Go Back
Resepi Sos Steamboat Ala Johnny's Thumb
Print Recipe
5 from 3 votes

Resepi Sos Steamboat Ala Johnny's

Ini resepi sos steamboat ala Johnny’s yang bila rasa sekalipasti akan repeat berkali-kali. Tak percaya cubalah.
Cook Time20 minutes
Total Time20 minutes
Course: Side Dish
Cuisine: Thailand
Keyword: Sos Steamboat, Sos Steamboat Johnny's, Suki Sauce
Servings: 5
Calories: 70kcal

Ingredients

Bahan-bahan untuk Dikisar

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 genggam cili padi merah (Ikut kepedasan yang anda mahukan)
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 tangkai serai

Bahan-bahan untuk Sos

  • 3 biji limau nipis (Diperah dan ditapis jusnya)
  • 3 sudu besar minyak masak (Boleh guna minyak zaitun kalau mahu)
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar cuka masakan
  • 1 ikat daun ketumbar (Diracik halus)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar pati Sunquick
  • 1 sudu besar tepung jagung (Dibancuh dengan air)
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • 1 sudu teh biji bijan (Disangai)
  • 1 - 2 cawan air
  • sedikit gula dan garam

Instructions

Cara-cara Penyediaan Sos Steambot Ala Johnny's

  • Kisar semua bahan-bahan untuk dikisar sehingga halus. Boleh masukkan sedikit minyak ke dalam pengisar untuk menghaluskan lagi hasil bahan kisar.
  • Tuangkan minyak ke dalam periuk, panaskan sekejap dan kemudian tumis bahan-bahan yang dikisar tadi.  Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
  • Kemudian masukkan sos ikan, cuka masakan, pati sunquick dan masak sehingga pekat. Anda boleh masukkan bancuhan tepung jagung jika mahu pekatkan lagi sos.
  • Seterusnya, perasakan dengan sedikit gula dan garam. Setelah masak, biarkan sejuk sebentar.
  • Akhir sekali, masukkan jus perahan limau, minyak bijan,serbuk paprika dan daun ketumbar. Kacau sehingga sebati.
  • Ketika menghidang, taburkan sedikit biji bijan dan daun ketumbar sebagai hiasan.