Dalam zaman teknologi serba canggih, klon telefon adalah perkara biasa yang dilakukan ramai orang.
Sama ada untuk pemindahan data ke telefon baru, memantau aktiviti orang yang disayangi atau sebagai sandaran data atau pemulihan maklumat yang hilang, keperluan untuk mengklon telefon dilakukan mengikut situasi yang berbeza-beza.
Mujurlah sekarang ada cara klon telefon dengan mudah yang dapat membantu anda mengklon telefon tanpa anda perlu mengakses telefon sasaran secara fizikal.
Jadi, dalam artikel ini, kami akan kongsikan klon telefon app dan teknik berkesan serta panduan lengkap langkah demi langkah untuk berjaya mengklon telefon.
Kaedah #1 : Guna Aplikasi mSpy Untuk Klon Telefon
Aplikasi mSpy adalah aplikasi pemantau hp yang boleh membantu anda klon telefon seseorang dengan cara memintas data dan anda boleh mengakses data-data itu dengan mudah dengan menggunakan telefon bimbit atau komputer.
Kesemua data yang dipindah masuk dari telefon ke mSpy, adalah data yang dipersulitkan di papan muka peribadi. Jadi, segala maklumat di papan muka mSpy tidak boleh diakses sesuka hati oleh orang lain tanpa kebenaran.

Ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi mSpy ialah :
- Penjejak panggilan telefon – Merekod setiap nombor telefon yang membuat panggilan masuk dan panggilan keluar, waktu panggilan dibuat beserta durasi perbualan.
- Penjejak teks mesej – Merekod mesej yang dihantar dan diterima, walaupun sudah dipadamkan.
- Pemantau aplikasi mesej (Whatsapp / Facebook messenger / Telegram / Tinder / Instagram) – Merekod setiap mesej dan perbualan, gambar dan juga video.
- Pengesan Lokasi – Mengesan lokasi GPS semasa telefon sasaran dan dilengkapi ciri geo-fencing yang boleh menetapkan sempadan pergerakan.
- Pemantau aplikasi – Mengenalpasti aplikasi yang dipasang dan digunakan oleh telefon sasaran.
- Pemantau fail multimedia – Merekod semua gambar dan video yang diambil oleh telefon sasaran.
- Akses nota, email dan senarai no telefon – Merekod semua nota-nota, email yang dihantar dan diterima serta senarai nombor telefon.
- Pemantau aktiviti internet – Merekod semua sejarah carian, pemantauan terhadap amaran kata kunci dan memantau penanda buku laman web.
Kesemua ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi mSpy dapat memberi anda peluang klon telefon atau memantau aktiviti orang yang disayangi secara senyap tanpa diketahui telefon sasaran.
Kaedah #2 : Klon Telefon Jarak Jauh dengan Penyelarasan iCloud
Bagi yang nak klon telefon dengan cara jarak jauh, salah satu cara adalah dengan menggunakan kaedah penyelarasan iCloud. Anda boleh menyalin kesemua data seperti senarai nombor telefon, pesanan ringkas, aplikasi dan galeri foto ke telefon bimbit lain kepunyaan anda.

Cara klon telefon melalui kaedah penyelarasan iCloud :
- Sandar iPhone lama kepunyaan anda :
- Untuk membuat sandaran data pada iPhone lama, pergi ke Tetapan, pilih (Nama Anda), pilih iCloud dan tekan Sandaran iCloud.
- Ketik Sandar iCloud Sekarang dan pastikan bahawa sandaran iCloud selesai dengan sempurna.
- Pemasangan ke iPhone baru :
- Hidupkan telefon dan ikut arahan pemasangan.
- Pilih Pemulihan dari sandaran iCloud jika diminta.
- Log masuk menggunakan ID Apple yang sama :
- Gunakan ID Apple yang sama dengan iPhone lama.
- Pilih sandaran data terbaru dan tunggu sehingga kesemua data dipulihkan.
Kaedah #3: Klon Telefon Dengan Sandaran Google untuk Android
Penyelesaian lain untuk klon telefon adalah dengan cara menggunakan sandaran Akaun Google. Sandaran Akaun Google membolehkan kita klon atau memindahkan semua data dari satu android ke android yang lain. Bagi sesetengah kes, sandaran Akaun Google juga boleh memindahkan data ke iPhone.
- Sandar telefon lama anda :
- Buka Tetapan, pilih Google dan kemudian pilih Sandar.
- Kemudian, aktifkan Sandaran ke Google Drive.
- Pastikan pilihan aplikasi seperti senarai nombor telefon, sejarah panggilan, pesanan ringkas dan foto galeri diaktifkan.
- Ketik Sandar Sekarang dan pastikan sandaran selesai dengan sempurna.
- Pemasangan ke telefon baru :
- Hidupkan telefon baru.
- Semasa permulaan pemasangan, pilih Salin Aplikasi dan Data.
- Log masuk dengan menggunakan Akaun Google yang sama dengan telefon lama anda.
- Pulihkan sandaran anda :
- Pilih Sandaran dari telefon lama anda.
- Tunggu aplikasi, mesej, sejarah panggilan, foto dan tetapan dipulihkan.
Rumusan
Kesimpulannya, jika anda hanya sekadar perlu klon telefon anda, anda boleh terus gunakan kaedah penyelarasan data sedia ada seperti penyelarasan iCloud atau sandaran Akaun Google.
Tetapi jika anda perlu klon telefon dengan lebih lengkap dan tepat, yang membolehkan anda melakukan pemantauan dengan teliti, anda boleh guna klon telefon app, mSpy. Aplikasi yang mudah digunakan dan berkesan.
