Kalau di Malaysia, tanaman strawberry cukup sinonim dengan Cameron Highland. Tetapi siapa sangka nun jauh di Felda Palong 15, Negeri Sembilan ada yang mengusahakan tanaman yang kebiasannya hanya hidup subur di kawasan tanah tinggi.
Inilah dia strawberry tanah rendah yang boleh hidup dan berbuah di persekitaran yang panas melenting.
Strawberry Tanah Rendah
Walaupun pada mulanya hanya sekadar suka-suka, kini kebun strawberry tanah rendah milik Norzila Borhan dan Mohd Pilus mempunyai pelbagai variety strawberry tanah rendah dan tak putus-putus orang datang bertandang untuk melawat serta membeli anak atau induk pokok strawberry.
Harga Pokok Strawberry
Anak Pokok RM10 keatas
Pokok Induk RM25
Antara variety strawberry tanah rendah yang terdapat disini ialah seperti Japanese Sweet Charlie, Jumbo, Petaluna, Albion, Festival dan lain-lain.
Nasi Lemak Strawberry & Rendang Ayam
Tetapi apa yang paling best ialah disini ada jual satu hidangan yang rare iaitu nasi lemak strawberry dengan rendang ayam. Memang layan!
Bukan sekadar nama je tau, nasi lemak disini memang dimasak dengan strawberry. Kalau kita makan nasi saja je pun boleh perasan ada rasa strawberry sikit-sikit.
Berbeza dengan nasi lemak strawberry yang famous di Cameron Highland, sambalnya disini tak menggunakan strawberry tetapi sambalnya tetap power.
Rendang ayam pula memang ngam dan cukup kena dengan selera saya. Seperti biasa, rendang orang nogori ni jarang-jarang mengewakan. Cuma timun sahaja tidak ada tetapi condiments yang lain seperti telur, bilis dan kacang goreng diberi dengan generous. Rasanya timun tu diganti dengan strawberry yang segar dipetik terus dari kebun.
Harga & Rating
Secara keseluruhan, nasi lemak strawberry di sini saya akui kena dengan selera saya dan pada pendapat saya cukup sedap. Nasinya lembut berperasa, sambalnya power dan yang paling sedap ialah rendang ayam.
Harganya untuk set nasi lemak strawberry dengan rendang ayam hanya RM5.50 dan saya rasakan ianya satu hidangan yang cukup berbaloi. Jadi markah rating 3/5 sememangnya lebih dari layak
GETTING THERE
Nasi Lemak Strawberry Palong 15, Jempol
Address: No 26, Blok 2, Felda Palong 15, Negeri Sembilan, Malaysia
Opening Hours: 3:00PM – 8:00PM
Contact: +6014-716 6926 (Pilus) / +6017-239 5618 (Norzila) / Facebook