punca berak berdarah

5 Punca Berak Berdarah yang Perlu Anda Tahu

Berak berdarah mungkin petunjuk kepada keadaan kesihatan yang lebih serius. Berikut adalah beberapa punca berak berdarah yang perlu anda tahu.

Berak berdarah mungkin petunjuk kepada keadaan kesihatan yang lebih serius. Berikut adalah beberapa punca berak berdarah yang perlu anda tahu.

Berak berdarah ataupun hematochezia adalah perkara yang kerap diendahkan oleh orang ramai mungkin kerana timbul perasaan malu apabila berbicara tentang najis. Berdasarkan laporan, kurang daripada separuh pesakit yang mengalami berak berdarah akan mendapatkan bantuan perubatan (Sumber).

Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan punca berak berdarah harus diselidiki kerana ianya mungkin adalah petanda kepada keadaan kesihatan yang lebih serius.

Warna berak berdarah kebiasaannya boleh dijadikan sebagai indikasi di mana tempat berlakunya pendarahan tersebut.

  • Warna merah darah segar – Pendarahan mungkin cenderung berlaku di kawasan yang berdekatan dubur, disebabkan luka dan sebagainya.
  • Warna merah darah yang lebih gelap – Pendarahan barangkali di bahagian dalam dubur yakni kolon.
  • Warna darah hitam dan berbau – Pendarahan dipercayai berlaku di dalam bahagian perut, usus ataupun kolon yang mungkin boleh menjadi tanda bahawa anda mempunyai masalah pada saluran penghadaman.

(Sumber)

Adakalanya, punca berak berdarah juga kerap disalah tafsir andai ianya berpunca daripada warna makanan yang dimakan seperti buah naga, tomato, cranberi, ubit bit dan sebagainya. Sebagai contoh, sekiranya anda ada makan buah naga, sudah semestinya berak atau kencing akan mempunyai warna seaakan-akan merah darah (Sumber).

Baca juga: Khasiat Buah Naga untuk Kesihatan dan Kecantikan

Pada artikel kali ini, kita akan membincangkan beberapa punca berak berdarah yang perlu diketahui umum sebagai langkah penyaringan terhadap penyakit atau keadaan kesihatan yang mungkin lebih kritikal.

1. Buasir

Buasir adalah keadaan anorektal yang sangat biasa berlaku disebabkan pembesaran salur darah vena berhampiran bawah rektum dan dubur. Pelbagai faktor dikaitkan sebagai punca buasir termasuklah sering meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit (Sumber).

Akibat pembengkakan salur darah berhampiran dubur, peningkatan tekanan boleh berlaku akibat buasir dakn keaadaan ini akan menjadi punca berak berdarah. Masalah ini boleh dikatakan biasa dan boleh dirawat, hubungi doktor anda untuk konsultansi berkaitan masalah buasir (Sumber).

Baca juga: Ubat Buasir

2. Fisur Dubur

Fisur dubur adalah keaadaan di mana berlaku luka pada lapisan dubur yang disebabkan oleh najis keras, cirit-birit mahupun keradangan.

Selain menjadi salah satu punca berak berdarah, fisur dubur juga akan menyebabkan kesakitan ketika dan selepas seseorang membuang air besar.

Rawatan ubat-ubatan seperti pelembut najis atau krim adalah pilihan yang biasa digunakan untuk mengelakkan berlaku luka di bahagian dubur (Sumber).

Punca Berak Berdarah - Kesihatan Usus

3. Kanser Kolon

Kanser kolon juga mungkin menjadi punca berak berdarah yang harus kita ambil peduli kerana ianya dikhuatiri amat serius.

Kanser kolon menyerang bahagian kolon, usus dan rektum serta kebiasaanya akan bermula sebagai polip yakni persis bonjol kecil pada permukaan dalam usus yang pada mulanya tidak berbahaya tetapi sekiranya dibiarkan, akan membesar menjadi sel kanser (Sumber).

Punca Berak Berdarah - Kanser Kolon

Menurut artikel kesihatan yang diterbitkan Hospital Columbia Asia, kanser kolon adalah salah satu penyakit kanser yang biasa ditemui di Malaysia dimana sekitar 80% kes didiagnos di kalangan mereka yang berusia 45 tahun dan ke atas (Sumber).

Kanser kolon boleh dikesan melalui saringan awal dimana berak berdarah adalah salah satu simptom dan tanda yang biasa. Melalui ujian saringan kanser kolorektal, polip boleh dibuang dengan lebih awal sebelum ianya bertukar menjadi sel kanser.

