review jibril cover

Review Jibril: Peneraju Halal Speakeasy dengan Menu Ikonik Berasaskan Butter

Bila sebut Restoran Jibril, pasti ada yang tertanya-tanya apa menu-menu yag menarik dan kenapa restoran ini dinamakan Jibril.

Bila sebut Restoran Jibril, pasti ada yang tertanya-tanya apa menu-menu yag menarik dan kenapa restoran ini dinamakan Jibril.

Hatta sebelum menjejak kaki ke dalam restoran pun, tentu ada yang terpinga-pinga mencari pintu masuk ke restoran unik berkonsepkan ‘speakeasy’ ini.

Namun tika sudah menjengah ke dalam, tidak boleh tidak keterujaan para pelangan mesti akan bertambah melihat bagaimana sebenarnya konsep speakeasy restoran yang diterapkan.

Mana taknya, anda dapat menikmati hidangan dalam suasana tertutup, ekslusif dan tenang seakan-seakan berada di dalam dimensi restoran di eropah dengan konsep jarang-jarang ada di Malaysia.

Sejarah Restoran Jibril

review jibril team

Perjalanan perniagaan Jibril bermula apabila keempat-empat sahabat ini berada di semester akhir dalam bidang pengajian undang-undang dan dalam masa yang sama mengambil risiko membuat perniagaan Sangkaya SS15.

Restoran yang diasaskan pada tahun 2015 oleh empat sekawan, yang merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang UiTM. Restoran ini menawarkan pengalaman dining yang istimewa dengan konsep ‘speakeasy’.

Permulaan yang kecil namun hingga kini Jibril terus berkembang dengan beberapa cawangan dengan konsep, menu dan kualiti yang konsisten.

Pelik tapi unik! Nama ‘Jibril’ secara asalnya diambil  daripada watak fiksyen yang dicipta oleh pengasas Kumpulan Restoran Jibril untuk UiTM Mock Trial pada tahun 2013.

Watak Jibril Azym adalah rekaan cerita tentang seorang peguam autisme yang canggih dan mempunyai minda yang cerdas, di mana dia boleh membaca fikiran dan menyelesaikan kes-kes dengan cara yang unik.

jibril mock up uitm

Apa Itu Konsep ‘Speakeasy?

Secara asasnya, istilah ‘speakeasy’ digunakan sebagai sinonim yang merujuk kepada bar-bar di Amerika Syarikat yang menjual minuman beralkohol secara ilegal bermula tahun 1920an.

Disebabkan beroperasi secara tanpa izin, akses atau pintu masuk ke bar-bar seperti ini kebiasaannya tersembunyi untuk mengelak daripada dikesan pihak-pihak berwajib.

Kini di era modenisasi, halangan-halangan seperti dahulu mungkin sudah tiada tetapi istilah speakeasy masih diteruskan untuk mendukung restoran mahupun kedai yang mempunyai konsep tertutup serta lokasi yang tersembunyi.

Jibril Peneraju Halal Speakeasy Restoran & Cafe

Jibril adalah restoran dengan konsep speakeasy pertama di Malaysia yang mendapat sijil Halal daripada JAKIM. Meskipun dimiliki sepenuhnya oleh Muslim, pengesahan halal ini menunjukkan tahap komitmen yang diberikan.

Konsep ‘speakeasy’ yang dibawa Jibril dilihat mampu menarik pelanggan untuk mengalami pengalaman yang berbeza dan menarik dengan  suasana restoran yang kelihatan rustic, dinding batu bata yang akan membuat anda terasa seperti berada di Eropah pada tahun 1920an.

Sekiranya anda pernah berkunjung ke cawangan Jibril SS15, pasti anda tahu restoran ini terletak ‘di dalam’ premis aiskrim Sangkaya SS15 dengan adanya pintu rahsia untuk masuk ke dalamnya. Manakala di Jibril Johor Baharu pula, pintu masuknya tersembunyi di sebalik rak-rak buku.

