Go Back

Resepi Sambal Udang Petai Padu

Ini resepi sambal udang petai terpadu. Penangan dia memang boleh buat mengigau.
Prep Time10 minutes
Cook Time10 minutes
Total Time20 minutes
Course: Main Course
Cuisine: Malay
Keyword: sambal udang petai, sambal udang, udang
Servings: 4 orang
Calories: 580kcal

Ingredients

  • 500 gram udang
  • 2 tangkai petai (Dikopek dan dipotong dua)
  • 1-2 biji bawang besar (Dikisar halus)
  • 3-5 sudu cili boh (Boleh tambah jika suka pedas)
  • 1 kiub Pati Ayam Maggi
  • 2-3 keping asam gelugor
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit garam secukup rasa

Instructions

  • Bersihkan udang dan asingkan.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah sehingga naik bau. Jika sukakan kuah sambal yang lebih pekat, boleh tambah kuantiti bawang merah kisar.
  • Masukkan cili boh dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan air jika terlalu kering.
  • Masukkan kiub Pati Ayam Maggi, petai, garam secukup rasa dan asam keping. Didihkan.
  • Akhir sekali masukkan udang dan biarkan 1-2 minit sahaja. Kemudian tutup api.
  • Siap! Resepi sambal udang petai siap untuk dihidang.