Kebaikan media sosial telah membawa anjakan paradigma terhadap cara-cara perniagaan dan para usahawan berinteraksi dengan audiens mereka. Pada masa lalu, para peniaga harus keluar dan berjumpa dengan pelanggan-pelanggan secara fizikal untuk menjalinkan hubungan perniagaan.
Dengan adanya interaksi di media-media sosial, proses perniagaan akan menjadi lebih senang dimana pembabitkan aktiviti perniagaan yang melibatkan audiens boleh dilakukan dengan lebih mudah, kos efektif dan efisien.
Berikut adalah beberapa kebaikan media sosial untuk perniagaan yang wajib anda ketahui jika anda merupakan seorang ahli perniagaan.
1. Memudahkan Interaksi Perniagaan
Kebiasaannya, kebaikan media sosial sering digunakan untuk promosi produk-produk perniagaan. Melalui kemaskini seperti ini, ianya sekaligus dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat terkini berkenaan produk dan jualan.
Selain itu, media sosial juga berupaya untuk memudahkan interaksi perniagaan melalui fungsi-fungsi “Direct Messaging” yang disediakan. Melalui fungsi seperti ini, para pelanggan boleh mengemukakan apa sahaja soalan berkaintan dan para peniaga boleh membalas terus tanpa perlu melengah-lengahkan masa.
Dengan adanya kebolehan untuk menyampaikan respon dengan pantas, reputasi perniagaan akan lebih berkembang baik dan seterusnya mampu menjadikan proses jual dan beli menjadi lebih cepat serta efisien.
Baca juga: 5 Kebaikan Perkembangan Influencer Marketing di Malaysia
2. Keupayaan Untuk Menyuarakan Fikiran dengan Betul
Jangan terlalu gemar untuk memberi komen negatif, sebaiknya, gunakan kebaikan media sosial ini untuk mengembangkan positiviti di dalam perniagaan anda. Anda boleh beri apa sahaja pandangan-pandangan yang baik dan positif tentang isu-isu semasa dan terkini.
Kebaikan media sosial harus menjadi senjata terhebat untuk sesiapa sahaja untuk menyuarakan pendapat dan pandangan peribadi. Meskipun begitu, para perniaga harus berhati-hati dalam menyampaikan sebarang pendapat peribadi dan janganlah terlalu radikal.
Dengan cara ini, anda dapat menyuarakan fikiran anda dengan betul dan memastikan mesej anda dipaparkan lebih cermat.
3. Komunikasi Dengan Orang Di Seluruh Dunia
Pada umumnya, salah satu kebaikan media sosial sememangnya berfungsi untuk menghubungkan orang di seluruh dunia. Melalui platform internet, anda boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa jurang masa dan lokasi.
Sebagai seorang usahawan, anda haruslah mengambil peluang yang ada untuk menyampaikan maklumat-maklumat yang berkaitan produk dan jualan kepada seberapa banyak bakal pelanggan yang boleh.
Cubalah berkomunikasi dengan rakan-rakan terdekat dahulu, dan kemudian setelah anda menguasai teknik serta skill yang betul, lebarkan komunikasi kepada skop yang lebih besar.
Apa yang paling penting, komunikasi tersebut janganlah terlalu berbentuk promosi. Lakukan jualan dengan teknik yang halus dan jangan terlalu gopoh.
4. Hubungan Dengan Orang Bersependapat
Kebaikan media sosial juga boleh menjadi platform dan pentas yang eksklusif untuk perbincangan dengan orang yang bersependapat dengan anda. Melalui Facebook Group, anda boleh bergaul dengan audiens yang mempunyai minat yang sama.
Berinteraksilah dengan mereka melalui perbincangan-perbincangan sedia ada terlebih dahulu. Apabila anda sudah semakin dikenali, mula buka topik perbincangan terbaru dan galakkan interaksi sesama audiens.
Melalui perbincangan dengan orang yang mempunyai minat yang sama, anda boleh mendapat input yang bagus untuk mengetahui kebolehan dan kebaikan produk jualan yang anda tawarkan.
Belajarlah untuk menerima sebarang komen dan pendapat yang negatif. Jangan hanya mengharapkan yang baik-baik sahaja, kadangkala anda perlukan pendapat yang sebenar walaupun pahit untuk maju kehadapan.
Baca juga: 5 Kebaikan Internet untuk Perniagaan
5. Peluang Menjadi Viral
Ini merupakan kebaikan media sosial yang harus anda tahu. Kandungan viral atau berpotensi menjadi viral merupakan frasa yang kini telah menjadi topik hangat dikalangan para peniaga. Setiap syarikat mahu mencipta kandungan viral dengan serta-merta.
Mereka mahukan iklan atau kempen-kempen mereka menjadi popular secara segera dan kekal sebagai topik perbincangan. Namun begitu, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Syarikat-syarikat sekarang telah membelanjakan berpuluh ribu ringgit dalam usaha mereka untuk mendapatkan kempen yang mampu menjadi viral.
Kandungan yang kebanyakannya menjadi viral adalah kandungan yang boleh dikaitkan dengan orang ramai. Jika konten tersebut dapat menggamit orang ramai, mereka semestinya akan berkongsi, menyukainya, dan memberi komen. Itulah cara organik untuk menjadi viral dan sesiapa sahaja boleh melakukannya. Anda hanya perlu mempunyai kandungan yang tulen dan menarik.
6. Kandungan Media Organik
Salah satu kelebihan terbesar media sosial adalah penjanaan kandungan media organik anda sendiri secara percuma.
Anda tidak perlu mengeluarkan wang untuk mendapatkan akses kepada petunjuk berpotensi yang berharga. Kebanyakan syarikat menggunakan platform ini untuk menjana dan berinteraksi dengan petunjuk.
Tiada had yang ditetapkan untuk jumlah kandungan siaran. Anda boleh menggunakan semua sumber kandungan media anda untuk menjana minat yang tidak masuk akal terhadap produk dan projek anda.
Sama ada melalui penggunaan foto, video atau hanya kemas kini – terdapat peluang yang tinggi untuk menjana respons melalui setiap satu daripadanya.
7. Pemahaman Yang Lebih Baik Terhadap Audiens Anda
Penglibatan aktif di media sosial memberikan anda peluang untuk bukan sahaja membina landas pelanggan anda, tetapi juga untuk benar-benar mengenali komuniti anda dan memahami lebih lanjut tentang perkara yang mereka cari.
Membenarkan pelanggan anda melihat sekilas tentang siapa anda sebagai pengasas syarikat dan nilai-nilai yang anda percayai, meletakkan sentuhan manusia yang tidak ternilai pada jenama anda.
8. Peluang Untuk Kekal Mengikut Trend Industri
Walaupun anda tidak berminat terhadap pembinaan rangkaian dan perbualan, media sosial masih merupakan alat dasar yang membolehkan anda mengikuti trend semasa, topik hangat dan berita berasaskan industri.
Trend industri adalah salah satu titik perbincangan perniagaan yang boleh memberi manfaat besar dalam penglibatan dan kebaikan media sosial. Jika anda seorang pemilik perniagaan, media sosial menawarkan tempat untuk melihat trend industri yang terkini.
All images credit to Unsplash