Tempat Menarik di Gemas, Negeri Sembilan Yang Boleh Anda Lawati
Anda di Gemas? Jom kita lihat senarai tempat menarik di Gemas yang boleh anda lawati. Ada juga beberapa port makan yang best di Gemas.
Terdapat beberapa tempat menarik di Gemas yang kebanyakannya merupakan kawasan tinggalan sejarah.
Dahulunya, Gemas adalah salah sebuah bandar yang terpenting di Malaysia kerana stesen kereta api Gemas merupakan persimpangan yang menghubungkan landasan dari pantai barat timur dan selatan semenanjung Malaysia. Tahukah anda nama bandar Gemas dikatakan berasal dari gabungan perkataan ‘gold’ dan ‘emas’?
Gemas atau disebut ‘Gomeh’ oleh penduduk setempat adalah sebuah bandar kecil dalam daerah Tampin dan terletak di penghujung Negeri Sembilan berdekatan dengan sempadan Johor.
Jika anda ke Gemas, berikut adalah senarai tempat menarik di Gemas yang boleh anda lawati. Port tempat makan best di Gemas juga ada disenaraikan.
Stesen Keretapi Gemas dibina pada tahun 1922 dan ianya boleh dikatakan sebagai salah satu trademark bandar Gemas.
Walaupun stesen lama ini sudah tidak lagi digunakan, anda masih boleh melawat dan melihat beberapa tinggalan sejarah seperti landasan keretapi lama, gerabak kereta api dan sebagainya.
Selain itu, stesen keretapi lama ini juga sering menjadi tumpuan untuk sessi photography terutamanya outdoor wedding photography.
Jika anda peminat jentera dan peralatan yang berkaitan dengan sejarah keretapi di Malaysia, mungkin ini adalah salah satu tempat menarik di Gemas yang anda boleh kunjungi.
2. Tugu Peringatan Sungai Kelamah (Sungai Kelamah Memorial)
Di sinilah terjadinya peristiwa ‘Battle of Gemas’ pada zaman penjajahan Jepun di Malaya sewaktu perang dunia ke-2.
Pada 14 Januari 1941, lebih kurang 1,000 orang askar Jepun berjaya dibunuh dan cedera teruk akibat di serang hendap dan di bom oleh askar Australia ketika menyeberangi jambatan Gemencheh.
Demi untuk memperingati peristiwa tersebut, sebuah tugu peringatan yang dibuat dari batu marmar telah di bina.
Selain tugu, ada juga boleh melihat bekas-bekas jambatan lama yang telah diletupkan untuk menghalang kemaraan Jepun.
Bagi pendapat kami, Nasi Ayam Gemas Mustafah adalah salah satu port makan dan tempat menarik di Gemas yang anda mesti cuba jika berkunjung ke sini.
Selain stesen keretapi lama, Nasi Ayam Gemas Mustafah juga merupakan salah satu mercu tanda bandar Gemas.
Sebut sahaja nasi ayam, pasti semua penduduk setempat akan mengarahkan anda untuk ke restoran Nasi Ayam Gemas Mustafah yang lokasi asalnya dahulu terletak di Perhentian Bas & Teksi.
Nasi Ayam Gemas Mustafah diusahakan oleh Hj. Mustafah Yusof sejak dari tahun 1980 lagi dan kini terdapat dua cawangan di Melaka dan Segamat.
Kalau nak menghayati dan menikmati kehidupan di kampung, apa kata anda menginap di homestay di sekitar Gemas.
Terdapat beberapa homestay ataupun inap desa yang boleh di cuba seperti homestay di Kampung Londah, Kampung Ladang, Kampung Ulu Ladang dan Kampung Bangkahulu.
Di sini anda boleh melihat sawah padi, dusun buah-buahan, perusahan makanan tradisional seperti kuih tat Bengkulu dan sebagainya.
5. Katonah Klasik Enterprise (Perusahaan Kerepek dan Kuih Tradisional)
Selain kawasan-kawasan bersejarah, ada beberapa tempat menarik di Gemas yang berkaitan dengan perusahaan penduduk setempat.
Contohnya seperti perusahaan kerepek di Felda Jelai 2. Mari kita sama-sama support industri asas tani di Gemas seperti di Katonah Klasik Enterprise.
Perusahaan bumiputera yang terletak di Felda Jelai 2 ini menghasilkan dan memasarkan aneka kerepek seperti kerepek pisang tanduk, kerepek pisang Nangka, kerepek kacang tanah, kerepek ubi, tumpi kacang serta maruku.
Selain itu, kuih-kuih tradisional seperti kuih tiram, kuih siput, kuih kapit, kuih buah rotan dan kuih ros juga ada diniagakan di sini.
Alamat: No. 301, Blok 13, Felda Jelai 2, 73400 Gemas, Negeri Sembilan Waktu Operasi: Dibuka setiap hari Contact: +6012-971 7086 / Facebook
6. Kuih Tat Bengkulu, Kampung Bangkahulu
Kuih tat Bengkulu adalah makanan istimewa dan kuih tradisional masyarakat Melayu Bengkulu. Di Kampung Bangkahulu, kuih ini dihasilkan secara tradisional oleh masyarakat setempat.
Kuih ini dibuat dengan menggunakan tepung, gula, telur dan santan dan intinya dari kelapa atau nanas.
7. Kafe Madi
Kalau anda nak santai-santai, boleh try Kafe Madi yang terletak di Pusat Komersial Perwira Emas.
Terdapat pelbagai menu masakan panas, stimboat, menu western dan sebagainya yang boleh anda cuba.