7 Khasiat Kunyit Hitam untuk Kesihatan Badan

Kenali khasiat kunyit hitam yang diketahui mempunyai tinggi kandungan antioksidan yang dapat membantu mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan kemurungan.

Kunyit hitam atau nama saintifiknya Curcuma caesia, adalah tumbuhan herba eksotik yang boleh didapati di India dan Asia Tenggara. Ia juga dikenali dengan nama lain seperti black zedoary dan kali haldi. Rupanya agak sama dengan kunyit yang berwarna kuning cuma warnanya yang berlainan.

Kunyit hitam mendapat namanya daripada warna hitam kebiruan pada rizomnya. Batang pokok atau rizom kunyit hitam mengandungi sebatian bioaktif seperti curcuminoid, minyak pati, flavonoid, dan terpenoid, yang menyumbang kepada kesan terapeutiknya.

Kunyit hitam digunakan sebagai rawatan tambahan tradisional kerana sifat anti-radang, antioksidan, antimikrob dan analgesiknya. Dalam artikel kali ini kita akan mengetahui dengan lebih terperinci mengenai khasiat kunyit hitam dan manfaatnya untuk kesihatan tubuh badan kita.

1. Kunyit Hitam Mengandungi Komponen Antioksidan

Image credit amazon.in

Antioksidan membantu melindungi sel kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, iaitu molekul tidak stabil yang boleh menyebabkan tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

Kunyit hitam mengandungi beberapa sebatian antioksidan, seperti kurkuminoid, flavonoid, dan sebatian fenolik lain, yang memberikan sifat antioksidannya (Sumber)

Kunyit hitam mengandungi curcumin yang sangat dikenali dengan sifat antioksidan dan anti-radangnya yang baik. Malah, kunyit hitam juga dikatakan mungkin mengandungi jenis dan jumlah curcuminoid yang berbeza berbanding dengan kunyit biasa.

Baca juga: 8 Khasiat Halia yang Semua Orang Perlu Tahu

Seperti makanan berasaskan tumbuhan berwarna-warni yang lain, kunyit hitam kaya dengan fitonutrien yang boleh melindungi tubuh badan dengan meneutralkan radikal bebas dari pencemaran, cahaya matahari serta melindungi sel daripada kerosakan.

Walaubagaimanapun, kajian awal mencadangkan bahawa khasiat kunyit hitam mungkin mempunyai aktiviti antioksidan yang lebih kuat kerana kandungan fenoliknya yang lebih tinggi (Sumber).

2. Khasiat Kunyit Hitam Dalam Mengawal Tekanan Darah

Meskipun penyelidikan saintifik mengenai penggunaan khasiat kunyit hitam dalam merawat darah tinggi adalah terhad, tetapi hasil daripada kajian yang pernah dijalankan mendapati ia dapat memberikan kesan yang positif dalam membantu mengawal tahap tekanan darah.

Ini kerana kunyit hitam mengandungi sifat anti-radang dan antioksidan. Curcumin, sebatian bioaktif yang terdapat dalam kunyit hitam juga mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan yang dapat membantu mengurangkan kesan buruk akibat tekanan oksidatif (Sumber).

Selain itu, beberapa kajian juga mendapati bahawa curcumin yang terdapat dalam kunyit hitam mungkin mempunyai kesan vasodilator, bermakna kunyit hitam mampu membantu meluaskan saluran darah dan menggalakkan kepada aliran darah yang baik.

Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengetahui dos optimum, kesan curcumin dan khasiat kunyit hitam pada tekanan darah.

Baca juga: Tekanan Darah Normal? Fakta dan Tips

3. Kunyit Hitam Mempunyai Sifat Antibakteria

Kajian mendapati bahawa kunyit hitam mengandungi sebatian bioaktif seperti curcuminoids, flavonoid, dan terpenoid, yang mempunyai aktiviti antimikrob terhadap pelbagai jenis bakteria (Sumber).

Sebagai contoh, kajian yang pernah dijalankan mendapati bahawa curcumin yang diekstrak daripada kunyit hitam menunjukkan aktiviti antibakteria yang ketara terhadap bakteria Gram-positif dan Gram-negatif, termasuk Staphylococcus aureus, Escherichia coli, dan Pseudomonas
aeruginos (Sumber).

Dalam kajian makmal lain yang pernah dijalankan pula mendapati kandungan curcuminoids dalam khasiat kunyit hitam dan minyak patinya menunjukkan aktiviti antimikrob terhadap bakteria tertentu.

