Sebenarnya terdapat banyak kebaikan Flavettes Glow ni tetapi ramai yang amalkannya untuk sentiasa kekal glowing. Betul tak?
Flavettes Effervescent Glow atau lebih dikenali dengan Flavettes Glow adalah produk yang mengoptimumkan buah oren sebagai sumber utama Vitamin C.
Flavettes Glow mampu memberi kebaikan dan khasiat Vitamin C kepada pengguna dengan cara pengambilan yang mudah, berkesan dan selamat.
Pengambilan Flavettes Glow membantu tubuh menyerap Kalsium dengan lebih baik. Dengan amalan penggunaan Flavettes Glow sebagai sumber Vitamin C dapat memberikan hasil yang memberangsangkan jika diamalkan secara konsisten.
Pada post kali ini kami mahu kongsikan dengan anda apa itu Flavettes Glow dan kenapa ianya selalu menjadi pilihan ramai (Sampai kena serbu dan pernah kehabisan stok!).
Lepas ni, mohon jangan salahkan kami jika anda mahu terus tak sabar-sabar bergegas ke farmasi semata-mata nak beli Flavettes Glow!
Flavettes Effervescent Glow ialah produk keluaran Flavettes. Produk ini dihasilkan dalam kemudahan GMP farmaseutikal yang lengkap dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apa yang paling penting ianya juga disahkan HALAL oleh JAKIM. Amalkan secara istiqamah dan kami pasti anda akan dapat merasai serta melihat keberkesanan hasilnya.
Jadi anda tidak perlu risau tentang status halal dan kualiti Flavettes Glow. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengamalkan pengambilan Flavettes Glow mengikut aturan penggunaan yang disarankan.
Keistimewaan Flavettes Glow terletak pada kandungan glutathione yang menjadi bahan aktif untuk menjadikan kulit anda “glowing”. Secara ringkasnya Flavettes Glow mengandungi:
Terdapat 3 bahan utama dalam Flavettes Effervescent Glow iaitu Vitamin C, Gluthathione dan Vitamin E. Di sini, kami senaraikan khasiat dan fungsi bagi ketiga-tiga bahan utama ini.
Kandungan | Khasiat & Fungsi |
---|---|
Vitamin C |
|
Vitamin E |
|
Glutathione |
|
Sebenarnya fungsi utama Flavettes Glow adalah untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. Apabila sistem imunisasi badan telah dipertingkatkan, secara tidak langsung ia dapat membantu mencegah demam dan selsema.
Sekiranya anda mengalami demam atau selsema, boleh amalkan pengambilannya, agar gelaja tidak berterusan dan biasanya kita akan lebih cepat sihat berbanding tidak mengambil Flavettes Glow.
Selain itu, Flavettes Glow juga terkenal sebagai suplemen tambahan untuk kesihatan dan kecantikan. Untuk menjadikan wajah anda lebih sihat, berseri-seri atau mengidamkan wajah yang glowing, maka anda harus memilih Flavettes Glow untuk dijadikan sebagai salah satu rutin dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan harian anda.
Cara pengambilan Flavettes Effervescent Glow juga sangat cepat dan mudah. Tapi apa yang paling penting ialah kena betul-betul amalkan dengan penuh berdisiplin.
Cara-cara penggunaan Flavettes Glow yang betul
Saranan dan waktu sesuai minum Flavettes Glow
Khusus untuk para wanita yang tercari-cari apakah khasiat dan kelebihan Flavettes Glow untuk kecantikan, anda boleh rujuk senarai yang kami sediakan seperti di bawah:
Khusus untuk wanita yang sering mengalami masalah wajah suram dan tidak bermaya, anda memerlukan Vitamin E dan Glutathione untuk membantu memulihkan sel-sel kulit.
Inginkan wajah yang berseri-seri dan glowing? Inilah dia produk yang mesti anda amalkan jika anda mahu menaikan seri wajah. Tak perlu kami ulang-ulang lagi. Jom glowing dengan Flavettes Glow!
Seperti yang diketahui umum, Vitamin C cukup terkenal untuk memutihkan kulit. Flavettes Glow mempunyai kandungan Vitamin C dan mampu memutihkan kulit secara semulajadi jika diamalkan secara berterusan.
Masalah pori-pori besar menyebabkan kulit wajah kelihatan tidak sempurna. Jika memakai make-up sekalipun, agak sukar untuk menyembunyikannya. Jika anda idamkan pori-pori yang kecil, mulakan dengan pengambilan Flavettes Glow.
Kurangnya meminum air masak yang mencukupi, cuaca yang panas dan kering dan tidak mengamalkan rutin penjagaan kulit yang betul adalah faktor yang menyebabkan kulit menjadi kering. Flavettes Glow membantu anda melembabkan kulit secara menyeluruh.
Mengalami masalah jerawat di wajah dan badan? Kini ia bukan lagi masalah yang perlu anda risaukan. Anda telah temui produk yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah ini.
Seiring usia, ramai yang alami masalah rekahan pada tumit dan siku. Sapu losyen atau krim pun kadang-kadang tak berkesan. Jadi, boleh cuba rawat dari dalam iaitu dengan pengambilan Flavettes Glow.
Pada peringkat usia 30-an ke atas, ramai di kalangan rakyat Malaysia mula alami masalah jeragat.
Jeragat tak mudah untuk dihilangkan, namun ia boleh dikurangkan dan dipudarkan dengan pengambilan Flavettes Glow secara konsisten.
Selain itu, rawatan laser jeragat mungkin boleh menjadi opsyen lain sekiranya anda mempunyai masa dan kewangan yang mencukupi.
Jerawat biasanya akan meninggalkan kesan parut. Ia mencacatkan penampilan dan boleh menyebabkan hilang keyakinan diri.
Maka anda boleh cuba Flavettes Glow kerana khasiat yang terkandung dalam Vitamin C dan Vitamin E dapat membantu merawat dan memudarkan parut jerawat.
Jeragat atau dikenali juga sebagai pigmentasi, muncul akibat pengumpulan melanin yang banyak. Ia sukar dirawat dan menyebabkan tona kulit tidak sekata serta kulit pula menjadi gelap.
Walaupun jeragat sukar dirawat, namun ia boleh dipudarkan atau dicegah untuk menjadi lebih banyak dengan pengambilan Flavettes Glow.
Flavettes Glow dapat menghaluskan dan melicinkan kulit secara menyeluruh. Jadi, tak perlu risau andai kulit wajah saja yang licin tapi kulit lain sebaliknya dengan pengambilan Flavettes Glow. Semuanya licin sekata!
Teringat iklan, “eh muka putih tapi tangan hitam”. Aduh, pedih! Kalau tak mahu alaminya, amalkan Flavettes Glow, pasti warna kulit sekata dan cerah.
Pengambilan Vitamin C dan E mampu mengurangkan risiko kulit berkedut dan sunburn akibat selalu terdedah dengan sinaran cahaya matahari.
Flavettes Glow mengandungi khasiat Vitamin C, E dan Glutathione ini sudah diketahui umum bagus untuk kesihatan tubuh badan. Antara kebaikan dan kelebihannya adalah seperti:
Flavettes Glow adalah salah satu supplemen yang mengandungi Vitamin C yang terbukti mampu memperkuatkan sistem imuniti badan.
Sistem imuniti badan yang lemah akan menyebabkan badan mudah dijangkiti penyakit. Apabila imuniti badan meningkat, secara tidak langsung kita dapat melawan penyakit secara semulajadi.
Bagi anda yang ingin menjaga penglihatan, Flavettes Glow yang mengandungi Vitamin C dapat membantu meningkatkan penglihatan anda. Vitamin C dikatakan mampu mencegah degenerasi makula dan juga boleh menurunkan risiko katarak.
Selain itu, Flavettes Glow juga mengandungi Vitamin E yang boleh membantu meningkatkan kesihatan otot mata dan mencegah masalah mata kabur.
Vitamin C dapat membantu untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka. Selain itu, ia juga membantu memastikan luka cepat kering bagi mengelakkan terkena jangkitan kuman.
