Resepi lontong kuah lodeh ini bukan sahaja sedap tapi cukup mudah untuk disediakan. Main campak-campak je…
Resepi lontong kuah lodeh ini bukan sahaja sedap tapi cukup mudah untuk disediakan. Main campak-campak je…
Ada pelbagai jenis resepi lontong yang kebiasaannya sering menjadi menu ketika perayaan. Antaranya adalah seperti resepi lontong kuah lodeh, lontong goreng, lontong Johor, lontong Singapura dan lain-lain.
Dalam banyak-banyak menu tersebut, resepi lontong kuah lodeh yang paling digemari ramai. Walaupun menunya kelihatan seperti agak kompleks tetapi sebenarnya cara penyediaan dan resepinya cukup mudah.
Potong bahan-bahan dan kemudian kita main campak sahaja dalam periuk. Mudah dan cepat penyediaannya. Tak percaya?
Pada posting resepi kali ini, jom kita cuba resepi lontong kuah lodeh yang simple dan sedap. Menu ini sesuai untuk hidangan ketika sarapan mahupun minum petang.
Ini resepi lontong kuah lodeh yang mudah dan sedap.
Prep Time20 minutesmins
Cook Time20 minutesmins
Total Time40 minutesmins
Course: Main Course
Cuisine: Malay
Keyword: Kuah Lodeh, Lontong
Servings: 4orang
Calories: 350kcal
Ingredients
Bahan-bahan untuk dikisar
3bijibawang merah besar
3ulasbawang putih
3incikunyit hidup
2cubitudang kering(Kalau tak ada tak apa)
3sudu besarcili boh
Bahan-bahan untuk Kuah Lodeh
250gramudang segar
1paketsuhun & fucuk(Yang combo pack tu)
2kepingtauhu(Dipotong dadu besar)
3kepingtempe
2batang serai(Dititik)
200mlsantan segar
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Sayur-sayuran untuk Kuah Lodeh
Kacang panjang
Karot
Kubis
Instructions
Cara Penyediaan Lontong
Rebus nasi himpit segera. Angkat dan toskan.
Cara Penyediaan Kuah Lodeh
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan serai dan kacau seketika.
Kemudian masukkan santan cair dan didihkan.
Masukkan sayur-sayuran seperti karot, kubis dan kacang panjang dan masak sehingga lembut.
Masukkan pula udang segar, tempe, taucu, fucuk dan suhun.
Masukkan sedikit serbuk kunyit jika kuah tak cukup kuning.
Kemudian perasakan dengan garam.
Akhir sekali masukkan santan pekat dan didihkan.
Siap, kuah lodeh siap untuk dihidangkan dengan lontong!
Tips Resepi Lontong Kuah Lodeh
Sejujurnya saya tidak mempunyai banyak tips untuk resepi lontong kuah lodeh. Hanya ada beberapa tips yang saya sendiri baru tahu melalui pemerhatian, pengalaman serta pertanyaan dari orang-orang yang lebih berpengalaman.
Bila memasak makanan yang menggunakan santan, sebetulnya kita hanya boleh belajar melalui pengalaman sendiri sahaja. Selepas beberapa kali mencuba, saya pasti anda sudah boleh agak dan fine tune sendiri Standard Operation Procedure (SOP) anda.
1. Gunakan Kedua-dua Kunyit Hidup dan Kunyit Serbuk
Sebolehnya gunakan kunyit hidup sebagai bahan utama tetapi faham-faham sahajalah bila guna kunyit hidup kuningnya tak berapa cantik. Untuk menjadikan kuah tampak lebih kuning, boleh tambah sedikit serbuk kunyit.
2. Guna Santan Segar
Jika bermain dengan masakan yang menggunakan santan, inilah tips yang agak cliche. Apa kurangnya santan dalam kotak tu? Tak sama ke rasanya?
Tak sama tuan-tuan. Tak percaya anda cubalah buat dua versi dan saya pasti anda boleh membezakan rasanya. Tapi kalau terdesak santan segera pun jadi…
3. Lebihkan Sayur-Sayuran
Apa yang menjadikan resepi lontong kuah lodeh ini sedap adalah sayur-sayuran yang lembut tu. Memanglah nikmat menghirup kuah lodeh bersama sayur-sayuran seperti kubis, karot, kacang panjang dan sebagainya
Nampaknya itu sahajalah tips resepi lontong kuah lodeh buat masa ini. Kalau ada tips-tips yang baru saya akan tambah lagi ya. Selamat mencuba!