Migrain tidak mengenal gender lelaki mahupun perempuan. Sekali terkena, sakitnya tak mahu dikenang. Berikut adalah 5 punca migrain dan cara mengatasinya untuk rujukan semua.
Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia, migrain dikategorikan sebagai salah satu penyebab sakit kepala yang turut dikenali sebagai Vascular Headache yang kerap menyerang secara berulang-ulang di sebelah bahagian kepala kiri atau kanan serta boleh melarat ke semua bahagian kepala (Sumber).
Pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap cahaya mahupun bunyi adalah merupakan gejala-gejala yang kerap terjadi ketika migrain menyerang.
Meskipun punca migrain mungkin berbeza-beza, ada beberapa punca migrain yang boleh dikatakan biasa terjadi terhadap kebanyakkan orang. Ini ada beberapa punca migrain dan cara mengatasinya yang perlu anda ambil tahu.
1. Stress
Stress ataupun tekanan adalah merupakan punca migrain yang biasa berlaku pada kanak-kanak dan orang dewasa (Sumber).
Berdasarkan satu kajian, sekitar 80 peratus pesakit migrain melaporkan punca migrain adalah disebabkan oleh stress (Sumber). Malah, stress juga boleh menyebabkan sakit kepala yang lain serta mampu memburukkan lagi keaadaan.
Untuk mengurangkan risiko diserang migrain, anda perlu mengambil langkah awal untuk mengurus dan melegakan stress dengan mengamalkan beberapa amalan seperti berzikir ataupun bermeditasi.
Baca juga: 10 Cara Menangani Stress & Tekanan
Luangkan juga sedikit masa untuk melakukan perkara-perkara yang anda minat seperti berkebun, bersenam, memancing ataupun meluangkan masa dengan orang tersayang untuk melepaskan segala tekanan yang ada.
Elakkan daripada memendam tekanan tersebut bersendirian. Dinasihatkan anda untuk berkongsi masalah dengan keluarga terdekat ataupun sahabat rapat.
2. Pengambilan dan Pengurangkan Kafein
Menurut sumber kajian penyelidikan, kafein boleh bertindak sebagai pencetus kepada migrain dalam dua situasi. Samada pengambilan kafien ataupun pengurangkan pengambilan kafein (Sumber).
Pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan risiko penyakit migrain yang kronik di mana sakit kepala boleh berlarutan selama beberapa hari setiap bulan (Sumber).
Akan tetapi, migrain juga mungkin boleh menyerang sekiranya konsumsi kafein harian tidak mencukupi. Peningkatan aliran darah yang terhasil boleh mencetuskan sakit kepala dan situasi ini digelar sebagai Caffeine Withdrawal.
Untuk mengatasi masalah ini, anda haruslah mengurangkan kadar kebergantungan terhadap kafein dengan cara menghadkan kadar pengambilan kafein secara perlahan-lahan dan apa yang paling penting adalah perlu harus konsisten.
3. Makan Tidak Teratur
Bukan sahaja akibat stress ataupun pengaruh kafein, tabiat makan yang tidak teratur juga dikatakan mungkin boleh menjadi punca migrain.
Makan secara tidak teratur boleh merangkumi pelbagai aspek termasuk pemilihan makanan serta tabiat skip makan pada waktu-waktu makan tertentu.
Menurut kajian, tabiat skip waktu makan boleh mencetuskan migrain sehingga 57 peratus dimana kadar paras gula dalam darah turun mendadak sehingga mampu mencetuskan migrain dan sakit kepala (Sumber).
Harus diingatkan sekali lagi bahawa tabiat skip waktu makan amatlah tidak digalakkan. Justeru dengan itu, pastikan makan dengan teratur pada waktu yang betul.
Baca juga: 10 Makanan Berkhasiat untuk Sistem Imun Badan
4. Kurang Tidur
Selain faktor pemakanan, tidur juga memainkan peranan yang sangat penting. Waktu tidur yang tidak cukup boleh memburukan lagi gejala-gejala migrain.
Walaubagaimanapun, tabiat tidur terlalu lama juga tidak bagus dan boleh menyebabkan sakit kepala. Jadi anda harus berhati-hati dengan waktu tidur anda untuk mencegah serangan migrain.
5. Kenali Punca Pencetus Migrain
Migrain boleh berpunca daripada pemilihan makanan, tekanan emosi, perubahan cuaca, tabiat merokok, bau-bauan, ubat-ubatan, sensitif terhadap cahaya dan macam-macam lagi (Sumber).
Buat sedikit catatan tentang bila dan bagaimana migrain anda menyerang. Dengan mengenalpasti pencetus-pencetus punca migrain, anda boleh belajar dengan lebih teliti tentang corak serangan migrain yang anda selalu hadapi dan bagaimana cara untuk mengelakkannya.
Sebagai contoh, jika migrain sering berlaku selepas pengambilan dan pemilihan makanan, melalui catatan yang konsisten, anda pasti dapat mengenalpasti jenis makanan tersebut secara spesifik.
Maka anda harus elak makanan tersebut untuk mengurangkan serangan migrain.
Sumber Rujukan
- Portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia. Migrain. Retrieved from Link.
- Mayo Clinic. Headaches: Reduce stress to prevent the pain. Retrieved from Link.
- Pescador Ruschel MA, De Jesus O. Migraine Headache. (Updated 2022 Nov 27). Available from: https://ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK560787/
- Nowaczewska M, Wiciński M, Kaźmierczak W. The Ambiguous Role of Caffeine in Migraine Headache: From Trigger to Treatment. Available from: https://www.mdpi.com/2072-6643/12/8/2259
- Healthline. Caffeine Withdrawal Headache: Why It Happens and What You Can Do. Retrieved from Link.
- Portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia. Migrain [Sakit Kepala]. Retrieved from Link.