Mengalami masalah resdung menjadikan kita rasa tidak selesa. Nak makan pun kena berpantang, contohnya makanan laut pun tak boleh makan.
Bila dah makan, mulalah resdung menyerang! Jadikan Flavettes Glow sebagai banteng pertahanan anda memerangi gejala resdung.
Bagi anda yang mudah dijangkiti selsema, mungkin badan anda mempunyai daya imuniti yang rendah. Tingkatkan daya imuniti anda dengan pengambilan vitamin C bagi mengurangkan risiko dijangkiti selsema.
Ada sesetengah individu yang mengalami elergi contohnya pada kekacang, makanan laut dan persekitaran yang kurang bersih. Anda boleh kurangkan gejala elergi dengan pengambilan Flavettes Glow.
Sistem penghadaman yang bermasalah adalah antara penyebab kepada penyakit lain seperti kerosakan usus, badan bertoksid dan sebagainya. Pengambilan Flavettes Glow membantu melancarkan sistem penghadaman.
Vitamin C juga mampu membantu membina kolagen yang merupakan salah satu faktor penting untuk meningkatkan pertumbuhan dan menguatkan rambut.
Flavettes Glow selamat diamalkan oleh ibu mengandung. Tak perlu risau yer, kerana produk ini selamat digunakan. Yang penting, anda makan mengikut aturan pemakanan dan amalkan pemakanan yang seimbang dan jaga kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan.
Pengambilan Vitamin C dan E ketika hamil boleh membantu untuk meningkatkan perkembangan otak bayi ketika di dalam kandungan.
Pengambilan Vitamin C terutamanya ketika hamil dapat membantu penyerapan zat-zat besi dengan lebih efektif terutamanya kepada wanita yang mengalami masalah kekurangan sel-sel darah merah ataupun lebih dikenali sebagai Anemia.
Oleh itu wanita hamil yang mempunyai tahap hemoglobin rendah bolehlah mengamalkan pengambilan zat besi bersama-sama Vitamin C dan E untuk meningkatkan dan mempercepatkan tahap hemoglobin.
Pengambilan Vitamin C & E juga dikatakan mampu mengelakkan komplikasi ketika hamil. Tapi harus diingatkan bahawa pengambilan vitamin ketika hamil haruslah mengikut dos yang telah ditentukan agar tidak membahayakan.
Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat doktor untuk maklumat lebih lanjut mengenai adar dos pengambilan vitamin yang betul semasa hamil.
Ini adalah kebaikan dan kelebihan Flavettes Glow yang sangat penting bagi membantu ibu menyusukan anak. Ia boleh membantu menambahkan susu badan. Khasiat yang terkandung di dalam Flavettes Glow juga dapat dinikmati oleh bayi yang disusukan.
Dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik, Flavettes Glow yang mempunyai kebaikan kandungan Vitamin C, Vitamin E dan Glutathione sangat berbaloi untuk diamalkan.
Selain itu, packaging Flavettes Glow juga sangat compact dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Anda boleh mengamalkan pengambilan Flavettes Glow dengan mudah dan cepat.
Oh ya, mana nak beli Flavettes Glow?
Anda boleh dapatkan Flavettes Glow di farmasi iaitu Watsons dan Guardians. Selain itu, ia juga dijual di Shopee. Boleh beli secara offline dan juga online. Diharap info yang kami berikan ini bermanfaat untuk anda.
Sumber Rujukan:
1. Facebook Flavettes Malaysia
2. Wikipedia Ensiklopedia Bebas – Vitamin
3. Kementerian Kesihatan Malaysia – Kepentingan dan Ketoksikan Vitamin C
4. Kementerian Kesihatan Malaysia – Vitamin, Mineral & Supplemen
5. Ministry of Health Malaysia – Vitamin E (PDF)
6. Pa&Ma – Pengambilan Vitamin C Dan E Ketika Hamil Membantu Perkembangan Otak Bayi Dalam Kandungan
All images credit to Facebook @FlavettesMalaysia