22 Tempat Makan Best & Menarik di Nilai, Negeri Sembilan

Kalau sebut Nilai sahaja mesti anda terkenangkan Nilai 3. Tahukah anda ada banyak tempat makan best di Nilai? Ini senarai 22 port makan sedap di Nilai

Selain Nilai 3, terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di sekitar bandar Nilai ini. Begitu juga dengan tempat-tempat makan best di Nilai yang tak kurang hebatnya. Melalui perkongsian yang disumbangkan oleh beberapa penduduk Nilai, di sini kami senaraikan 22 tempat makan best dan menarik yang boleh anda cuba jika berkesempatan berkunjung ke bandar Nilai.

1. Al Jamal Restaurant

Facebook @mataam.al.jamal

Muktamad! Al Jamal Restaurant ialah tempat makan best di Nilai dan restoran nasi Arab paling sedap pilihan kami!

Ini kedai nasi Arab yang cukup terkenal di kalangan warga Nilai dan wajib anda kunjungi. Kalau ikutkan selera kami, ia merupakan salah satu restoran yang menyediakan nasi Arab paling sedap di Nilai dan mungkin juga di seluruh Negeri Sembilan.

Nasinya lembut beraroma, ayam/kambing cukup berempah dan tidak ketinggalan free flow vege soup yang begitu warm, comfy dan menyelerakan. Antara menu yang sering menjadi pilihan pengunjung ialah chicken grill, kabsyah lamb dan haneeth lamb. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis menu pizza yang boleh anda cuba.

Alamat: Avenue 9, Giant Nilai, Shop A 27 & A 28 014 3861, 450, Jalan BBN 1/3, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00AM – 11:00PM
Contact: +606-794 8299 / Facebook

2. Roti Paung Che Wan

Facebook @rotipaungchewannilai

Roti paung Che Wan ini memang sudah cukup terkenal di Kuala Terengganu. Rotinya sangat gebu dan cukup enak walaupun hanya dimakan kosong begitu saja. Kini anda tak perlu pergi jauh ke Kuala Terengganu kerana cawangan Roti Paung Che Wan sudah berada di Nilai, Negeri Sembilan.

Terima kasih kepada kepada owner Restoran Marhaban Bikum yang berjaya membawa roti paung ke sini.

Alamat: Marhaban Bikum, Dataran Nilai, Putra Point, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin 1:30PM – 6:00PM
Contact: +6016-208 0716 / Facebook

Baca: Tempat Makan Best di KL Sentral

3. Aunty Aini’s Garden Cafe

Instagram @auntyainisnilai

Salah satu tempat makan best di Nilai yang sering menjadi sebutan ramai tentunya ialah Aunty Aini’s Garden Cafe

Jika anda sudah penat dengan kesibukan kota dan mencari makanan ala kampung untuk dinikmati dalam suasana yang tenang, memang restoran Aunty Aini’s Garden Cafe lah jawabnya. Restoran ini boleh dikatakan telah menjadi salah satu trademark untuk bandar Nilai.

Restoran dalam taman ini pernah dikunjungi ramai chef selebriti terkemuka termasuklah Gordon Ramsay, Anthony Bourdain dan John Torode. Antara top menu yang selalu menjadi pilihan kami ialah gulai tempoyak, gulai daging salai dan kerabu pucuk paku. Habis makan, boleh pula pekena aiskrim tapai yang menyegarkan.

Alamat: Batu 16, Kampung Chelet, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin
11:30AM – 2:30PM / 5:30PM – 11:00PM
Contact: +606-799 1276 / Facebook

4. Cendol BMI Sejak 1985

Google Maps Images

BMI adalah dari singkatan nama Bashah Mohd Ismail yakni bapa kepada pemilik gerai cendol ini. Cendol BMI sudah bertapak lebih dari 35 tahun sejak tahun 1985.

Gerai ini asalnya bersebelahan Mydin Nilai lama dan kini telah berpindah ke sebelah Masjid Pekan Nilai. Selain cendol, anda juga boleh cuba mee goreng mamu yang cukup terkenal di sini.

Alamat: No 3, Gerai MPN, Jalan Besar Nilai, Pekan Nilai Lama, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu 10:00AM – 6:00PM
Contact: +6017-298 6265 / Facebook

5. Gulai Omak Den

Google Maps Images

Terdapat banyak restoran yang fokus kepada masakan ala Kampung di Negeri Sembilan dan Gulai Omak Den adalah salah satu tempat makan best di Nilai yang terbaik dalam hidangan masakan nogori

Rasai pengalaman persis makan tengahari di kampung halaman sendiri di Gulai Omak Den. Lauk-pauknya cukup rasa dan dimasak dengan penuh kasih sayang.

Gulai daging salai, gulai ayam kampung dan gulai ikan keli salai adalah di antara menu pilihan pengunjung di sini. Lokasinya agak jauh sedikit dari Bandar Baru Nilai tetapi sangat berbaloi untuk dicuba.

