Sedapnya Krusty Burger di Joint Kitchen, Seremban 2

Waktu lunch kadang-kadang tekak ni meronta-ronta minta dijamu burger. Bila sebut burger sahaja mesti otak ligat memikirkan restoran fastfood.

Fastfood? Sorry, dengar sahaja fastfood terus terasa mual mengalahkan perempuan mengandung. Bukan tak suka tapi citarasa orang kita ni sudah pastilah burger ala-ala tepi jalan menjadi idaman kalbu tatkala mengidam. Masalahnya celah mana nak cari burger yang sedap tengahari buta ni?

Jangan risau. Kalau anda berada di sekitar kawasan Seremban 2, ada satu menu burger yang sedap dan boleh tahan power.

Nama dia Krusty Burger bin Joint Kitchen

Menu Hibrid Western & Masakan Melayu

Joint Kitchen sebenarnya ialah restoran yang menghidangkan menu western dan menu masakan Melayu. Bukan jual burger sahaja geng.

Selain burger, ada juga menu makanan western seperti chicken chop, lamb chop, meatball dan pasta. Untuk menu masakan Melayu pula ada asam pedas, gulai lemak, sambal belado dan pelbagai lagi.

Post kali ini, aku cuma highlight salah satu menu burger yang sedap di Joint Kitchen ni. Next time, kalau ada rezeki kita lanjutkan ke menu-menu yang lain.

Set Krusty Burger

Set Krusty Burger ini ialah set menu combo termasuk minuman. Ada burger, telur, fries dan air coke. Jadi boleh dikatakan pakej menu yang complete.

Harga

Krusty Burger
+ Grill Chicken
+ Egg
+ Fries
+ Coke
RM13.00

Harga RM13 untuk set ini aku rasakan berbaloi. Portionnya besar, hidangan burger sedap dan tak disangka-sangka mengenyangkan.

Rasa Grill Yang Hebat

Apa yang paling menonjol dalam set Krusty Burger ini semestinya rasa grill yang marvelous. Daging ayam lembut dan perasanya nice-nice sahaja.

Sos pun sedang elok juga, tak melimpah melampau seperti kebanyakkan restoran western yang lain. Yang paling stim bila kuning telur cair meleleh apabila digigit lembut untuk pertama kali.

Fries digoreng dengan cantik. Tak berminyak. Kalau cerita bab fries ni apa yang paling penting bagi aku ialah fries yang digunakan haruslah yang jenis kurus. Orang panggil jenis shoestring atau tali kasut bila diterjemah secara langsung. Paling benci fries yang jenis gemuk-gemuk tu. Lain orang lain citarasa. Ye tak?

Cuma air coke tu mungkin ada orang yang tak berapa nak gemar. Kalau anda jenis yang tak teguk sangat minuman bergula berkapasiti tinggi atau minuman bergas; Boleh cuba mintak tukar dengan air lain.

Rating

Apa yang boleh aku katakan ialah hidangan Krusty Burger ini agak kena dengan tekak aku. Harga dan portion berbaloi.

Persekitaran restoran dan servis juga bagus. Hiasan dalam kedai agak menarik tetapi seperti kekurangan identiti. Masih boleh diperbaiki.

Secara individu, aku dengan suka hati bagi markah 4/5 dan aku pasti akan datang lagi sebab aku dengar cerita nasi lemak dia pun awesome.

GETTING THERE

Joint Kitchen, Seremban 2


Address: No. 36, Jalan S2 B16, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Opening Hours: 08:00AM – 12:00PM
Contact: +6010-881 8762 / Facebook