Suhu badan normal manusia berbeza-beza tetapi ianya memainkan peranan penting sebagai indikasi keadaan kesihatan seseorang. Berapa suhu badan normal anda?
Purata suhu badan normal adalah 37°C (98.6°F) tetapi sebenarnya suhu badan normal anda mungkin lebih tinggi atau lebih rendah sedikit dengan variasi di dalam lingkungan 0.25°C hingga 0.5°C (Sumber).
Kebiasaannya, bacaan suhu badan dapat memberi petunjuk tentang apakah seseorang itu mengalami demam atau penyakit lain yang berkaitan. Suhu badan demam adalah sekitar 37.8°C atau lebih tinggi di mana anda mungkin akan mengalami simptom-simptom demam seperti berasa panas, sejuk atau menggigil (Sumber).
Pada artikel kali ini, kita akan mencari, merungkai dan memahami fakta berkenaan suhu badan normal manusia mengikut umur, faktor yang mempengaruhi suhu, dan cara check suhu badan dengan mudah. Jom ikuti perkongsian ini.
Suhu Badan Normal Mengikut umur
Suhu badan normal merujuk pada bacaan suhu yang dikategorikan sebagai sihat bagi manusia. Biasanya, suhu tubuh normal adalah di antara 36.1 hingga 37.2 darjah Celsius (Sumber).
Namun, perlu diingat bahwa suhu tubuh setiap individu berbeza-beza. Selain itu, suhu badan juga boleh berubah sepanjang hari, yang mana ia biasanya lebih rendah pada pagi hari dan lebih tinggi pada waktu petang (Sumber).
Berikut adalah bacaan suhu badan normal bagi manusia (Sumber).
Umur | Mulut | Rektum / Telinga | Ketiak |
0 – 12 bulan | 95.8–99.3°F (36.7–37.3°C) | 96.8–100.3°F (37–37.9°C) | 94.8–98.3°F (36.4–37.3°C) |
Kanak-kanak | 97.6–99.3°F (36.4–37.4°C) | 98.6–100.3°F (37–37.9°C) | 96.6–98.3°F (35.9–36.83°C) |
Orang dewasa | 96–98°F (35.6–36.7°C) | 97–99°F (36.1–37.2°C) | 95–97°F (35–36.1°C) |
Orang dewasa berumur lebih dari 65 tahun | 93–98.6°F (33.9–37°C) | 94–99.6°F (34.4–37.6°C) | 92–97.6°F (33.3–36.4°C) |
Baca juga: 10 Makanan Berkhasiat untuk Sistem Imun Badan
Faktor yang Mempengaruhi Suhu Badan Normal
Umumnya, suhu badan normal manusia akan sentiasa berubah-ubah sepanjang hidup. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan suhu badan ini adalah seperti berikut (Sumber) :
- Kitaran haid seseorang (suhu biasanya meningkat pada separuh kedua kitaran haid)
- Waktu (biasanya paling rendah pada awal pagi dan paling tinggi pada waktu petang)
- Aktiviti fizikal
- Persekitaran, termasuk suhu dan kelembapan
- Pakaian
- Ubat-ubatan
- Kecederaan pada permukaan kulit seperti terbakar yang teruk
- Perubahan hormon
Kepentingan Memantau Suhu Badan Normal
Memantau suhu badan normal dapat membantu anda memahami keadaan kesihatan dan mengenal pasti dengan lebih mendalam akan perubahan yang mungkin akan terjadi.
Antara sebab mengapa memantau suhu penting adalah kerana untuk:
1. Mengesan demam
Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia adalah tanda bahawa sistem imunisasi atau kekebalan tubuh sedang melawan jangkitan kuman atau virus (Sumber).
Dengan memantau suhu badan normal, anda dapat mengenal pasti adanya demam dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk pencegahan, seperti mengkonsultasikan diri dengan doktor atau mengambil ubat-ubatan untuk menurunkan suhu badan jika perlu.
Baca juga: 10 Tanda Kekurangan Vitamin C (Wajib Tahu)
2. Mengawal perkembangan penyakit
Perubahan suhu tubuh sangat signifikan terhadap indikator bahawa adanya perubahan pada tahap kesihatan seseorang. Misalnya, peningkatan suhu badan dalam tempoh waktu yang panjang dapat menunjukkan adanya masalah kesihatan yang menjadi penyebab ia berlaku.
