Dodol Ongah, Lubok China

Penangan Penganan Cair Dodol Ongah, Lubok China

Favourite ramai haruslah dodol cair panas. Dicedok terus dari kawah. Warnanya kelabu dan teksturnya seakan-akan bubur.

Penganan cair atau dodol cair ini adalah salah satu makanan tradisi Negeri Sembilan. Kalau dulu dodol cair time-time kenduri atau raya je boleh merasa tapi sekarang sudah dikomersialkan.

Gerai Dodol Ongah sudah beroperasi sejak 2013 dan pernah viral suatu ketika dulu selepas mendapat liputan Majalah Tiga. Saya sendiri sudah beberapa kali singgah dan tak pernah jemu dengan rasa dodol asli di Gerai Dodol Ongah. Kalau anda ke Lubok China, jangan lepaskan peluang untuk merasa sendiri keasyikan menghirup dodol cair di sini. Gerenti puas hati guys!

Rasa Dodol Asli, Resepi Turun Menurun

Dikatakan dodol disini menggunakan resepi asli turun-temurun dan dikacau perlahan-lahan sehingga masak membuatkan rasa manis gula, lemak santan dan aromanya begitu sebati dengan dodol.

Bukan senang nak mengacau dodol secara tradisional. Skill dan pengalaman amat diperlukan untuk menghasilkan dodol asli yang betul-betul bermutu.

Anda teringin nak buat dodol tapi tiada kepakaran? Jangan risau, anda boleh menempah dodol di Dodol Ongah untuk perayaan, rumah terbuka, majlis keramaian ataupun untuk dijadikan cenderahati.

Dodol Cair Kegemaran Ramai

Terdapat dua jenis dodol yang dijual di sini:

Dodol Cair

Boleh pilih nak yang panas atau yang sejuk. Favourite ramai haruslah dodol cair panas. Dicedok terus dari kawah. Warnanya kelabu dan teksturnya seakan-akan bubur. Dodol cair tak begitu manis, nice-nice sahaja dan rasa lemaknya begitu memikat.

Kesedapan dodol cair yang dimakan panas-panas akan membuatkan anda begitu asyik menghirup sesudu demi sesudu tanpa henti dan semestinya satu bekas tak cukup geng!

Dodol Biasa\Liat

Kalau sebut dodol sahaja mesti sinonim dengan perkataan liat. Kalau ada yang tak berapa gemar dengan dodol cair bolehlah rasa variasi yang ini. Cukup sedap dan liat-liat tu yang layan!

Harga & Rating

Bukan senang nak kacau dodol tau dan dodol cair ini boleh dikategorikan sebagai rare sebab jarang-jarang kita boleh jumpa. Jadi harga RM10 sebekas untuk dodol cair memang saya rasakan cukup berbaloi.

Harga

Dodol Cair RM10
Dodol Biasa RM15

Rasanya asli dan kena dengan selera saya kerana ianya tidak begitu manis, cukup berlemak dan teksturnya begitu smooth. Dengan ini saya dengan gembira nak bagi rating tinggi 4.5/5 untuk penganan cair atau dodol cair di Gerai Dodol Ongah. Recommended!

GETTING THERE

Dodol Ongah, Lubok China


Address: Jalan Pedas-Linggi, 71150 Lubok China, Negeri Sembilan
Opening Hours:
Jumaat 02.30PM – 09.00PM
Sabtu & Ahad 09.30AM – 9.00PM
Cuti Umum 09.30AM – 9.00PM
Contact: +6010-309 5330 (En. Kamarul)