Walau bagaimanapun, penyelidikan khusus mengenai kesan antibakteria kunyit hitam adalah terhad, dan lebih banyak kajian diperlukan untuk membuktikan keberkesanannya terhadap strain bakteria yang berbeza.

4. Khasiat Kunyit Hitam Mungkin Baik Dalam Pengurusan Diabetes

Kajian mendapati bahawa sebatian bioaktif yang terdapat dalam kunyit hitam, seperti curcuminoids dan flavonoid, mungkin mempunyai kesan anti-diabetes (Sumber).

Ia didapati dapat membantu meningkatkan sensitiviti insulin, mengurangkan tahap glukosa darah, dan mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan diabetes.

Keradangan kronik sering dikaitkan dengan rintangan insulin dan perkembangan diabetes. Sifat anti-radang curcumin boleh membantu mengurangkan keradangan dan membantu mengatur glisemik dengan baik.

Walau bagaimanapun, penyelidikan mengenai kesan khusus khasiat kunyit hitam terhadap diabetes masih lagi terhad, dan lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan keberkesanannya.

Baca juga: 5 Cara Mengatasi Obesiti (Mudah & Berkesan)

5. Khasiat Kunyit Hitam untuk Melegakan Keradangan Paru-Paru

Seperti kunyit biasa, kunyit hitam juga telah digunakan secara tradisional dalam merawat masalah paru-paru. Ini kerana ia mengandungi sebatian bioaktif yang mungkin mempunyai potensi manfaat dalam meningkatkan kesihatan paru-paru (Sumber).

Khasiat kunyit hitam mempunyai sifat antioksidan dan anti radang yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif dalam paru-paru dan seterusnya membantu meningkatkan kesihatan paru-paru kita.

Keradangan boleh menyebabkan masalah paru-paru seperti asma, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), dan juga masalah pernafasan lain. Sifat anti-radang kunyit hitam boleh membantu mengurangkan keradangan dan mengurangkan gejala yang berkaitan dengan masalah pernafasan.

6. Kunyit Hitam Dalam Mengurangkan Gejala Kemurungan

Khasiat kunyit hitam juga dikatakan baik dalam merawat gelaja kemurungan. Ini kerana kandungan curcumin yang terdapat dalam kunyit hitam, telah dikaji potensi nya dalam menguruskan gejala kemurungan (Sumber).

Curcumin telah didapati mempunyai sifat anti-radang, antioksidan, dan neuroprotektif yang mungkin berkaitan dengan kemurungan. Ia boleh melaraskan neurotransmitter seperti serotonin dan dopamin, yang memainkan peranan dalam menentukan keadaan mood.

Baca juga: 10 Cara Menangani Stress & Tekanan

Walaupun beberapa kajian telah menunjukkan hasil positif khasiat kunyit hitam terhadap gejala kemurungan, lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keberkesanan dan dos optimum untuk merawat kemurungan.

Dapatkan nasihat dari pakar kesihatan sebelum menggunakan kunyit hitam atau mana-mana rawatan semulajadi untuk mengurangkan kemurungan bagi menentukan pendekatan rawatan yang sesuai dan selamat.

7. Kunyit Hitam Dalam Membantu Merawat Sakit Sendi dan Arthritis

Keradangan merupakan antara penyebab kepada sakit sendi seperti arthritis. Berdasarkan data daripada ujian terkawal yang dijalankan secara rawak mendapati penggunaan terapi ekstrak kunyit dapat mengurangkan kesakitan lutut dan meningkatkan ketahanan fizikal pada pesakit osteoarthritis. Ia juga tidak memberikan kesan sampingan yang teruk (Sumber).

Curcuminoids boleh membantu mengurangkan keradangan dengan menghalang laluan keradangan tertentu dalam tubuh badan. Ini boleh mengurangkan gejala sakit sendi serta masalah sendi yang lain.

Khasiat kunyit hitam, dengan sifat anti-radang dan antioksidannya, boleh membantu mengurangkan keradangan sendi, melindungi tisu sendi dan otot daripada kerosakan yang disebabkan oleh tekanan oksidatif, dan memberikan kelegaan akibat kesakitan sendi seperti arthritis.

Kunyit hitam juga dikatakan mempunyai sifat analgesik dan bermanfaat dalam membantu mengurangkan sakit sendi. Ia mungkin dapat mencegah dan mengurangkan rasa sakit.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kunyit hitam mempunyai pelbagai manfaat kesihatan kerana sifat anti-radang, antioksidan dan antimikrob nya. Ia dapat membantu mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis serta merangsang mood untuk mengurangkan gejala kemurungan.

