Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman

Jom sertai Program Live Session bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman setiap Ahad sepanjang Februari 2022.

Bermula sejak tahun 2008, RichWorks merupakan sebuah syarikat yang tersohor dengan program bimbingan serta latihan keusahawanan terutamanya dalam bidang penjenamaan, pemasaran dan kepimpinan perniagaan.

Melalui strategi yang terbukti berkesan yang diterapkan di dalam setiap progam dan seminar anjuran RichWorks, semakin ramai usahawan di Malaysia yang mampu berjaya dalam bidang perniagaan.

Sehingga kini, RichWorks menerusi Master Coach Datuk Wira Dr Azizan Osman telah berjaya membimbing lebih dari 1,500,000 peserta menerusi sekurang-kurangnya 1,500 seminar live mahupun atas talian.

Angka ini bukannya sedikit, malah jika kita melihat trend pasaran di Malaysia, tidak keterlaluan jika kita katakan Dr Azizan Osman mungkin telah menyalakan satu api revolusi teknik pemasaran yang ternyata berkesan.

Baca juga: Fakta Bagaimana RichWorks Bantu Rakyat Sepanjang Tahun 2021

Dengan minat yang mendalam yang ditanam sejak kecil, Dr Azizan Osman sendiri sebenarnya bermula dari bawah.

Sudah bermacam jenis perniagaan yang dicuba beliau dan apa yang menarik, pada umur 18 tahun ketika menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Dr Azizan Osman sudah mula menjadi jurujual sambilan untuk sebuah produk penyedut hampagas jenama “Rainbow”.

Cabaran Perniagaan Selepas Pandemik & Tahun 2022

Dua tahun yang lepas, kita dapat melihat banyak perniagaan yang terjejas teruk akibat tekanan pandemik Covid-19. Tahun 2022 kini, meskipun selepas pandemik, ramai usahawan yang masih merangkak untuk kembali bangkit menghadapi cabaran-cabaran pernigaan yang sangat kritikal persis seperti pasca peperangan.

Tanpa ilmu pengetahuan yang cukup, tak mustahil perniagaan kita akan tutup kedai awal dan lingkup di tengah jalan. Kemahiran dan disiplin dalam bidang perniagaan terutamanya dari segi pemasaran dan penjenamaan boleh diibaratkan sebagai peluru hidup.

Tanpa sebutir peluru bagaimanakah seorang askar mahupun jeneral mahu memenangi sesebuah peperangan?

Baca juga: Buah Tangan untuk Orang Meninggal

Program Live Session di Telegram Azizan Osman Official

Sesuatu kemahiran dan kejayaan tidak datang bergolek. Kendatipun berbekalkan dengan nasib, peratusan untuk kita duduk di puncak prestij boleh dikatakan sangat sedikit. Sentiasalah berpegang kepada ilmu, usaha serta tawakal. Lambat-laun pasti berjaya.

Sepanjang Februari 2022 ini, Dr Azizan Osman akan berkongsi ilmu dan perspektif berkenaan cabaran bisnes selepas pandemik khususnya untuk tahun 2022 ini di dalam Live Session menerusi saluran Telegram Azizan Osman Official pada setiap hari Ahad, pukul 8 pagi.

Jadi jika anda tidak berkesempatan untuk menghadirkan diri pada seminar-seminar berbayar anjuran RichWorks, jangan lepaskan peluang ini untuk menyedut sedikit sebanyak ilmu yang mungkin boleh membantu anda untuk kembali bangkit berniaga!

Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang

Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang

Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang

Antara intipati perkongsian oleh Dr Azizan Osman:

Kenaikan Harga Barang

Kadar inflasi dan kenaikan harga barang sudah dijangka dan disebut sejak Ogos tahun lalu. Malah ada sesetengah barang mencatatkan kenaikan yang sangat tinggi sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Kesedaran Tentang Cabaran Perniagaan

Pentingnya untuk para usahawan tahu tentang cabaran perniagaan tahun ini bukan mudah. Banyak pemilik syarikat dan peniaga sedang tutup atau sudah lingkup.

Usahawan harus bekerja dengan lebih kuat untuk kekal di pentas perniagaan kerana pasaran kini bergerak dengan sangat perlahan disebabkan pengguna tidak lagi membeli seagresif seperti dulu.

Usahawan Harus Guna Semua Platform yang Ada

Usahawan harus terus berusaha dengan lebih keras untuk terus kekal relevan dalam pasaran. Jika pasaran bergerak perlahan, usahawan harus mengoptimunkan segala platform yang ada supaya tidak ketinggalan.

Kesimpulan

Tidak keterlaluan jika kita katakan semenjak Dr Azizan Osman memulakan program-program keusahawanan, semakin ramai yang telah mula celik mata tentang selok-belok perniagaan.

Malah, produk-produk yang berjaya dihasilkan juga kelihatan sangat bermutu dan berkualiti tinggi. Lihat sahajalah jenama-jenama yang popular di pasaran masa kini, boleh dikatakan kebanyakannya merupakan hasil usahawan didikan RichWorks.

Melalui teknik pemasaran dan penjenamaan yang betul, tidak mustahil sesiapa sahaja mampu berjaya!

Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang

Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang

Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang