Go Back
Sagu Gula Melaka
Print Recipe
5 from 4 votes

Resepi Sagu Gula Melaka

Sagu Gula Melaka adalah hidangan pencuci mulut yang sedap dan menyegarkan! .
Prep Time1 hour
Cook Time30 minutes
Total Time1 hour 30 minutes
Course: Dessert
Cuisine: Malay
Keyword: Sagu Gula Melaka
Servings: 5 people
Calories: 199kcal

Ingredients

Bahan-bahan untuk sagu

  • 1 cawan biji sagu
  • 1 liter air (Jika tidak cukup, boleh tambah air sedikit demi sedikit ketika merebus sagu)
  • 1 botol kecil sirap atau pewarna (Jika mahu menggunakan sagu yang telah siap diwarnakan, bahan ini tidak perlu)
  • 1 helai daun pandan (Simpulkan)

Bahan-bahan untuk air gula melaka

  • 1 ketul gula Melaka
  • ½ cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan (Simpulkan)

Bahan untuk santan

  • 2 cawan santan pekat
  • cawan air
  • ¼ sudu teh garam

Instructions

Cara untuk Menyediakan Sagu

  • Mula-mula rendam biji sagu terlebih dahulu di dalam air biasa lebih kurang sejam. Tujuannya supaya biji sagu lebih cepat masak. (Jika tidak mahu rendam pun tidak mengapa. Cuma proses untuk masak sagu akan menjadi sedikit lama)
  • Didihkan 1 liter air. Apabila air sudah mendidih, masukkan biji sagu yang telah direndam tadi.
  • Letakkan sedikit pewarna untuk mendapatkan sagu yang berwarna menarik dan masukkan juga daun pandan yang disimpul untuk mendapatkan bau sagu yang wangi.
  • Masak sagu dengan api sederhana. Pastikan sagu sentiasa dikacau supaya tidak berkerak di bahagian bawah. Masak hingga biji sagu kembang dan kelihatan jernih.
  • Tutup api dan biarkan sagu seketika. Kemudian, tapis sagu dan bilas bawah air paip yang mengalir untuk membuang kanji sagu. Tujuannya supaya biji sagu kelihatan lebih cantik.
  • Kemudian masukkan sagu ke dalam acuan kecil-kecil. Jika mahu simpan dalam bekas besar, boleh potong sagu semasa hendak dihidang.
  • Simpan dalam peti sejuk hingga sagu kental.

Cara untuk Menyediakan Sirap Gula Melaka

  • Masukkan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan ke dalam periuk.
  • Masak hingga gula larut dan menjadi sedikit pekat.
  • Sejukkan air gula.

Cara untuk Menyediakan Santan

  • Masukkan santan, air dan garam ke dalam periuk.
  • Masak santan sehinggamendidih dan tutup api.
  • Sejukkan santan.

Video

Notes

  • Apabila sagu sudah sejuk dan kental, keluarkan dari acuan. Hidangkan bersama sedikit air gula dan santan.
  • Sukatan air gula dan santan bergantung kepada citarasa. Jika suka manis, lebihkan air gula.
  • Jika mahu rasa lebih berlemak, banyakkan santan.