Walaupun penyelidikan saintifik yang khusus mengenai khasiat kunyit hitam masih terhad dan perlu dijalankan bagi mengetahui kebersanan dan kebolehan ekstrak kunyit hitam dan curcumin, kajian yang pernah dijalankan sentiasa menunjukkan bukti yang memberangsangkan.

Seperti apa juga makanan kesihatan dan suplemen berasaskan tumbuhan dan herba, adalah sangat penting untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari pakar kesihatan sebelum mengambil keputusan untuk mencuba perubatan dan rawatan alternatif.

Kesihatanalternatif.com offers tips and recipes on nourishing food, natural remedies, and embracing a holistic approach to well-being.

Images credit Freepik

Sumber Rujukan
  1. John Hopkins Medicine. Turmeric Benefits. Retrieved from hopkinsmedicine.org.
  2. Krishnaraj, Mannangatti & Manibhushanrao, K & N, Mathivanan. (2010). A comparative study of phenol content and antioxidant activity between non conventional Curcuma caesia Roxb. and Curcuma amada Roxb. International Journal of Plant Production. 4. 169-174. Available from: researchgate.net
  3. Hadi A, Pourmasoumi M, Ghaedi E, Sahebkar A. The effect of Curcumin/Turmeric on blood pressure modulation: A systematic review and meta-analysis. Pharmacol Res. 2019 Dec;150:104505. doi: 10.1016/j.phrs.2019.104505. Epub 2019 Oct 21. PMID: 31647981. Available from: ncbi.nlm.nih.gov
  4. Ibrahim NNA, Wan Mustapha WA, Sofian-Seng NS, Lim SJ, Mohd Razali NS, Teh AH, Rahman HA, Mediani A. A Comprehensive Review with Future Prospects on the Medicinal Properties and Biological Activities of Curcuma caesia Roxb. Evid Based Complement Alternat Med. 2023 Jan 17;2023:7006565. doi: 10.1155/2023/7006565. PMID: 36704214; PMCID: PMC9873438. Available from: ncbi.nlm.nih.gov
  5. Adamczak A, Ożarowski M, Karpiński TM. Curcumin, a Natural Antimicrobial Agent with Strain-Specific Activity. Pharmaceuticals (Basel). 2020 Jul 16;13(7):153. doi: 10.3390/ph13070153. PMID: 32708619; PMCID: PMC7408453. Available from: ncbi.nlm.nih.gov
  6. Amalraj A, Pius A, Gopi S, Gopi S. Biological activities of curcuminoids, other biomolecules from turmeric and their derivatives – A review. J Tradit Complement Med. 2016 Jun 15;7(2):205-233. doi: 10.1016/j.jtcme.2016.05.005. PMID: 28417091; PMCID: PMC5388087. Available from: ncbi.nlm.nih.gov
  7. Zhang DW, Fu M, Gao SH, Liu JL. Curcumin and diabetes: a systematic review. Evid Based Complement Alternat Med. 2013;2013:636053. doi: 10.1155/2013/636053. Epub 2013 Nov 24. PMID: 24348712; PMCID: PMC3857752. Available from: ncbi.nlm.nih.gov
  8. Nagaraju M, Kalahasti KK, Reddy KP, Addi UR, Satyavani M, Reddy GB, Reddy SS. Anti-inflammatory potential of turmeric, amla, and black pepper mixture against sepsis-induced acute lung injury in rats. J Food Sci Technol. 2023 Jan;60(1):252-261. doi: 10.1007/s13197-022-05610-1. Epub 2022 Nov 3. PMID: 36349282; PMCID: PMC9633023. Available from: ncbi.nlm.nih.gov
  9. Mayo Clinic. COPD. Retrieved from mayoclinic.org.
  10. Borah S, Sarkar P, Sharma HK. Analysing Curcuma caesia fractions and essential oil for neuroprotective potential against anxiety, depression, and amnesia. 3 Biotech. 2021 May;11(5):240. doi: 10.1007/s13205-021-02793-w. Epub 2021 Apr 26. PMID: 33968583; PMCID: PMC8076375. Available from: ncbi.nlm.nih.gov
  11. Paultre K, Cade W, Hernandez D, Reynolds J, Greif D, Best TM. Therapeutic effects of turmeric or curcumin extract on pain and function for individuals with knee osteoarthritis: a systematic review. BMJ Open Sport Exerc Med. 2021 Jan 13;7(1):e000935. doi: 10.1136/bmjsem-2020-000935. PMID: 33500785; PMCID: PMC7812094. Available from: ncbi.nlm.nih.gov