Coworking Space Kuala Lumpur

5 Coworking Space Terbaik di Kuala Lumpur

Andai sudah jemu bekerja di rumah, ini senarai coworking space terbaik di Kuala Lumpur yang boleh anda cuba.

Andai sudah jemu bekerja di rumah, ini senarai coworking space terbaik di Kuala Lumpur yang boleh anda cuba.

Selepas beberapa tahun era pandemik berlalu, budaya kerja secara ‘remote’ dilihat kian berkembang dan terus relevan meskipun sudah banyak syarikat-syarikat besar yang telah kembali kepada norma berkerja di pejabat.

Jika dilihat melalui perspektif yang berbeza, trend berkerja secara remote dari mana-mana lokasi lebih digemari ramai kerana lebih fleksibel dan terbuka. Masa logistik ke tempat kerja yang jauh juga dapat dikurangkan secara mendadak dan para pekerja boleh menumpukan perhatian terus kepada kerja-kerja yang perlu disiapkan.

Selain bekerja dari rumah, coworking space adalah lokasi tempat kerja yang sering menjadi pilihan ramai. Ruang kerja yang kondusif dengan tata-rias dalaman yang menarik mampu memberi suasana yang terbaik untuk bekerja.

Andai anda sudah jemu bekerja dari rumah, apa kata anda cuba bekerja di coworking space pula. Berikut adalah senarai 5 coworking space terbaik di Kuala Lumpur yang boleh anda cuba. Semoga bermanfaat!

Colony

Coworking Space Colony

Pernah memenangi ‘Rekaan Dalaman Pejabat Terbaik’ di salah satu anugerah peringkat Asia Pasifik di Bangkok suatu ketika dahulu, Colony mungkin boleh dikatakan salah satu di antara coworking space terbaik di Kuala Lumpur.

Tak kira jika seorang freelancer, pemilik startup, trader yang menggunakan platform Metatrader 5, digital nomad mahupun pekerja yang mempunyai fleksibiliti untuk bekerja di mana-mana lokasi yang anda mahukan, coworking space mungkin adalah solusi untuk memudahkan anda bekerja.

Colony kini telah berkembang maju dengan 5 lokasi coworking space di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang sedia untuk digunapakai sebagai lokasi ruang kerja bersama anda.

COLONY @ THE MET, MONT KIARA
Address: 20, Jalan Dutamas 2, 50480 Kuala Lumpur
Contact: +60 12-817 7828

COLONY @ KLCC
Address:  6, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
Contact: +60 18-213 8086

COLONY @ ECO CITY
Address: T2, L19, BO-1-D, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur
Contact: +60 12-817 7828

COLONY @ MUTIARA DAMANSARA
(Private HQ & not open to public)
Address: Level 8, KYM Tower, 8, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara
Contact: +60 12-817 7828

COLONY @ PERMATA SAPURA
(Private HQ & not open to public)
Address: Lot 91, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
Contact: +60 12-817 7828

WORQ

 Coworking space Worq

Dengan lebih 10 lokasi space di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Perhentian, Worq pastinya akan menjanjikan pengalaman coworking space yang strategik dan ideal.

Selain coworking space serta ruang pejabat, WORQ juga turut menyediakan lokasi terbaik untuk ruang diskusi fizikal mahupuan virtual. Anda juga boleh mengadakan event-event tertentu di WORQ dengan kadar sewa yang berpatutan.

WORK KL Sentral
Address: Level 20, Menara 1 Sentrum, 201, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Contact: +6010 979 6704 (Norwanme)
On-site support: From Monday to Friday, 9:00AM – 6:00PM

WORQ KL Gateway Mall
Address: Unit 3.07, Level 3, KL, Gateway Mall, 2, Jalan Kerinchi, Kampung Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur
Contact: +6010 979 6704 (Tharshana)
On-site support: From Monday to Friday, 9:00AM – 6:00PM

WORQ TTDI
Address: Lot 3A-01A, Level 3A, Glo Damansara Shopping Mall, 699, Jln Damansara, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Contact: +6010 979 6704 (Ken)
On-site support: From Monday to Friday, 9:00AM – 6:00PM

WORQ Bangsar
Address: Level 9, Tower B, Menara Uoa Bangsar, 5, Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur
Contact: +6010 979 6704 (Tharshana)
On-site support: From Monday to Friday, 9:00AM – 6:00PM

WORK Intermark
Address: Level 9, Integra Tower, 348, Jln Tun Razak, Kampung Datuk Keramat, 50400 Kuala Lumpur
Contact: +6010 979 6704 (Norwanme)
On-site support: From Monday to Friday, 9:00AM – 6:00PM

WORQ Sunway Velocity
Address: Level 12, Sunway V2 Tower No. 158, Jalan Peel, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur
Contact: +6010 979 6704 (Ken)
On-site support: From Monday to Friday, 9:00AM – 6:00PM

WORQ Sunway Putra
Address: Level 4-1, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur
Contact: +6010 979 6704 (Ken)
On-site support: From Monday to Friday, 9:00AM – 6:00PM

Kommune Co-working

Coworking space Kommune

Terletak di tengah-tengah kawasan perniagaan dan hotspot yang strategik di sekeliling Kuala Lumpur, Kommune Co-working adalah salah satu lokasi coworking space yang perlu anda cuba.

