Fakta Bagaimana RichWorks Bantu Rakyat Sepanjang Tahun 2021

RichWorks bantu rakyat untuk kembali bangkit. Ini fakta perjalanan RichWorks 2021 yang rasanya tidak ramai yang tahu.

Tahun 2021 merupakan tahun penuh duka dan lara buat rakyat Malaysia. Bukan sahaja terkesan teruk akibat pandemik, malah ramai saudara kita telah diuji dengan musibah banjir yang dahsyat. Harta dan nyawa hilang dalam sekelip mata.

Sebak rasanya terkenangkan sayu wajah dan tangisan mereka di kaca berita dan media. Tetapi apakan daya, hidup dan perjuangan harus diteruskan tanpa rasa jemu dan lelah. Yang buruk dijadikan tauladan dan apa yang paling penting ialah semangat kita jangan pernah kendur.

Selain terkenal sebagai salah seorang pembimbing paling berjaya di Malaysia, Datuk Wira Dr Azizan Osman melalui syarikatnya RichWorks International Sdn Bhd sebenarnya telah banyak membantu rakyat sepanjang 2021. RichWorks prihatin dengan kesusahan rakyat ekoran pandemik dan banjir.

Dr Azizan Osman & 31 Ahli Keluarga Dijangkiti COVID-19

Tidak ramai yang tahu bahawa sebenarnya Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya pernah dijangkiti COVID-19. Bukan itu sahaja, pandemik ini turut meragut nyawa ibu mertuanya dan beliau sendiri hampir-hampir maut. Ini selepas doktor mengatakan tiada lagi harapan sekiranya tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Syukur Alhamdulillah, keadaan beliau semakin beransur pulih dan Dr Azizan menganggap ini peluang kedua yang harus digunakan sebaiknya untuk membantu lebih ramai umat manusia terutamanya rakyat Malaysia untuk kembali bangkit.

Ini adalah fakta-fakta sebenar bagaimana RichWorks bantu rakyat sepanjang tahun 2021. Ikuti perkongsian ini.

Program Keusahawanan Secara Percuma

Komited dengan perjuangan untuk mendukung rakyat, RichWorks telah memberi secara keseluruhannya 13 program keusahawanan pada tahun 2021 secara percuma.

Melalui program-program keusahawanan ini, RichWorks telah berjaya memberi didikan dan tunjuk ajar kepada hampir 605,000 orang untuk membantu usahawan kembali bangkit menghadap krisis dan pandemik.

Apa yang menarik perhatian adalah tidak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital serta ketika masih di dalam proses pemulihan, Dr Azizan Osman terus menjalankan program percuma ini yang dihadiri ribuan orang.

Malah salah satu program keusahawanan yang dijalankan RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) telah mendapat pengiktirafan kerajaan apabila disebut di dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kempen Kumpul RM500,000 Bantu Mangsa Banjir

Selain program keusahawanan yang diberi secara percuma, Dr. Azizan Osman juga menubuhkan Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) untuk membantu mereka yang memerlukan

Sekitar Julai tahun lalu, kempen #RichWellBantu telah berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

Selain itu, sumbangan kilat yang berjumlah RM500,000 juga telah berjaya dikutip daripada para usahawan dan RichWorks sendiri dalam masa 24 jam sahaja sebagai salah satu inisiatif pantas bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor.

Tajaan Pelajar ke Yemen & Ibadah Korban

Melalui sumbangan ahli-ahli Titanium dan juga anak didik RichWorks, seramai 9 orang pelajar telah berjaya ditaja untuk menyambung pelajaran mereka ke Tarim, Yemen.

Sumbangan yang berjaya dikutip ini bersempenaan dengan sambutan Maulidur Rasul dan jumlah terkumpul adalah sekitar RM180,000. Semoga para pelajar ini akan sentiasa sukses, menjadi orang yang berguna dan boleh berbakti kembali kepada negara serta bangsa.

Selain itu, ahli Titanium & Spire juga telah menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban pada tahun lepas.

Berjaya Hasilkan Ramai Usahawan Berkualiti

Antara fakta yang tidak boleh disangkal adalah RichWorks sememangnya telah berjaya menghasilkan usahawan dan jutawan yang berkualiti tinggi.

Peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX yang berjumlah 1,855 orang telah berjaya memperoleh jualan terkumpul sebanyak RM3.7 bilion.

Secara terperinci, 312 ahli Titanium berjaya hasilkan RM3.2 bilion, 519 ahli Spire kumpul RM495 juta dan RM46.9 juta berjaya dipungut oleh 1,024 ahli EliteX.

Malah melalui program bimbingan Spire, sebanyak 72 usahawan telah berjaya mencapat jualan RM1 juta yang pertama dalam tempoh masa setahun. Hebat bukan?

Kisah Journey Richworks di Tahun 2021

Sekilas Informasi Mengenai RichWorks

  • Merupakan syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.
  • Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan atas talian.
  • Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.
  • Visi RichWorks adalah menjadi ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian – RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Kesimpulan

Tidak keterlaluan jika kita katakan semenjak Dr Azizan Osman memulakan program-program keusahawanan, semakin ramai yang telah mula celik mata tentang selok-belok perniagaan.

Malah, produk-produk yang berjaya dihasilkan juga kelihatan sangat bermutu dan berkualiti tinggi. Lihat sahajalah jenama-jenama yang popular di pasaran masa kini, boleh dikatakan kebanyakannya merupakan hasil usahawan didikan RichWorks.

Melalui teknik pemasaran dan penjenamaan yang betul, tidak mustahil sesiapa sahaja mampu berjaya!