5 Kesan Merokok Terhadap Kesihatan Menurut Kajian Sains

Terlalu banyak yang hal negatif mengenai kesan merokok. Dari penyakit berisiko rendah hinggalah komplikasi yang boleh mendatangkan maut, semuanya boleh berpunca daripada rokok.

Berdasarkan perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2019, dianggarkan 21.3 peratus yakni sekitar 4.9 juta rakyat Malaysia merokok dan jumlah ini akan semakin meningkat (Sumber).

Statistik ini sangat membimbangkan. Bilangan perokok makin bertambah walaupun sudah ramai yang tahu kemudaratan dan bahaya merokok yang mengurangkan kesihatan perokok secara amnya.

Pada artikel kali ini, kita akan membincangkan beberapa kesan merokok yang seharusnya kita ambil peduli demi kesejahteraan bersama.

1. Kesan Merokok Terhadap Paru-Paru

Gambar kredit Freepik

Merokok boleh meningkatkan risiko penyakit yang berkaitan paru-paru dan ianya berkemungkinan besar disebabkan oleh tindakbalas nikotin serta bahan-bahan kimia lain yang terkandung di dalam rokok.

Dianggarkan kesan merokok dikaitkan dengan hampir 90% risiko penyakit kanser paru-paru pada lelaki dan dari 70 hingga 80% pada wanita (Sumber).

Malah berdasarkan laporan media, terdapat sekitar 4.8 juta perokok di Malaysia dan diperkirakan lebih 27,200 kematian mempunyai kaitan dengan merokok (Sumber).

Merokok juga dipercayai boleh meningkatkan kadar risiko 25 kali lebih besar terhadap seseorang untuk mendapat kanser paru-paru. Selain itu, menurut laporan lain, kira-kira 9 daripada 10 kematian akibat kanser paru-paru dikaitkan dengan kesan merokok (Sumber).

2. Kesan Merokok dan Penyakit Kardiovaskular

Tidak tertumpu kepada risiko kanser, merokok juga diketahui umum boleh mengakibatkan penyakit-penyakit kardiovaskular yang menjejaskan jantung dan saluran darah (Sumber).

Bahan kimia yang terkandung di dalam asap rokok menyebabkan sel yang melapisi saluran darah menjadi bengkak dan meradang seterusnya menyempitkan saluran darah. Secara lebih jelas, kesan nikotin akan menjadikan saluran darah menjadi tebal dan sempit sehingga menyukarkan aliran darah (Sumber).

Keadaan ini berkemungkinan boleh meningkatkan risiko penyakit-penyakit berkaitan kardiovaskular seperti Atherosclerosis, Coronary Heart Disease, Stroke, Peripheral Arterial Disease (PAD) dan Abdominal Aortic Aneurysm (Sumber).

Gambar kredit Freepik
Bahan Kimia dalam Rokok Penerangan
Aseton terdapat dalam penanggal pengilat kuku
Asid asetik bahan dalam pewarna rambut
Ammonia pembersih isi rumah biasa
Arsenik digunakan dalam racun tikus
Benzena terdapat dalam simen getah dan petrol
Butana digunakan dalam cecair yang lebih ringan
Kadmium komponen aktif dalam asid bateri
Karbon monoksida dilepaskan dalam asap ekzos kereta
Formaldehid cecair pembalseman
Hexamine terdapat dalam cecair pemetik api
Plumbum digunakan dalam bateri
Naftalena bahan dalam ubat gegat
Metanol komponen utama dalam bahan api roket
Nikotin digunakan sebagai racun serangga
Tar bahan untuk menurap jalan
Toluena digunakan untuk mengeluarkan cat

Baca juga: 15 Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Secara Tradisional

3. Kesan Merokok dan Risiko Komplikasi Kehamilan

Gambar kredit Freepik

Seperti yang dibincangkan pada sub topik sebelumnya, rokok mengandungi pelbagai bahan kimia yang berbahaya. Amalan merokok ketika kehamilan akan meningkatkan risiko komplikasi kehamilan malah lebih buruk mungkin boleh mendatangkan maut.

Pendedahan pranatal kepada merokok akan meningkatkan risiko Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) dimana bayi berkemungkinan akan mati mengejut secara tidak dijangka semasa tahun pertama kehidupan, di mana puncanya masih tidak dapat dijelaskan walaupun selepas pemeriksaan teliti termasuklah bedah siasat (Sumber).