Kelainan ini pasti akan mengujakan buat pelanggan Restoran Jibril selain dapat  menikmati hidangan dan juga menikmati suasana seakan  berada di dalam speakeasy bar. Sememangnya restoran ini akan membuat anda teruja dengan interior yang cukup elegan dan sofistikated.

Menu Ikonik Berasaskan Butter

review jibril menu butter

Keistimewaan Restoran Jibril bukan sekadar suasana dalaman restoran tapi juga terletak pada menunya yang cukup lazat dengan harga yang berpatutan.

Walaupun menu-menu yang berasakan ‘butter’ sudah lama wujud di Malaysia, Jibril pada awalnya dilihat sangat berani mempertaruhkan ‘butter’ sebagai menu utama mereka. Namun kini, nama Jibril boleh dikatakan amat sinonim dengan menu-menu seperti buttermilk dan salted egg.

Nasi Goreng Nenas (Pineapple Fried Rice) merupakan menu terawal diikut dengan  hidangan Salted Egg Butter Chicken pula yang menjadi kegemaran dan menjadi hidangan signature mereka.

Selain dari itu, Jibril juga turut menawarkan pelbagai menu lain termasuk sotong, udang, ikan, kerang, ketam, dan lobster yang disediakan dengan sos salted egg yang masing-masing mempunyai peminat tersendiri.

Menu Pembuka Selera Yang Menawan

review jibril pembuka selera

Terdapat pelbagai  jenis appetizer yang pasti akan membuka selera anda, antaranya JIBRIL’s Chicken Skin iaitu kulit ayam yang digoreng rangup. Ia didatangkan dalam dua bentuk iaitu signature ataupun original.

Dua pilihan signature chicken skin iaitu salted egg atau telur masin dan spicy chilli yang tentunya lebih pedas. Andai tidak tahan pedas, rerdapat empat pilihan lain yang boleh dicuba iaitu original, tom yam, BBQ dan Super Ring yang lebih cheesy.

Menu-menu pembuka selera yang lain yang boleh anda cuba adalah seperti wild mushroom soup, french fries, BBQ chicken wings dan bermacam-macam lagi.

Hidangan Taruhan Utama Jibril

jibril main oourse

Terdapat dua kategori dalam hidangan utama iaitu masakan Asian dengan hidangan butter-based food menjadi bintang utama  dan kategori kedua adalah masakan Barat.

Hampir kesemua hidangan disajikan dengan hidangan salted egg butter dengan pilihan  ayam, sotong, udang, isi ikan dan juga kepah. Kalau dah perut orang Malaysia, jangan risau, ada pilihan nasi putih dan nasi lemak.

Salted Egg Butter Lobster, hidangan Istimewa dan cukup untuk wajar dicuba. Lobster seberat 700 gm ini dihidang bersama kuah mentega telur masin signature yang cukup menyelerakan.

Selain dari itu terdapat set-set lengkap lain yang boleh dipilih mengikut selera serta didatangkan bersama minuman dan pencuci mulut. Anda bukan peminat butter? Jangan risau kerana menu lain juga ada seperti nasi ayam penyet, nasi goreng nenas dan mee goreng jawa.

Untuk masakan Barat, terdapat sedikit kelainan dengan hidangan ala fusion seperti Butter Chicken Chop Pasta yang menggabungkan chicken chop bersama kuah butter dan pasta.

Antara makanan Barat lain yang boleh anda dapatkan termasuk fish & chips, spaghetti bolognese with meatball, vegetarian lasagna, pan fried chicken dan banyak lagi. Yang pasti, pilihan yang luas menjanjikan sesuatu kepuasan bagi semua yang hadir.

