM
Jumaat 6:00AM – 12:30PM & 2:00PM – 12.30AM
Contact: +6011-1056 7209
Renjana by Kafeinatik
Buat cafe hunter sekalian, boleh cuba layan ngopi bersama besties di Renjana by Kafeinatik yang terletak di Kampung Dato Sulaiman Menteri.
Cafe dengan open dan outdoor sitting yang berkonsepkan ala-ala indie ini mempertaruhkan pelbagai menu-menu western yang sesuai dinikmati bersama kopi yang baru dibru segar sambil berbual-bual tentang kenangan silam mahupun agenda baharu untuk masa hadapan.
Alamat: 6, Jalan Cendana, Kampung Dato Sulaiman Menteri, 81100 Johor Bahru
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu 6:00PM – 12:00AM
Contact: +6011-5640 6496 / Instagram
Warung Tokyah @ The Kuarters
Dengan variasi menu sarapan yang cukup meriah seperti kuih-muih, kek, nasi lemak, soto sehinggalah sampai ke sate, menjadikan Warung Tokyah antara port sarapan yang paling menarik di Johor Bahru.
Dinasihatkan untuk rancang masa untuk datang awal kalau nak sarapan disini. Isnin jangan datanglah sebabnya Warung Tokyah tutup hari Isnin.
Alamat: The Kuarters, JKR 2384, Jalan Pahlawan, Yahya Awal, 80100 Johor Bahru
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin 8:30AM – 12:00AM
Contact: +6019-719 4876 / Instagram
Murtabak Majid Special Cheese No. 1
Ini adalah salah satu port wajib singgah kalau berkunjung ke Johor Bahru. Tak kisah samada nak dine in atau takeaway, yang paling penting mesti pekena murtabak daging cheese special dia dulu sebelum pulang ke sarang.
Agak-agak kalau tak cukup tu, dinasihatkan untuk tapau bawak balik murtabak frozen untuk buat stok breakfast mahupun minum petang di rumah.
Murtabak frozen ini juga sangat berguna sebagai salah satu talian hayat sekiranya ada tetamu datang rumah secara mengejut.
Alamat: 38 Lot, 5581, Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru
Waktu Operasi: Setiap hari 12:00PM – 7:00PM
Contact: +6012-756 3245
Amari Hotel Johor Bahru
Selain restoran dan cafe, anda boleh cuba juga hidangan buffet di Amari Hotel Johor Bahru. Berdasarkan review dari pengunjung, rata-rata mengatakan buffet di sini sangat berbaloi.
Menunya sangat banyak sampai tak sanggup nak disenaraikan disini. Pastinya membuatkan anda rambang mata untuk membuat pilihan.
Macam biasalah, kalau buffet ini makananannya tanpa had dan semuanya bergantung kepada kebolehan perut masing-masing. Jadi, sila rancang perut masing-masing dan pastikan betul-betul lapar dan kosong.
Alamat: 82C, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru
Contact: +607-266 8888 / Website
Kesimpulan
Sudah jumpa ke destinasi makan-makan yang berkenan di hati. Kami harap perkongsian kali sedikit-sebanyak dapat membantu anda sekiranya berkunjung ke Johor Bahru.
Bagaimana dengan senarai tempat makan menarik di Johor Bahru yang telah kami sediakan? Jikalau anda mempunyai spot-spot menarik untuk dikongsi, boleh terus hubungi kami.
Semoga berjumpa lagi di posting lain di kemudian hari. Selamat menjamu selera!