Selain itu, kesan merokok juga dikhuatiri akan menyebabkan risiko komplikasi kehamilan yang lain seperti keguguran, kelahiran pra-matang, placenta previa, bayi berat kurang, kecacatan kelahiran dan sebagainya (Sumber).

4. Kesan Merokok Terhadap Kesihatan Oral

Tidak hanya dikaitkan dengan penyakit berkaitan jantung dan paru-paru, merokok juga boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan oral seseorang.

Menurut laporan media, perokok sangat berisiko tinggi untuk terdedah dengan penyakit berkaitan gusi yakni sekitar empat kali ganda risiko berbanding individu yang tidak pernah merokok (Sumber).

Gambar kredit Freepik

Antara masalah yang berkaitan kesihatan oral adalah seperti berikut:

  • Peningkatan pembentukan plak dan karang gigi pada gigi
  • Masalah nafas berbau
  • Perubahan warna gigi, gigi menjadi kuning
  • Keradangan bukaan kelenjar air liur pada bumbung mulut
  • Peningkatan kehilangan tulang dalam rahang
  • Peningkatan risiko leukoplakia, tompok putih di dalam mulut
  • Peningkatan risiko penyakit gusi, punca utama kehilangan gigi
  • Peningkatan risiko mendapat kanser mulut dan jangkitan penyakit periodontal

5. Kesan Merokok Terhadap Perokok Pasif (Second-hand smoke)

Perokok pasif adalah golongan yang tidak merokok tetapi menghidu asap rokok (second-hand smoke) ataupun asap rokok terpakai yang dihembus oleh perokok.

Golongan ini kebiasaanya terdiri daripada mereka yang rapat dengan perokok seperti ahli keluarga, anak cucu dan rakan-rakan.

Meskipun boleh dikatakan sebagai asap rokok terpakai, bahayanya tetap sama. Malah menurut American Cancer Society (ACS), asap rokok ini juga boleh menyebabkan kanser termasuk kanser paru-paru, tekak dan payudara (Sumber).

Selain itu, kanak-kanak yang sering terdedah dengan asap rokok juga akan lebih kerap jatuh sakit dan lebih cenderung mengalami sesak nafas, batuk dan asma.

Gambar kredit Freepik


Sumber Rujukan

  1. Sinar Harian. KKM jangka jumlah sebenar perokok meningkat berbanding 2019. Retrieved from Link.
  2. Walser, T., Cui, X., Yanagawa, J., Lee, J. M., Heinrich, E., Lee, G., Sharma, S., & Dubinett, S. M. (2008). Smoking and lung cancer: the role of inflammation. Proceedings of the American Thoracic Society, 5(8), 811–815. https://doi.org/10.1513/pats.200809-100TH
  3. Astro Awani. (2022, February 20). Merokok: Lebih 27,000 kematian rakyat Malaysia setiap tahun – Pengamal perubatan. Retrieved from Link.
  4. Centers for Disease Control and Prevention. (2021, October 29). Health effects of cigarette smoking. Retrieved from Link.
  5. How Tobacco Smoke Causes Disease: The Biology and Behavioral Basis for Smoking-Attributable Disease: A Report of the Surgeon General. Atlanta (GA): Centers for Disease Control and Prevention (US); 2010. 6, Cardiovascular Diseases. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK53012/
  6. InfoSihat.gov.my. Bahaya Merokok. Retrieved from Link.
  7. CDC.gov.my. Smoking and Cardiovascular Disease. Retrieved from Link.
  8. American Lung Association. What’s In a Cigarette? Retrieved from Link.
  9. Fifer, W. P., Fingers, S. T., Youngman, M., Gomez-Gribben, E., & Myers, M. M. (2009). Effects of alcohol and smoking during pregnancy on infant autonomic control. Developmental psychobiology, 51(3), 234–242. https://doi.org/10.1002/dev.20366
  10. Healthline. 8 Dangers of Smoking While Pregnant. Retrieved from Link.
  11. MyHealth.gov.my. Rokok dan Penyakit Gusi. Retrieved from Link.
  12. American Cancer Society. Health Risks of Secondhand Smoke. Retrieved from Link.