Foodpanda Bantu Jaga Keselamatan Pelanggan Dengan Servis Contactless Delivery
Sempena PKP, FoodPanda telah menawarkan servis Contactless Delivery untuk bantu jaga keselamatan pelanggan.
Pasti anda di luar sana pasti pernah dengar nama company FoodPanda kan? Siapa tak kenal kerana FoodPanda merupakan antara syarikat online food delivery yang cukup terkenal di dalam negara kita.
Bukan sahaja orang dewasa malah anak remaja juga turut tahu mengenai FoodPanda. Jangan terkejut kalau saya katakan setiap hari pasti ramai yang menggunakan perkhidmatan online food delivery dan tidak terkecuali juga para peniaga.
Walaupun negara kita sekarang sedang berhadapan dengan wabak Covid-19 dan sekarang ini kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perkhidmatan online food delivery tetap mendapat sambutan yang cukup hangat. Malah, rider online food delivery juga turut di tambah untuk menampung permintaan yang tinggi.
Contactless Delivery Merupakan Cara Salah Satu Cara Untuk Anda Membuat Pesanan Makanan Tanpa Perlu Rasa Risau
Bercerita tentang rider, pihak Foodpanda telah memperkenalkan servis contactless delivery untuk membantu menjaga keselamatan para pelanggan mereka. Tindakan ini sudah semestinya bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
FoodPanda memperkenalkan sistem baru yang dipanggil contactless delivery ini supaya para pelanggan juga berasa lebih yakin dan selamat. Contactless delivery ini sebenarnya sama macam sistem online food delivery yang biasa cuma sistem baru ini menawarkan servis mesra pelanggan dalam jarak yang sepatutnya tanpa melibatkan sebarang sentuhan semasa urusan penghantaran makanan yang akan diterima oleh pelanggan.
Cara Untuk Menggunakan Servis Sistem Contactless Delivery Dari Foodpanda
Bila sudah ada sistem yang baharu sudah pasti anda akan tertanya-tanya macam mana hendak gunakan sistem ini? Susah ke? Jawapannya mudah saja. Nak tahu caranya? Jom baca panduan yang ada di bawah ini :
Ternyata dengan adanya servis contactless delivery begini, para pelanggan akan berasa lebih yakin dan selamat. Tidak perlu bersentuhan dan berada di jarak yang dekat atau langsung untuk urusan penghantaraan dari rider Foodpanda terhadap para pelanggan. Ia sudah tentu membuatkan kita berasa lebih selamat untuk memesan makanan dari masa ke semasa.
Ada Bermacam Jenis Menu Makanan Yang Best Untuk Dipesan
Terus-terang bila teringat pada Foodpanda terus mula terbayangkan menu yang sedap-sedap. Menu makanan melayu, menu makanan cina, menu makanan barat dan lain-lain lagi, segala macam jenis makanan ada di Foodpanda. Ternyata Foodpanda benar-benar komited dana membina nama sebagai salah satu pihak yang menawarkan servis western food delivery di Malaysia.
Sedap juga bila duduk di rumah bersama keluarga sambil menikmati menu makanan barat seperti pizza, burger, steak, chicken chop dan sebagainya. Lagi pula harga yang ditawarkan berbaloi walaupun dihantar sehingga ke depan pintu rumah.
Jarak 1 meter sentiasa di jaga tanpa perlu disuruh-suruh. Ketika sedang menyemak makanan untuk pengesahan juga pihak rider akan kekalkan jarak mereka dalam anggaran 1 meter dari tempat kita berada. Setelah mengesahkan pesanan barulah di rider akan beredar.
Jika dilihat pada panduan di atas pihak rider di minta untuk basuh tangan dan panduan ini sepatutnya di ikut oleh penerima makanan itu sendiri. Ya, jangan lupa untuk basuh tangan dengan sabun sehingga bersih sepenuhnya sebelum menikmati makanan yang dipesan tadi.
Apabila ada sikap saling menjaga seperti ini, tidak mushatil virus covid19 dapat dikawal dari terus merebak. Selain itu, para pekerja FoodPanda juga turut dibekalkan dengan hand sanitizer dan juga penutup mulut dan hidung.
Dengan inisiatif yang dijalankan oleh FoodPanda Malaysia ini, ternyata ianya membuatkan para pelanggan rasa lebih selamat dan yakin untuk menempah makanan menggunakan servis mereka.
Ternyata servis contactless delivery ini memang betul-betul perlu kerana ianya merupakan satu tindakan yang sangat baik. Terima kasih FoodPanda Malaysia di atas tindakan bijak kalian. Nampaknya lepas ni tentu makin ramai lagi rakyat Malaysia yang akan seronok bila dapat tempah makanan dengan servis cara penghantaran yang sebegini.