Baca juga: 5 Punca Migrain dan Cara Mengatasinya

4. Radang Usus (Inflammatory Bowel Disease)

Punca Berak Berdarah - Inflammatory Bowel Disease

Penyakit radang usus atau Inflammatory Bowel Disease (IBD) adalah kumpulan keradangan usus dan usus kecil di mana penyakit Crohn dan kolitis ulseratif adalah jenis utama sering dikenalpasti. Penyakit Crohn menjejaskan usus kecil dan besar, mulut, esofagus, perut dan dubur, manakala kolitis ulseratif memberi impak kepada kolon dan rektum (Sumber).

Antara simptom-simptom radang usus adalah seperti kerap membuang air besar, sering cirit-birit, berlaku sakit di sekitar abdomen serta berak berdarah. Andainya berlaku tanda-tanda berikut, dapatkan khidmat nasihat serta rawatan doktor dengan secepat mungkin (Sumber).

5. Jangkitan Seksual

Jangkitan berkaitan seksual seperti Sexually transmitted infections (STI) termasuklah gonorrhea, chlamydia and syphilis boleh menjadi punca berak berdarah (Sumber).

Sebagai contoh, penyakit syphilis boleh dijangkiti melalui hubungan secara anal serta akan menyebabkan kesakitan, kekejangan ketika membuang air besar. Luka atau ketumbuhan juga mungkin akan berlaku dan mengakibatkan ketidakselesaan kepada pesakit (Sumber).

Manakala, penyakit gonorrhea iaitu jangkitan bakteria melalui hubungan anal juga boleh menyebabkan kesakitan, pendarahan, keputihan, kegatalan dan cirit-birit. Ianya juga adalah salah satu punca berak berdarah yang perlu anda ambil peduli (Sumber).

Punca Berak Berdarah - Jangkitan Seksual

Baca juga: Ubat Ketuat & Cara Hilangkan Ketuat

Kesimpulan

Kaedah serta cara untuk mengenalpasti punca berak berdarah mungkin boleh menjadi dilema buat sesetengah pihak.

Perasaan takut bercampur malu juga banyak memainkan peranan untuk seseorang untuk terus kekal negatif seterusnya tak mahu ambil peduli.

Sekiranya anda mengalami masalah berak berdarah, buang perasaan malu dan jangan teragak-agak untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor. Punca berak berdarah harus disemak dan dikaji dengan teliti demi kesihatan diri sendiri.

Sumber Rujukan
  1. Walsh CJ, Delaney S, Rowlands A. Rectal bleeding in general practice: new guidance on commissioning. Br J Gen Pract. 2018 Nov;68(676):514-515. doi: 10.3399/bjgp18X699485. PMID: 30361303; PMCID: PMC6193784. Available from: pubmed.ncbi.nlm.nih.gov
  2. Gutcare. Blood In Stools. Retrieved from gutcare.com.sg.
  3. Leong EKF, Yew A, Lin NS. Are red stools after red dragon fruit (Selenicereus costaricensis) Ingestion a red herring? – Case report and clinical pearls for recognition. Clin Case Rep J. 2022;3(8):1–5. Available from: clinicalcasereportsjournal.com
  4. Portal MyHEALTH, Kementerian Kesihatan Malaysa. Buasir. Retrieved from myhealth.gov.my.
  5. Lohsiriwat V. Hemorrhoids: from basic pathophysiology to clinical management. World J Gastroenterol. 2012 May 7;18(17):2009-17. doi: 10.3748/wjg.v18.i17.2009. PMID: 22563187; PMCID: PMC3342598. Available from: ncbi.nlm.nih.gov
  6. The American Society of Colon and Rectal Surgeons (ASCRS). Anal Fissure. Retrieved from fascrs.org.
  7. Mayo Clinic. Colon cancer. Retrieved from mayoclinic.org.
  8. Columbia Asia. Orang Muda Pun Boleh Kena Kanser Kolon Kalau Masih Lakukan 6 Perkara Ini. Retrieved from columbiaasia.com.
  9. Wikipedia. Inflammatory bowel disease. Retrieved from wikipedia.org.
  10. Doctor On Call. Apakah Radang Usus (Inflammatory Bowel Disease) dan Petandanya?. Retrieved from doctoroncall.com.my.
  11. Cleveland Clinic. Rectal Bleeding. Retrieved from clevelandclinic.org.
  12. Colon & Rectal Surgical Specialist of New York. Treating Sexually Transmitted Diseases That Affect the Colon/Rectal Area. Retrieved from crssny.com.

All images credit Freepik