Go Back

Resepi Ayam Masak Bejah / Bojah

Resepi menu makanan berpantang yang terkenal di Negeri Sembilan dan kawasan sekitar. Mudah dan sedap rasanya.
Prep Time10 mins
Cook Time5 mins
Total Time15 mins
Course: Main Course
Cuisine: Malay
Keyword: ayam masak bejah, ayam masak bojah, Masak Bejah, masak bojah, menu berpantang
Servings: 2 orang

Ingredients

  • 4 ketul dada ayam (Dibuang kulit)
  • 4 inci kunyit hidup
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1-2 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 keping asam gelugur
  • 1 batang serai (Optional)
  • 1 cawan air
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit garam secukup rasa

Instructions

  • Tumbuk kasar kunyit hidup, lada hitam, bawang merah dan bawang putih.
  • Ketuk serai. Jika tiada serai tak mengapa.
  • Kemudian tumis bahan-bahan yang ditumbuk kasar dan serai yang telah diketuk sehingga naik bau. Gunakan sedikit minyak sahaja.
  • Masukkan setengah cawan air dan sedikit garam. Didihkan.
  • Masukkan ayam dan asam keping.
  • Biarkan sehingga ayam masak. Jika terlalu pekat, boleh tambah lagi air.
  • Siap! Resepi ayam masak bejah sedia untuk dihidang.