Cara simpan duit gaji

5 Cara Simpan Duit Gaji dengan Berkesan

Ini cara simpan duit gaji yang boleh anda cuba. Meskipun bukan mudah tetapi ianya berkesan.

Ini cara simpan duit gaji yang boleh anda cuba. Meskipun bukan mudah tetapi ianya berkesan. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit!

Terdapat pelbagai cara simpan duit gaji yang dipraktikkan oleh ramai pihak. Masing-masing mempunyai pendapat dan cara yang berbeza. Ianya sangat subjektif bergantung kepada setiap individu.

Menyimpan bukanlah perkara yang senang untuk dilakukan. Disiplin dan konsistensi amatlah diperlukan untuk membentuk tabiat menyimpan.

Berikut adalah lima cara simpan duit gaji yang berkesan dan harus anda cuba. Ingatlah, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit!

1. Mula Simpan Duit Gaji Dengan Jumlah yang Kecil

Jangan fikir apa-apa lagi, bila dah dapat gaji, terus simpan duit gaji dengan jumlah yang kecil. RM10 atau RM50 pun sudah okay!

Sebagai pemula, anda harus segera bentuk kesedaran diri untuk menjadikan tabiat meyimpan duit sebagai salah satu perkara asas walaupun dalam jumlah yang kecil (Sumber).

Meskipun jumlahnya yang kecil tetapi tidak bermaksud ianya perkara yang mudah untuk dilakukan. Anda harus menerapkan tahap disiplin yang tinggi sekiranya mahu berjaya.

Ingatlah, mula dengan simpanan yang sedikit lebih baik daripada langsung tiada simpanan!

2.Automasikan Simpanan Melalui Pemotongan Gaji

Cara simpan duit gaji
Photo credit Freepik

Setelah berjaya bina tabiat menyimpan, cuba simpan gaji dengan jumlah yang lebih besar sedikit tetapi kali ini terus automasikan simpanan tersebut melalui pemotongan gaji.

Anda boleh terus menyimpan ke tabung-tabung Amanah saham seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji dan sebagainya. Pemotongan gaji pula boleh dilakukan melalui perkhidmatan Standing Instruction (SI) yang ditawarkan oleh bank.

Ini adalah salah satu cara simpan duit gaji yang dipraktikkan oleh ramai pihak dan telah diperakui sangat berkesan! Apa yang penting hati kena sentiasa kental dan jangan asyik fikir nak belasah duit Tabung Haji pula tatkala terdesak.

3. Semak Semula Komitmen Bulanan

Sekiranya anda masih tidak berjaya untuk memulakan tabiat menyimpan, berkemungkinan besar jumlah komitmen bulanan anda melebihi jumlah gaji yang ada dapat.

Jika anda mengalami masalah seperti ini, kebarangkalian untuk simpan duit gaji adalah sangat kecil ataupun langsung tiada. Usah khuatir, ini cara simpan duit gaji yang boleh anda cuba.

Semak semula komitmen bulanan anda dengan segera. Senaraikan komitmen bulanan anda mengikut keperluan ataupun keinginan seperti berikut:

BelanjaKeperluan/Keinginan
RM200 – Bil ElektrikKeperluan
RM20 – Bil AirKeperluan
RM120 – Bil AstroKeinginan

Nah, melalui semakan seperti ini, anda telah berjaya kenalpasti keperluan dan keinginan di dalam perbelanjaan anda.

Kalau tak ada Astro pun tidak mengapa bukan?

Banyak lagi pilihan saluran tv yang boleh didapati secara percuma. Korbankan keinginan anda jika mahu mempunyai duit simpanan secara konsisten.

Baca juga: 8 Kebaikan Media Sosial untuk Perniagaan

4. Berjimat Cermat dalam Perbelanjaan Harian

Walaupun cara simpan duit gaji kebiasaannya tampak agak mudah tetapi masih memerlukan tahap disiplin dan kesabaran yang tinggi untuk dipraktikkan.

Tidak terhad kepada komitmen bulanan sahaja, anda juga boleh terus menyimpan duit gaji dengan berjimat-cermat melalui perbelanjaan harian.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menyemak semula perbelanjaan harian yang telah ditetapkan dan kemudian susun mengikut penggunaan yang tertinggi.

Contohnya seperti di bawah:

Perbelanjaan HarianRM
Makan malamRM20 RM15
Makan tengahariRM20 RM15
SarapanRM5
Minum petangRM5

Melalui semakan seperti ini, didapati jumlah perbelanjaan tertinggi adalah untuk makan malam dan tengahari sebanyak RM20.

Persoalannya, bolehkah anda kurangkan perbelanjaan tersebut kepada RM15 sehari?

Jika ya, anda mampu menyimpan sekitar RM10 sehari dan jika dihitung selama 30 hari, tidak mustahil anda jumlah simpanan boleh mencecah RM300 sebulan!

5. Rancang Simpanan Bulanan Guna Kalkulator

Cara Simpan Duit
Photo credit Freepik

Andai anda sanggup berkorban untuk mula menyimpan, tidak mustahil anda boleh menyimpan dengan lebih banyak lagi.

Apa yang anda perlukan kini adalah sebuah rancangan yang lebih teliti.

Melalui semakan yang dinyatakan pada langkah 3 & 4, mulakan lebih banyak langkah untuk berjimat cermat untuk menambah hasil tabungan.

Rancanglah dengan menggunakan kalkulator seperti SavingsCalculator.org untuk mengetahui dengan jumlah duit yang boleh anda simpan dalam tempoh pelaburan yang ditetapkan.


Sumber Rujukan

  1. Fiergbor, David. (2020). The Habit of Savings among College students. Global Economics Science. 38-43. 10.37256/ges.11202069.38-43. Link
  2. What is a Standing Instruction?, Retrieved from Link.
  3. Saving Calculators, Retrieved from Link.