Go Back
Resepi Laksa Beras Kuala Perlis Thumbnail
Print Recipe
5 from 12 votes

Resepi Laksa Beras Kuala Perlis

Ini resepi Laksa Beras Kuala Perlis warisan turun-temurun istimewa dari Perlis Indera Kayangan
Prep Time20 minutes
Cook Time25 minutes
Total Time45 minutes
Course: Main Course
Cuisine: Malay
Keyword: Laksa, Laksa Beras, Laksa Beras Kuala Perlis, Laksa Kuala Perlis
Servings: 10 people
Calories: 250kcal

Ingredients

Bahan-bahan untuk Laksa Beras Kuala Perlis

  • 1 kg tepung beras
  • ½ kg tepung ubi
  • 600 ml air panas

Bahan-bahan untuk kuah Laksa Beras Kuala Perlis

  • 1 kg ikan kembung (Pastikan guna ikan segar)
  • ½ kg ikan selayang (Pastikan guna ikan segar)
  • 15 tangkai cili kering (Direbus)
  • 5 biji bawang merah (India)
  • 2 kuntum bunga kantan (Dipotong dua)
  • 6 keping asam gelugor (Asam keping)
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 inci belacan (Boleh tambah jika suka)
  • 1 liter air
  • garam

Bahan-bahan sampingan untuk Laksa Beras Kuala Perlis

  • 2 biji timun
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji cili besar merah
  • 5 biji cili api
  • 10 biji limau kasturi
  • 5 biji telur
  • 1 ikat daun selom
  • 1 bekas petis udang (Otak udang)

Instructions

Cara-cara penyediaan Laksa Beras Kuala Perlis

  • Masukkan tepung beras dan tepung ubi ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan air panas perlahan-lahan.
  • Gaul kedua-dua tepung beras dan tepung ubi bersama-sama air panas seterusnya uli sehingga sebati.
  • Apabila sudah sebati, masukkan tepung yang sudah diuli ke dalam mesin mi atau acuan untuk membuat mi laksa. Jika tiada, boleh juga guna acuan maruku.
  • Jerang air dalam setengah periuk dan tunggu sehingga mendidih. Air ini akan digunakan untuk merebus laksa.
  • Tekan adunan tepung tadi ke dalam air yang mendidih untuk membentuk mi laksa. Pastikan air yang digunakan untuk merebus laksa betul-betul panas untuk mengelakkan laksa cepat putus.
  • Rebus laksa tersebut lebih kurang dalam 15 minit dan kemudian toskan laksa dengan menggunakan air sejuk. Ini untuk menjadikan laksa lebih pejal.
  • Laksa beras anda sudah siap. Seterusnya boleh buat kuah laksa pula.

Cara-cara penyediaan kuah Laksa Beras Kuala Perlis

  • Bersihkan ikan dan kemudian rebus dengan garam dan asam gelugor sehingga ikan masak. Jangan rebus terlalu lama ya. Mendidih je angkat terus.
  • Setelah ikan siap direbus, asingkan isi ikan daripada tulangnya.  Tulang dan kepala ikan jangan dibuang ya. Letak dalam satu bekas asing.
  • Kisar isi ikan dengan menggunakan air rebusan ikan tadi dan masukkan dalam satu bekas.
  • Kisar tulang dan kepala ikan juga menggunakan lebihan air rebusan ikan. Kemudian tapis untuk mendapatkan patinya sahaja dan masukkan dalam satu bekas. Ingat, ambil pati sahaja dan hampas boleh dibuang.
  • Kisar cili kering yang sudah direbus bersama bawang merah dan belacan sehingga halus. Masukkan dalam satu bekas.
  • Masukkan semua bahan-bahan yang sudah di kisar tadi ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana. Tambah air jika mengikut kepekatan kuah yang diinginkan.
  • Tambahkan garam secukup rasa dan masak kuah sehingga mendidih. Kemudian, masukkan asam gelugor, bunga kantan dan daun kesum.
  • Selesai mendidih, kuah laksa Kuala Perlis sudah siap untuk dihidang.

Cara-cara penyediaan bahan-bahan sampingan untuk Laksa Beras Kuala Perlis

  • Rebus telur sehingga masak, kupas kulit dan potong dua.
  • Potong nipis timun, bawang merah, cili besar merah dan cili api.
  • Potong kasar daun selom.
  • Potong dua limau kasturi.
  • Campurkan sedikit air panas ke dalam petis udang dan kacau hingga sebati.

Boleh juga cuba resepi buat laksa utara di bawah ini. Lebih kurang sahaja caranya.

    Video