Resepi Ayam Masak Lemon Madu
Resepi ayam masak lemon madu ni memang best. Rasanya masam-masam manis dan aromanya juga sangat harum.
Prep Time20 minutes mins
Cook Time10 minutes mins
Total Time30 minutes mins
Course: Main Course
Cuisine: Chinese
Keyword: Ayam Masak Lemon, Ayam Lemon Madu
Servings: 4 people
Calories: 350kcal
Bahan-bahan untuk Ayam Goreng
- 1 keping dada ayam (Dipotong kecil)
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar tepung Bestari
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh kicap cair
- 1 biji telur (Saiz besar)
- Minyak untuk menggoreng
- Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk Sos Resepi Ayam Masak Lemon
- 1 biji lemon (Diperah jusnya dan diparut kulitnya yang kuning sahaja)
- 3 sudu besar madu
- 2 ulas bawang putih (Ditumbuk halus)
- ½ halia halia (Ditumbuk halus)
- 1 kiub pati ayam Maggi
- 1 sudu teh cuka makanan
- 1 sudu teh bijan (Disangai)
- ¼ cawan bancuhan tepung jagung
- Sedikit daun bawang (Optional)
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa
Cara-Cara Penyediaan Resepi Ayam Masak Lemon Madu
Ayam Goreng
Mula-mula kita selesaikan ayam dahulu ya.
Gaulkan dada ayam yang telah dipotong bersama bancuhan tepung gandum, tepung bestari, lada sulah, kicap cair dan garam secukup rasa.
Sudah siap gaul semua bahan-bahan tersebut, bolehlah direhat dan diperapkan sekejap. 10 minit pun sudah cukup.
Kemudian masukkan telur dan sambung gaul untuk seketika.
Seterusnya panaskan minyak dan boleh terus goreng ayam.
Selepas siap digoreng, toskan minyak dan biarkan sejuk.
Okay, dah boleh sambung buat sos pula ya.
Sos Lemon Madu
Panaskan minyak dan kemudian tumis bawang putih serta halia yang sudah ditumbuk tadi sehingga wangi.
Masukkan jus perahan lemon dan madu. Kacau seketika dan kemudian masukkan sedikit air.
Selepas itu, masukkan pula parutan kulit lemon, kiub pati ayam Maggi, cuka makanan dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih sekejap
Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung ikut kesesuaian dan kepekatan kuah yang anda mahukan.
Akhir sekali anda boleh curahkan sos lemon madu ini terus ke atas ayam yang sudah digoreng tadi atau boleh masukkan ayam dan gaul hingga sos disalut rata pada ayam. Boleh guna salah satu cara.
Siap! Boleh tabur bijan dan hirisan daun bawang untuk hiasan.