Dengan memantau suhu tubuh secara teratur, anda dapat mengawal perkembangan penyakit dan memberikan informasi penting kepada doktor untuk mendiagnos dan mendapatkan perawatan yang tepat.
3. Menilai tindak balas terhadap pengubatan
Di samping itu, memantau suhu badan normal juga membantu dalam menilai adakah berlaku tindak balas terhadap pengubatan yang diterima kepada badan.
Jika anda demam, dengan memantau suhu badan anda dapat membantu untuk mengenal pasti sama ada ubat yang diambil itu sesuai ataupun tidak.
Sekiranya suhu tiada perubahan, anda dengan mudah boleh berkonsultasi semula dengan doktor untuk memilih ubat-ubatan yang lain atau sebagainya.
4. Mencegah penyebaran penyakit berjangkit
Dalam beberapa situasi, memantau suhu badan dapat membantu mencegah penyebaran penyakit berjangkit seperti yang berlaku ketika pandemik COVID-19 (Sumber).
Dengan mengukur suhu badan, ia dilihat sebagai satu langkah efektif untuk menyaring diri sendiri dengan membataskan diri ke tempat-tempat umum atau mengkuarantin diri sendiri dalam rumah.
Baca juga: 20 Petua Hilangkan Batuk Mudah & Berkesan
Cara Check Suhu Badan
Terdapat beberapa cara untuk memantau suhu badan. Antara cara biasa yang digunakan adalah seperti yang berikut (Sumber):
- Termometer oral – Termometer ditempatkan di bawah lidah untuk mengukur suhu badan. Ini adalah cara yang umum digunakan dan mudah dilakukan sendiri.
- Termometer telinga – Termometer ditempatkan di dalam saluran telinga untuk mengukur suhu badan. Cara ini cepat dan efisien, tetapi memerlukan alat khusus.
- Termometer dahi atau tanpa sentuhan – Termometer ini menggunakan teknologi inframerah untuk mengukur suhu tubuh dari jarak tertentu tanpa perlu bersentuhan langsung dengan kulit. Cara ini lebih sesuai untuk penggunaan yang lebih cepat dan selamat.
Kesimpulan
Suhu badan normal mungkin berbeza-beza. Pemantauan menggunakan alat yang tepat untuk memeriksa suhu badan normal adalah sangat penting bagi perkembangan kesihatan setiap orang.
Jika ada kekhawatiran atau perubahan yang signifikan dalam suhu badan, sebaiknya rujuklah dengan doktor atau pakar perubatan untuk pemeriksaan lanjut.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan panduan suhu badan normal dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
All images credit Freepik
Sumber Rujukan
- Del Bene VE. Temperature. In: Walker HK, Hall WD, Hurst JW, editors. Clinical Methods: The History, Physical, and Laboratory Examinations. 3rd edition. Boston: Butterworths; 1990. Chapter 218. Available from: ncbi.nlm.nih.gov
- NHS Inform. Fever in adults. Retrieved from nhsinform.scot.
- MedlinePlus. Body temperature norms. Retrieved from medlineplus.gov.
- Geneva II, Cuzzo B, Fazili T, Javaid W. Normal Body Temperature: A Systematic Review. Open Forum Infect Dis. 2019 Apr 9;6(4):ofz032. doi: 10.1093/ofid/ofz032. PMID: 30976605; PMCID: PMC6456186. Available from: ncbi.nlm.nih.gov
- Forbes. Normal Body Temperature By Age: Babies, Kids And Adults. Retrieved from forbes.com.
- Portal MyHEALTH, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Demam. Retrieved from myhealth.gov.my.
- Gul MH, Htun ZM, Inayat A. Role of fever and ambient temperature in COVID-19. Expert Rev Respir Med. 2021 Feb;15(2):171-173. doi: 10.1080/17476348.2020.1816172. Epub 2020 Sep 9. PMID: 32901576; PMCID: PMC7544962. Available from: ncbi.nlm.nih.gov
- St.LukesHealth. Why body temperature is important to monitor. Retrieved from stlukes.com.au.