Kommune Co-working dilengkapi ruang pejabat yang serba moden dan selesa untuk dihuni serta bekerja. Selain itu, pelbagai kemudahan seperti ruang meeting dan event turut disediakan.

Komune Co-working @ The Vertical, Bangsar South
Address: Level 8, Vertical Corporate Tower B, Avenue 10, The Vertical,No. 8, Jalan Kerinchi, Bangsar South City, 59200 Kuala Lumpur
Contact: +603 2242 0321

Komune Co-working @ Komune Living, Bangsar South
Address: Level 2, Komune Living, No.20, Jalan Kerinchi Kiri 3,
59200 Kuala Lumpur
Contact: +603 5033 2703

Komune Co-working @ Wisma UOA II, KLCC
Address: GF, Tower B, Union Tower Desa Commercial Centre, Jalan Desa Bakti, Taman Desa, 58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Contact: +603 2729 1619

Common Ground

 Coworking space Common Ground

Common Ground bermula dari tahun 2016 dengan hanya dua pekerja dengan lokasi pertamanya terletak di Bukit Damansara dan kini telah berkembang hingga ke Thailand dan Filipina.

Terdapat 14 lokasi Common Ground di Malaysia dan 8 daripadanya terletak di Kuala Lumpur. Melalui satu keahlian, anda dapat menikmati perkhidmatan dan bekerja di mana-mana 14 lokasi Common Ground coworking space di Malaysia.

Common Ground Bukit Damansara
Address: Wisma Uoa Damansara II, Penthouse 16-1 Level 16, No 6, Changkat Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Contact: +603-2011 9888

Common Ground KL Sentral
Address: Q Sentral, Level 39, Unit 39-02 (East Wing, 2A, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur
Contact: +603-2779 0551

Common Ground Bukit Bintang
Address: Menara Worldwide, Level 24 & 25 198, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Contact: +603-2181 9600

Common Ground KL Eco City
Address: BO1-C, Boutique Office 1, Menara 2, Levels 15-19, 3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur
Contact: +603-2779 0508

Common Ground Bangsar South
Address: Level 1 & 2, Tower 3, Avenue 7 Horizon 2 Bangsar South City, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur
Contact: +603-2711 2736

Common Ground Mont Kiara
Address: Level 13 & 13A, Wisma Mont Kiara, 1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Contact: +603-6206 0500

Common Ground MDEC DE Rantau Hub
Address: Wisma Uoa Damansara II, Penthouse 16-1 Level 16, No 6, Changkat Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Contact: +603-2011 9888

WeWork

Coworking space WeWork

WeWork adalah satu jenama coworking space yang sudah dikenali ramai. Dengan adanya dua lokasi WeWork coworking space di Kuala Lumpur, ianya sudah pasti sering menjadi pilihan ramai untuk ruang kerja bersama yang moden, kondusif dan selesa.

Ramai yang memuji konsep, dekorasi dan fasiliti yang disediakan di WeWork coworking space menjadikannya salah satu lokasi pilihan coworking terbaik di Kuala Lumpur.

Terdapat dua lokasi WeWork coworking space di Kuala Lumpur dan kedua-duanya terletak di tengah-tengah bandar yang mempunyai pelbagai kelengkapan dan kemudahan untuk meningkatkan tahap produktiviti anda.

WeWork Mercu 2
Address: No. 3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 50490 Kuala Lumpur
Contact: +604-224 2813

WeWork Equatorial Plaza
Address: Equatorial Plaza, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Contact: +604-224 2813

Kesimpulan

Bagaimana senarai coworking space terbaik di Kuala Lumpur yang kami kongsikan di atas?

Berdasarkan artikel yang disiarkan oleh Linkedin, bilangan coworking space telah berkembang dan meningkat sehingga sekali ganda pada tahun 2024.

Malah menurut kajian daripada Cisco, 86 peratus pekerja di Malaysia lebih gemarkan konsep bekerja secara fleksibel seperti bekerja dari rumah dan hampir 75 peratus pekerja juga berpendapat bahawa kerja-kerja mereka boleh dilakukan dengan lebih bagus dan efisien meskipun bekerja dari jarak jauh.

Diharapkan perkongsian kami pada kali ini sedikit sebanyak mampu untuk membantu anda untuk memilih lokasi coworking space yang terbaik di Kuala Lumpur.