Baru-baru in ada viral pasal Wave Rock atau Batu Berombak di Bukit Baginda, Batu Kikir. Tiba-tiba pekan Batu Kikir jadi famous siap keluar berita di media-media mainstream seperti Sinar Harian, NST, Astro Awani dan lain-lain.
Katanya dah 1000 lebih hikers yang datang termasuk dari France, Japan, UK, Vietnam dan Filipina. Orang luar pun dah datang sini takkan kita selaku hikers lokal separa kental ni nak tengok sahaja? Jadi kalau nak saksikan sendiri batu-batu pelik, wave rock atau batu berombak; jom kita hiking Bukit Baginda!
Perjalanan ke Bukit Baginda, Batu Kikir
FAKTA BUKIT BAGINDA
Ketinggian:
1476 feet / 450 meter
Jarak:
2.2KM (Sehala)
Masa:
1.5 – 2 jam (Anggaran)
Kalau dari Kuala Lumpur, jarak perjalanan ke trailhead Bukit Baginda dianggarkan dalam 2 jam lebih sikit. Jadi disarankan supaya anda gerak awal.
Terdapat banyak kedai-kedai kampung yang boleh anda singgah jika mahu bersarapan di tengah jalan.
Lokasinya agak tersorok sedikit. Kalau nak senang, boleh rujuk Google Map dengan kata carian “Bukit Baginda Trailhead”.
Baca juga: Tempat Menarik di Jelebu, Negeri Sembilan
Dari Kuala Pilah anda straight sahaja sampai ke Pekan Batu Kikir. Kemudian, belok kiri di Traffic Light selepas Balai Polis Batu Kikir dan seterusnya pantas menuju ke Kampung Majau.
Lebih kurang kira-kira 10minit pemanduan, slow-slow perhatikan di sebelah kiri anda. Cari bunting signboard “Bukit Baginda” yang akan menunjukkan di mana anda harus belok ke kanan untuk masuk ke simpang kampung kecil menuju ke trailhead Bukit Baginda.
Kalau tak jumpa juga, anda balik sahajalah.
Parking & Permit
Parking setakat ini masih percuma tetapi mohon standby siap-siap RM8 untuk bayaran pengurusan dan permit hutan yang boleh dibayar on-the-spot di kaunter yang disediakan.
KADAR BAYARAN
Bayaran Pengurusan – RM3
Permit Hutan – RM5KHIDMAT GUIDE
013-2894436
012-9305809
019-5202264
Tetapi kaunter tu buka hari minggu je geng. Kalau nak hiking hari kerja, sila ke Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan untuk urusan permohonan dan pembayaran permit.
Baca: Tempat Menarik di Gemas, Negeri Sembilan
Pendakian Bukit Baginda
Sebelum pendakian, anda buat la bacaan doa dan warm up secara berjemaah. Kita nak masuk hutan ni kenalah jaga adab dan tertib.
Hiking bermula dengan trail yang sedikit berlumpur menuju ke kebun getah. Lebih kurang dalam 10minit menapak, anda akan menemui simpang berbentuk Y.
Jangan panik. Baca Bismillah dan kemudian ikut kiri.
Batu Besar, Makam Bagindo & Air dari Batu
Tak sampai 5 ke 10 minit selepas simpang Y, anda akan sampai ke checkpoint pertama iaitu Batu Besar. Kutu-kutu yang gayat tu silalah panjat batu ni kalau berani.
Di bawah batu besar ini ada gua kecil yang terselit 2 buah makam lama yang agak misteri dan tidak dapat dikenalpasti. Hatta brader yang jual air mineral dekat situ pun tak tau makam siapa.
Di hujung gua ada mata air yang keluar dari batu. Airnya sejuk dan menyegarkan. Kalau anda rasa-rasa nak minum air tu, sendiri tanggung brader jual air mineral tu cakap.
Pendakian & Pencarian Wave Rock Bermula
Dinasihatkan anda janganlah nak all out sangat dekat batu besar tu sebabnya pendakian yang sebenarnya tak start pun lagi. Pendakian yang sebenar-benarnya ialah selepas signboard “Pemberitahuan” yang berwarna merah.
Dari sini sehinggalah ke puncak boleh dikatakan agak mencabar kerana kebanyakan trail agak baru dan licin. Jadi bersiap sedialah.
Wave Rock & Puncak Bukit Baginda
Setelah 1 ke 2 jam mendaki bergantung kepada pace masing-masing, akhirnya wave rock atau batu berombak yang dicari-cari akan muncul di depan mata.
Tahniah! Anda sudah berjaya sampai ke Puncak Bukit Baginda.
Baca juga: Gunung Banang