Apakah bacaan tekanan darah normal yang perlu anda capai mengikut peringkat umur tertentu demi memperoleh kesihatan yang baik?
Tekanan darah normal adalah berbeza-beza dan ianya dipengaruhi oleh faktor jantina, umur dan sebagainya. Menurut kajian, tekanan darah normal lelaki adalah lebih tinggi berbanding tekanan darah normal wanita pada peringkat umur yang sama. Walaubagaimanapun, selepas menopaus, kadar tekanan darah wanita akan meningkat lebih tinggi daripada lelaki (Sumber).
Tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah akan mempengaruhi tahap kesihatan anda. Oleh yang demikian, bacaan tekanan darah normal harus menjadi titik panduan agar anda tidak mengabaikan kesihatan diri.
Berikut adalah sedikit perkongsian fakta berkenaan tekanan darah normal dan apakah tips untuk menjaga tekanan darah untuk menjamin kadar kesihatan yang lebih bagus. Semoga bermanfaat!
Apa itu Tekanan Darah?
Tekanan darah adalah pengukuran tekanan dalam milimeter merkuri untuk menunjukkan kekuatan tekanan yang dikenakan pada dinding arteri saat jantung mengepam darah ke seluruh tubuh.
Bacaan tekanan darah mempunyai dua nombor yang dipanggil sebagai sistolik (nombor atas) dan diastolik (nombor bawah). Contohnya seperti 120/80 mm Hg.
Sistolik adalah daya setiap kali jantung berdegup manakala diastolik pula daya antara degupan di mana ketika jantung beristirahat antara denyut nadi.
Pentingnya mengetahui tekanan darah normal berdasarkan usia dapat membantu kita memahami kesihatan jantung kita dan mengambil tindakan pencegahan yang tepat.
(Sumber).
Kepentingan Tekanan Darah Normal
Memastikan tekanan darah dalam julat yang normal adalah sangat penting kerana ia dapat menjadi tanda masalah kesihatan yang lebih berisiko.
Tekanan darah tinggi atau hipertensi yang tidak terkawal dapat meningkatkan risiko stroke, serangan jantung, kegagalan jantung, buah pinggang, kerosakan salur darah, otak dan masalah kesihatan lainnya (Sumber).
Di sisi lain, tekanan darah rendah atau hipotensi pula dapat menyebabkan seseorang itu mudah penat, pengsan, pitam, pening kepala dan mual (Sumber).
Baca juga: 5 Punca Migrain dan Cara Mengatasinya
Bacaan Tekanan Darah Normal Mengikut Umur, Jantina dan Masalah Kesihatan
Tekanan darah normal boleh kita kategorikan dengan beberapa jenis faktor. Berikut adalah tekanan darah rata-rata berdasarkan usia, jantina, dan masalah kesihatan.
Berikut adalah tekanan darah mengikut umur (Sumber.
Umur | Bacaan Sistolik | Bacaan Diastolik |
Bayi bawah satu bulan | 60–90 mm Hg | 20–60 mm Hg |
Bayi atas satu bulan | 87–105 mm Hg | 53–66 mm Hg |
Kanak-kanak masih kecil | 95–105 mm Hg | 53–66 mm Hg |
Kanak-kanak pra sekolah | 95–110 mm Hg | 56–70 mm Hg |
Kanak-kanak sekolah rendah | 97–112 mm Hg | 57-71 mm Hg |
Remaja | 112–128 mm Hg | 66-80 mm Hg |
Berikut adalah tekanan darah mengikut jantina (Sumber).
Jantina | Umur | Bacaan Sistolik | Bacaan Diastolik |
Lelaki | 18 – 39 tahun | 119 | 70 |
40 – 59 tahun | 124 | 77 | |
60 tahun ke atas | 133 | 69 | |
Perempuan | 18 – 39 tahun | 110 | 68 |
40 – 59 tahun | 122 | 74 | |
60 tahun ke atas | 139 | 68 |
Berikut adalah tekanan darah mengikut masalah kesihatan (Sumber).
