Go Back
Resepi Mushroom Soup Pizza Hut
Print Recipe
5 from 5 votes

Resepi Mushroom Soup Pizza Hut

Ini resepi mushroom soup Pizza Hut. Mudah je penyediaannya
Prep Time5 mins
Cook Time20 mins
Total Time25 mins
Course: Appetizer
Cuisine: French
Keyword: Mushroom Soup, Mushroom Soup Pizza Hut
Servings: 2 people
Calories: 150kcal

Ingredients

Bahan-bahan Mushroom Soup Pizza Hut

  • ½ liter air
  • ½ liter susu segar
  • 2 kiub pati ayam Maggi
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu teh serbuk parsley
  • 1 sudu teh serbuk blackpepper
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • ½ biji bawang merah (Dikisar halus)
  • ¼ tin cendawan butang (Dicincang kasar)
  • ½ cawan tepung gandum (Dibancuh dengan ½ cawan air & pastikan tidak berketul)
  • sedikit garam

Instructions

Cara-cara Penyedian Mushroom Soup Pizza Hut

  • Masukkan mentega ke dalam periuk dan biarkan cair sebentar.
  • Kemudian masukkan bawang yang telah dikisar halus dan tumiskan
  • Masukkan cendawan, serbuk parsley, blackpepper dan oregano. Kacaukan sebentar.
  • Kemudian masukkan air, susu segar dan kiub pati ayam Maggi dan masak dengan api yang perlahan.
  • Apabila sudah mendidih, masukkan air bancuhan tepung mengikut kepekatan yang anda mahukan.
  • Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan renehkan sup sehingga pekat.
  • Siap. Resepi mushroom soup Pizza Hut sudah siap untuk dihidang.