Go Back
Resepi Ayam Pedas Korea
Print Recipe
5 from 3 votes

Resepi Ayam Korea Pedas

Ini resepi Ayam Korea pedas tanpa menggunakan gochujang
Prep Time30 mins
Cook Time20 mins
Total Time50 mins
Course: Appetizer
Cuisine: Korean
Keyword: Ayam Korea, Ayam Pedas Korea
Servings: 5 people
Calories: 250kcal

Ingredients

Bahan-bahan untuk Ayam Korea

  • 20 ketul kepak ayam
  • 4 sudu besar bawang putih (Dikisar halus)
  • 2 sudu besar halia (Dikisar halus)
  • 2 sudu besar lada hitam (Dikisar halus)
  • 1 sudu teh Maggi Cukup Rasa
  • 1-2 pek tepung goreng serbaguna (Tak kisah brand)
  • Sedikit garam

Bahan-bahan untuk Sos Pedas Ayam Korea

  • 10 biji cili api (Dikisar halus)
  • 5 sudu besar sos cili Thai
  • 2 sudu besar kicap soya cair
  • 2 sudu besar madu makanan
  • 1 sudu besar bawang putih (DIkisar halus)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar gula putih

Bahan-bahan Lain

  • Sedikit bijan atau kacang untuk hiasan

Instructions

Cara-cara untuk Perap & Goreng Ayam

  • Cuci dan bersihkan kepak ayam. Tapis dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
  • Masukkan semua bahan-bahan perapan ke dalam mangkuk besar tadi dan gaulkan dengan kepak ayam sehingga rata.
  • Perasakan dengan garam dengan secukup rasa dan perap selama 30minit.
  • Selesai perap, boleh sediakan tepung serbaguna.
  • Masukkan minyak dan panaskan api.
  • Kemudian boleh terus celup kepak ayam dengan tepung goreng serbaguna dan mulakan kerja-kerja menggoreng.
  • Selesai menggoreng, biarkan ayam berehat sebentar dan teruskan untuk sediakan sos pedas.

Cara-cara Penyediaan Sos Pedas Ayam Korea

  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
  • Masukkan kesemua bahan-bahan untuk sos dan kacau sehingga mendidih.
  • Apabila semua bahan-bahan sos kelihatan sudah larut dan sebati, boleh tutup api.

Cara-Cara Penyediaan Ayam Korea

  • Masukkan kepak ayam yang sudah digoreng dan sos pedas ke dalam kuali.
  • Gaulkan sehingga sos melekat sekata di atas permukaan kepak ayam goreng.
  • Siap. Sebelum menghidang, taburkan bijan untuk hiasan. Jika tiada bijan, boleh gantikan dengan kacang yang dikisar kasar.