Bacaan Sistolik (mm Hg) | Dan / Atau | Bacaan Diastolik (mm Hg) | Kategori tekanan darah | Tindakan yang perlu diambil |
Bawah 120 | dan | Bawah 80 | Tekanan darah normal | Mengekalkan atau mengamalkan gaya hidup sihat |
120 -129 | dan | Bawah 80 | Pra – hipertensi | Mengekalkan atau mengamalkan gaya hidup sihat |
130 – 139 | atau | 80 -89 | Hipertensi peringkat 1 | Mengekalkan atau mengamalkan gaya hidup sihat. Mula ambil ubat |
140 atau lebih | atau | 90 atau lebih | Hipertensi peringkat 2 | Mengekalkan atau mengamalkan gaya hidup sihat. Ambil lebih dari satu ubat |
Cara Menjaga Tekanan Darah Normal
Untuk menjaga tekanan darah yang sihat, berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan:
1. Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Mengamalkan diet seimbang yang kaya akan buah-buahan, sayuran, dan biji-bijian sangat membantu untuk perkembangan gaya hidup yang sihat setiap hari.
Selain menjaga diet yang seimbang, penting juga untuk anda menjaga berat badan yang ideal dan menghindari kebiasaan merokok.
Gaya hidup yang aktif secara fizikal juga dapat membantu menjaga tekanan darah yang normal. Senaman rutin seperti berjalan kaki, berlari, berenang, atau berbasikal dapat membantu menjaga kesihatan jantung dan mengurangi risiko tekanan darah tinggi (Sumber).
2. Mengelola Stres
Stres dapat memberi kesan negatif pada tekanan darah. Penting untuk mencari cara-cara untuk mengelola stres, seperti meditasi, yoga, atau terlibat dalam hobi yang menyenangkan.
Pastikan anda mendapat tidur yang cukup lebih kurang tujuh hingga lapan jam sehari agar tubuh badan dapat rehat sepenuhnya. Tempoh serta kadar rehat yang memuaskan penting untuk mengelola stres, tidur yang terganggu akan menyebabkan anda menjadi lebih stres dan tertekan.
Baca juga: 10 Cara Menangani Stress & Tekanan
3. Mengurangkan Pengambilan Garam
Mengambil terlalu banyak garam dapat meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.
Menurut saranan World Health Organization (WHO), pengambilan garam orang dewasa harus kurang daripada 5 gram sehari untuk membantu mengurangkan tekanan darah dan risiko penyakit kardiovaskular, strok dan serangan jantung koronari (Sumber).
Cuba bataskan kadar pengambilan garam dan gantilah dengan rempah-ratus lain yang lebih alami untuk memberikan rasa unik pada makanan anda.
Kesimpulan
Kesimpulannya, dengan menjaga tekanan darah normal, kita dapat meningkatkan kualiti hidup dan mengurangi risiko masalah kesihatan serius yang terkait dengan tekanan darah. Justeru, jangan abaikan pentingnya menjaga tekanan darah yang stabil dan jaga kesihatan jantung anda sejak muda lagi.
Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai panduan bacaan tekanan darah normal ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
All images credit Freepik
Sumber Rujukan
- AHA Journals. Gender Differences in the Regulation of Blood Pressure. Retrieved from ahajournals.org.
- Brzezinski WA. Blood Pressure. In: Walker HK, Hall WD, Hurst JW, editors. Clinical Methods: The History, Physical, and Laboratory Examinations. 3rd edition. Boston: Butterworths; 1990. Chapter 16. Available from: ncbi.nlm.nih.gov
- Mayo Clinic. High blood pressure dangers: Hypertension’s effects on your body. Retrieved from mayoclinic.org.
- Mayo Clinic. Low blood pressure (hypotension). Retrieved from mayoclinic.org.
- Baptist Health. Healthy Blood Pressure by Age and Gender (Chart). Retrieved from baptisthealth.com.
- Mayo Clinic. Blood pressure chart: What your reading means. Retrieved from mayoclinic.org.
- Mayo Clinic. 10 ways to control high blood pressure without medication. Retrieved from mayoclinic.org.
- World Health Organization (WHO). Salt reduction. Retrieved from who.int.