Resepi Air Halia Lemon Madu

Resepi Air Halia Lemon Madu

Ikuti resepi air halia lemon madu yang mudah dan sangat berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Ini resepi air halia yang sangat mudah disediakan dan bagus untuk kesihatan tubuh badan

Halia segar adalah sumber terbaik untuk membuat air halia anda sendiri. Kebanyakan produk mengandungi perasa halia atau halia tiruan, tetapi anda akan mendapat banyak faedah yang lebih baik daripada air halia yang anda buat sendiri.

Resepi Air Halia

Tambahan pula, air halia sangatlah mudah untuk disediakan dan halia segar senang didapati di mana-mana kedai runcit. Jadi pada kali ini, saya mahu berkongsi dengan ada resepi air halia lemon madu yang bagus untuk kesihatan.

Resepi Air Halia Lemon Madu

Anda boleh menggunakan air atau halia dengan lebih atau kurang bergantung kepada kepekatan air yang anda mahukan. Nisbah air ke halia di bawah ini bersamaan dengan 1 gram ekstrak halia.

Resepi Air Halia Lemon Madu

Ini resepi air halia yang mudah dan bagus untuk kesihatan tubuh badan

  • 1 ketul halia segar
  • 4 cawan air
  • 1 biji lemon
  • 2 sudu besar madu asli
  1. Cuci dengan bersih bahagian halia yang akan anda gunakan.

  2. Gunakan zester untuk memarut halia sehingga satu sudu besar parutan halia.

  3. Rebus 4 cawan air di atas dapur.

  4. Masukkan parutan halia setelah air mendidih

  5. Padamkan api dan biarkan sebentar selama 2-5 minit.

  6. Tapis bahagian halia dari air dan buang serdak halia tersebut

  7. Tambahkan perahan lemon dan madu mengikut kesesuaian anda

  • Air halia ini sedap diminum bersama satu sudu teh madu atau jus lemon tambahan, tetapi jangan berlebihan dengan pemanis tambahan ini.
  • Sekiranya anda fikir anda ingin minum air halia setiap hari, anda boleh membuat dalam kuantiti yang banyak dan menyimpannya di dalam peti sejuk.
Drinks
Malay
Air Halia, Air Halia Lemon Madu

Baca juga: Resepi Ayam Bakar Diet (Sihat & Sedap)

Dos Pengambilan Ekstrak Halia

Doktor mengesyorkan untuk mengambil maksimum 3-4 tablet ekstrak halia setiap hari. Sekiranya anda hamil, jangan minum lebih daripada 1 gram ekstrak halia setiap hari. Halia juga tidak digalakkan untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.

Berikut merupakan bersamaan dengan 1 gram halia:

  • 1/2 sudu teh halia serbuk
  • 1 sudu teh halia mentah parut
  • 4 cawan air direndam dengan 1/2 sudu teh halia parut

Halia yang kurang mentah diperlukan semasa membuat teh kerana nutrien tertentu dalam halia akan menjadi pekat ketika dipanaskan.

Kesimpulan

Pengambilan halia sangat bagus untuk kesihatan seperti dapat melegakan loya, sakit perut dan serta pelbagai masalah kesihatan yang lain

Minum air halia juga merupakan kaedah terbaik untuk kekal hidrat, di mana sangat penting untuk kesihatan anda secara keseluruhan.

Image credit Pixabay