Go Back
Resepi Ayam Goreng KFC Thumb
Print Recipe
5 from 2 votes

Resepi Ayam Goreng KFC Hot N Spicy

Ini resepi ayam goreng KFC Hot N Spicy yang rasanya seakan sama seperti di KFC
Prep Time5 mins
Cook Time15 mins
Masa Perapan30 mins
Total Time50 mins
Course: Main Course
Cuisine: American
Keyword: Ayam Goreng KFC, Ayam Goreng KFC Hot N Spicy
Servings: 3
Calories: 180kcal

Ingredients

Bahan-bahan Perapan Ayam

  • ½ ekor ayam daging (Dipotong 6)
  • 2 ulas bawang putih (Ditumbuk halus)
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh Maggi Cukup Rasa
  • 5 tangkai cili kering (Goreng garing kemudian tumbuk lumat)
  • 1 biji telur
  • sedikit garam

Bahan-bahan untuk Campuran Tepung Celup

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh Maggi Cukup Rasa
  • 1 sudu teh baking powder

Instructions

Cara-cara Penyedian Ayam Goreng KFC Hot N Spicy

  • Campurkan semua bahan-bahan perapan kecuali telur.
  • Untuk cili kering, pastikan goreng dahulu cili kering kemudian tumbuk lumat dan campurkan dengan bahan perapan.
  • Perap ayam dengan bahan-bahan perapan sekurang-kurangnya 30 minit.
  • Selepas 30 minit, pecahkan telur dan gaul bersama ayam yang telah diperap.
  • Campurkan semua bahan-bahan untuk campuran tepung.
  • Salutkan potongan ayam didalam campuran tepung. Kemudian goreng sehingga garing.
  • Angkat dan toskan minyak. Biarkan seketika.
  • Ayam goreng KFC sudah siap untuk dihidang.