Go Back
Resepi Kuih Lopes Thumbnail
Print Recipe
5 from 10 votes

Resepi Kuih Lopes Guna Rice Cooker

Ini resepi buat kuih lopes guna rice cooker. Cepat dan mudah
Prep Time10 minutes
Cook Time30 minutes
Total Time40 minutes
Course: Dessert, Snack
Cuisine: Malay
Keyword: Kuih Lopes
Servings: 5
Calories: 170kcal

Equipment

  • Rice Cooker

Ingredients

Bahan-bahan untuk Kuih Lopes

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • ½ cawan jus daun pandan (Dari 6 helai daun pandan)
  • ½ sudu teh garam halus
  • pewarna hijau (Jika mahu)
  • kelapa parut (Digaul dengan sedikit garam)

Bahan-bahan untuk Air Gula Melaka

  • 2 ketul besar gula Melaka
  • 5 sudu besar gula putih (Kurangkan jika tidak suka manis)
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan (Disimpulkan)
  • 1 sudu besar tepung jagung

Instructions

Tips: Kalau nak pulut jadi cantik, elok rendam dulu beras pulut dengan air sekurang-kurangnya 1 jam.

    Cara-cara menyediakan Kuih Lopes

    • Basuh beras pulut dan kemudian masukkan santan cair, jus daun pandan dan beberapa titis pewarna hijau (Kalau tak mahu letak pewarna pun boleh).
    • Nak buat jus daun pandan tu senang sahaja. Kisar 6 helai daun pandan bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis untuk dapatkan jus daun pandan.
    • Kacau rata dan kemudian masukkan pulut dalam rice cooker. Lepas tu, tekan sahaja butang cook dan masak macam nasi biasa.
    • Setelah pulut masak, masukkan pulut ke dalam tray yang berbentuk segi empat. Boleh balut tray dengan plastik dahulu untuk mengelakkan pulut dari melekat dengan tray.
    • Kemudian tekan-tekan pulut sehingga rata dan padat. Biarkan sejuk seketika.
    • Seterusnya, guna acuan bulat atau cawan untuk membentuk pulut menjadi bulat. Terpulanglah nak bentuk apa pun. Segitiga pun ok.
    • Kemudian boleh golek-golekkan kepingan pulut kita ke dalam kelapa parut yang sudah diperasakan dengan sedikit garam.
    • Yay, kuih lopes anda sudah siap!

    Cara-cara menyediakan Air Gula Melaka

    • Masukkan gula Melaka, gula putih dan air ke dalam periuk.
    • Bila nak dekat nak mendidih, masukkan pula daun pandan. Jangan lupa simpulkan.
    • Kemudian kecilkan api dan masak air gula sehingga kelihatan agak pekat dan likat.
    • Tutup api dan biarkan sejuk.

    Selain resepi kuih lopes guna rice cooker, boleh cuba juga resepi buat kuih lopes ini dengan menggunakan pengkukus. Boleh rujuk video dari YouTube SecukupRasa di bawah.

      Video

      Notes

      • Kalau nak pulut jadi cantik, elok rendam dulu beras pulut dengan air sekurang-kurangnya 1 jam.
      • Kalau nak kukus dahulu kelapa parut pun boleh. Kemudian baru campur dan gaul dengan sedikit garam.