Resepi ayam masak bejah adalah antara menu makanan pantang yang bukan sahaja mudah tetapi rasanya juga sangat sedap.
Menu makanan pantang sering dikaitkan dengan rasa tawar, tidak sedap dan kurang menaikkan selera. Iyalah, kebanyakkan resepi berpantang ini semuanya lebih kepada yang cair-cair seperti sup, masak air dan sebagainya.
Selain ayam, boleh juga gunakan daging, ikan segar ataupun ikan bilis untuk resepi ini. Semuanya ikut kesesuaian dan kehendak masing-masing.
Menu berpantang ini sangat mudah untuk disediakan dan rasanya juga sedap. Malah saya sendiri pun gemarkan menu ini. Betul, tak tipu.
Resepi Ayam Masak Bejah / Bojah
Dengan berbekalkan pengalaman memasak menu makanan berpantang czer untuk isteri baru-barun ini, jom saya kongsikan satu resepi menu berpantang yang sangat terkenal di Negeri Sembilan dan kawasan sekitar iaitu resepi masak bejah atau masak bojah.
Resepi Ayam Masak Bejah / Bojah
Resepi menu makanan berpantang yang terkenal di Negeri Sembilan dan kawasan sekitar. Mudah dan sedap rasanya.
- 4 ketul dada ayam ((Dibuang kulit))
- 4 inci kunyit hidup
- 1 sudu teh lada hitam
- 1-2 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 5 keping asam gelugur
- 1 batang serai ((Optional))
- 1 cawan air
- Sedikit minyak untuk menumis
- Sedikit garam secukup rasa
Tumbuk kasar kunyit hidup, lada hitam, bawang merah dan bawang putih.
Ketuk serai. Jika tiada serai tak mengapa.
Kemudian tumis bahan-bahan yang ditumbuk kasar dan serai yang telah diketuk sehingga naik bau. Gunakan sedikit minyak sahaja.
Masukkan setengah cawan air dan sedikit garam. Didihkan.
Masukkan ayam dan asam keping.
Biarkan sehingga ayam masak. Jika terlalu pekat, boleh tambah lagi air.
Siap! Resepi ayam masak bejah sedia untuk dihidang.
Tips Resepi Masak Bejah / Bojah yang Sedap
Okay, secara jujurnya berdasarkan pengalaman saya menjaga dan memasak isteri yang bersalin czer, terdapat beberapa tips penting untuk menjadikan resepi masak bejah ini lebih sedap dan berkhasiat untuk ibu-ibu yang tengah berpantang.
Antaranya adalah:
Sebolehnya elakkan pengambilan makanan bergoreng keranan ianya tidak tidak bagus untuk proses pemulihan luka dalaman selepas bersalin caesaraen.
Pada peringkat awal, tidak perlu menumis dengan minyak pun tidak mengapa. Sebaliknya, anda boleh menggunakan sedikit minyak zaitun untuk menumis.
Baca juga: 20+ Khasiat Minyak Zaitun untuk Kesihatan Lelaki dan Wanita
2. Gunakan lebih banyak kunyit dan bawang putih
Sebaikknya, lebihkan kunyit dan bawang putih ke dalam resepi masak bejah ini kerana terdapat beberapa khasiatnya yang bagus untuk ibu yang bersalin czer.
Antaranya ialah kunyit mampu mengurangkan keradangan serta boleh menyembuhkan luka dalaman mahupun luaran dengan cepat.
Halia pula sangat bagus untuk membantu proses pencernaan ketika dalam pantang.
3. Guna lada hitam yang biji dan tumbuk kasar
Saya lebih gemar menggunakan biji lada hitam yang ditumbuk kasar secara fresh. Sebenarnya tak salah kalau nak guna serbuk lada hitam yang ready-made tu. Tetapi bagi saya rasanya kurang sedikit berbanding yang baru ditumbuk.
Selian itu, lada hitam juga sangat bagus untuk makanan pantang. Lada hitam mampu menghangatkan badan dan boleh membantu mengurangkan angin di dalam badan.
3. Elak ayam jika ada alahan
Jika anda mempunyai alahan dengan ayam. Elok digantikan dengan daging atau ikan. Guna ikan bilis pun boleh.
Resepi masak bejah ini sangat universal. Sesuai dengan ayam, ikan dan daging. Jika tiada masalah dengan ayam, seeloknya bersihkan sebaiknya dengan membuang lemak-lemak dan kulit.
Baca juga: Sayur Masak Lemak