Manis-Manis Pencuci Mulut

review jibril pencuci mulut

Terdapat beberapa pilihan kek yang popular masakini seperti red velvet, chocolate lava cake, cheesecake untuk dicuba, selain pastri seperti macaron, churros, snickers bar dan paling disyorkan untuk anda cuba Signature Salted Egg Croissant.

Alang-alang nak cuba dessert, berbaloi untuk anda cuba pisang goreng XL yang digoreng dengan rasa yang cukup Istimewa.

Minuman Ala Speakeasy Tanpa Alcohol

review jibril drinks

Anda boleh menikmati minuman mocktail unik, cheeky dan 0% alcohol seperti Newton, Specter, Cleopatra, Mango Cheesecake dan Onde-onde yang pasti akan melengkapkan pengalaman menarik buat pengujung.

Menariknya, kesemua  minuman yang dihidangkan di JIBRIL adalah 100% rekaan pemilik JIBRIL dan diinspirasikan dari ikon-ikon terkenal dunia sepanjang zaman dan legend seperti Cleopatra, Monroe dan Saloma.

Kalau anda lebih tradisional, jangan risau, kopi dan teh tetap disediakan di sini.

Harga Berpatutan Setanding Kualiti

Dari segi harga, Restoran Jibril menawarkan harga berpatutan dengan kuantiti yang memuaskan, malahan dengan kualiti.

Makanan pembuka selera bermula dari RM8.90 ke atas dan makanan utama pula bermula dari RM14.90 ke atas.

Dimilik 100% Muslim & Status Halal

Restoran Jibril dimiliki 100% oleh Melayu Islam dan telah mendapat Sijill Pengesahan Halal dari JAKIM. Kesemua pembekal bahan mentah restoran Jibril adalah diambil daripada pembekal berstatus halal JAKIM.

Sepertimana yang telah disebutkan di atas, Jibril merupakan restoran speakeasy pertama mendapat pengiktirafan dan sijil Halal oleh JAKIM.

Cawangan dan Waktu Operasi

Kesemua cawangan Jibril beroperasi setiap hari dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam kecuali cawangan Kelana Jaya. Berikut adalah maklumat berkenaan cawangan dan waktu operasi untuk rujukan bersama.

JIBRIL SS15 (017-488 4300)
Alamat : No. 25, Jalan SS15/4b 47500 Subang Jaya
Waktu Operasi: Setiap hari 12:00PM – 12:00AM
Contact: +6017-4884300 (SS15)

JIBRIL Publika (011-1099 3308)
Alamat : D3-G3-8, No. 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 12:00PM – 12:00AM
Contact: +6011-10993308 (Publika)

JIBRIL Bangi (010-260 4145)
Alamat : 26A, Jalan 3/70, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 12:00PM – 12:00AM
Contact: +6010-2604145 (Bangi)

JIBRIL JB (012-743 0350)
Alamat: 51, Jln Geroda 2/1, Pusat Perdagangan Larkin, 80350, Johor Bahru.
Waktu Operasi: Setiap hari 12:00PM – 12:00AM
Contact: +6012-7430350 (Johor)

JIBRIL Setapak (013-3310150 )
Alamat: 50-G, Platinum Walk, 2, Jln Langkawi, Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 12:00PM – 12:00AM
Contact: +6013-3310150 (Setapak)

JIBRIL KJ (Culinary Lab)
(010-245 8056 | 03-7886 8768)
49-G, Block D, 1, Jalan SS7/26, SS 7, 47301, Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad 10:00PM – 10:00AM
Contact: +6010-245 8056, +603-7886 8768

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang menu, tempahan atau cawangan lain anda boleh layari laman web rasmi atau mengikuti akaun media sosial mereka di Facebook dan Instagram.

Laman Web Rasmi:
https://jibrilss15.com/

Media Sosial:
Facebook: https://www.facebook.com/jibrilgroup
Instagram: https://www.instagram.com/jibrilgroup
Tiktok: https://www.tiktok.com/@jibrilgroup
X: https://x.com/jibrilgroup