Go Back
Resepi Meatball Ikea Halal
Print Recipe
4.75 from 4 votes

Resepi Meatball Ikea (Versi Halal)

Ini resepi meatball original dari Ikea. Cuma ditukar sedikit untuk versi Halal
Prep Time2 hrs
Cook Time40 mins
Total Time2 hrs 40 mins
Course: Appetizer
Cuisine: Swedish
Keyword: Meatball Ikea, Meatball Ikea Halal
Servings: 4 people
Calories: 190kcal

Equipment

  • Oven

Ingredients

Bahan-bahan untuk Meatball Ikea

  • 750 gram daging lembu cincang
  • 1 biji bawang merah (Dicincang halus)
  • 1 ulas bawang putih (Dihancurkan atau dicincang halus)
  • 100 gram serbuk roti
  • 1 biji telur
  • 5 sudu besar susu (Whole milk)
  • garam dan lada secukup rasa

Bahan-bahan untuk Sos Swedish Cream Ikea

  • sedikit minyak
  • 40 gram mentega
  • 40 gram tepung biasa
  • 150 ml stok sayur
  • 150 ml stok daging
  • 150 ml thick double cream
  • 2 sudu teh kicap
  • 1 sudu teh dijon mustard

Instructions

Cara untuk Menyediakan Meatball Ikea

  • Masukkan daging cincang ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan jari sambil pecahkan ketulan daging jika ada.
  • Masukkan bawang besar, bawang putih, serbuk roti, telur dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan susu dan perasakan dengan garam serta lada.
  • Bentuk campuran supaya menjadi bebola-bebola kecil. Setelah selesai, letakkan bebola-bebola di atas pinggan bersih, tutup dan simpan didalam peti sejuk selama 2 jam (Langkah ini untuk mengekalkan bentuk dan kepejalan bebola).
  • Panaskan minyak di dalam kuali pada api sederhana. Apabila minyak agak-agak panas, masukkan bebola daging dan goreng sehingga keseluruhan bebola berwarna perang.
  • Apabila bebola sudah keperang-perangan, letakkan bebola ke dalam pinggan ovenproof dan tutup. Masukkan ke dalam ketuhar panas  dan set suhu 180°C atau 160°C dengan kipas dan tetapkan masa 30 minit.
  • Setelah 30 minit, boleh angkat bebola dan sejukkan.

Cara untuk Menyediakan Sos Swedish Cream Ikea

  • Cairkan 40gram mentega dalam kuali.
  • Pukul 40gram tepung biasa dan kacau selama 2 minit.
  • Masukkan 150ml stok sayuran, 150ml stok daging dan terus kacau.
  • Masukkan 150ml double cream, 2 sudu teh kicap dan 1 sudu teh dijon mustard.
  • Biarkan hingga mendidih dan tunggu sehingga kuah pekat.
  • Setelah kuah pekat, tutup api dan bebola siap untuk dihidang.

Ada juga resepi Ikea meatball yang halal versi lain di YouTube. Boleh rujuk dekat video di bawah.

    Video