Alamat: Kampung Felda LBJ, 71350 Labu, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat 11:00AM – 5:00PM
Contact: +6014-262 9477 / Facebook

6. Watie’s Corner

Google Maps Images

Watie’s Corner atau dikenali dengan nama kedai tepi kubur juga merupakan salah satu restoran yang menyediakan menu masakan kampung Negeri Sembilan yang terkenal di Nilai. Bezanya di sini, pedasnya tak boleh bawa bincang.

Inilah rasa asli masakan Negeri Sembilan dan rasanya memang power. Dinasihatkan anda datang awal sedikit sebelum restoran dibuka kerana seating dan waktu operasi agak limited. Kebiasaanya, restoran ini akan fullhouse menjelang waktu tengahari.

Alamat: Jalan Nilai, Kampung Baharu Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad 11:30AM – 2:00PM
Contact: +6017-344 5235 / Facebook

7. D’Laila Mee Udang @ MMA Santai Corner

Google Maps Images

Kami confident, ini adalah tempat makan best di Nilai yang menyediakan mee udang paling tip top!

Mee udang di sini memang tiptop. Kuahnya pekat, udangnya disusun rapat-rapat dan kalau rasa sekali pasti terpikat.

Selain mee udang, terdapat juga aneka menu asam pedas, masak lemak dan sup. Telur ikan mayong pun ada di sini tapi dengan kuantiti yang terhad.

Alamat: Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari 5:00PM – 12:00AM
Contact: +6010-4030 929 / Facebook

Baca: 5 Cafe Best di Jalan Besar, Kuantan

8. Kafe Kasbin

Facebook @kafekasbin

Kalau teringin nak makan cendol durian dan cendawan goreng, kami sarankan anda ke Kafe Kasbin. Lokasinya berhadapan je dengan parking lot Aunty’s Aini.

Selain itu, terdapat juga pelbagai set menu untuk makan tengahari ala kampung seperti masak lemak ikan sungai, asam pedas, sambal udang petai dan sebagainya.

Alamat: Batu 16, Jalan Pajam – Nilai – Salak, Kampung Chelet, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat 11:00AM – 7:00PM
Contact: +6010-840 0078 / Facebook

9. Nasi Kandar Lawood

Google Maps Images

Ayam gorengnya yang dihidang panas-panas memang terkenang-kenang dibuatnya. Dipadankan pula dengan kuah campurnya, pasti buat anda repeat berkali-kali. Nasi Kandar Lawood yang berasal dari Kelantan ini terletak di di Desa Cempaka dan sangat sesak dengan pelanggan ketika lunch time.

Alamat: B-G-7 & B-G-8, Cempaka Puri 4, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari 10:00AM – 5:30PM
Contact: +6011-11254686

10. Nasi Kandar Ori Kak Dah

Facebook @nasikandarorikakdah

Menu di sini sangat identical dengan Nasi Kandar Lawood. Kalau anda peminat tegar nasi kandar; cuba rasa, nikmati dan teka apa perbezaan di antara Nasi Kandar Ori Kak Dah dengan Nasi Kandar Lawood.

Alamat: Jalan BBN 1/1A, Putra Point, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00AM – 6:00PM
Contact: +6011-2850 3374 / Facebook

11. Ayam Golek Dara Nilai

Google Maps Images

Kalau terasa nak makan ayam golek, terus sahaja ke kedai Ayam Golek Dara yang terletak di Kampung Kondok, Nilai. Makan sekali dengan nasi lemak memang bertambah padu. Selain itu, char koay teow di sini juga boleh tahan power.

Ayam Golek Dara Nilai juga merupakan salah satu tempat makan best di Nilai pilihan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM), TV3.


Alamat: Jalan Labu, Batu 14, Kampung Kondok, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu 6:00PM – 11:00PM
Contact: 012-673 9386

12. Dapur Melaka

Google Maps Images

Kalau anda tak tahu nak makan apa, silalah ke restoran Dapur Melaka. Restoran ini yang dibuka dari pagi hingga malam dan menghidangkan pelbagai jenis menu sampai anda rambang mata dibuatnya.

Antara menunya ialah roti canai, roti jala, nasi kerabu, nasi dagang, lontong, set asam pedas, nasi campur dan banyak lagi kalau nak di senaraikan.

Alamat: PT7483 Tingkat Bawah Jalan 1/1C Putra Point, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad 7:00AM – 11:00PM
Contact: +6019-689 6600 / Facebook

13. Tuah Finest Cuisine

by @malayfoodlicious

Tengok konsep fine dining dan nama kedai dah macam restoran mahal je kan. Usah khuatir, menu makanan di sini affordable dan reasonable. Lunch set dari RM10 siap dengan air teh o ais limau.

Alamat: Mezzanine Floor of PT 9946 Jalan BBN 1/3L Pusat Bandar, Putra Point, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat
11:00AM – 3:00PM / 5:00PM – 11:00PM
Contact: +606-790 9269 / Facebook

14. Maboro Steak House

Facebook @maboronilai

Maboro Steak House adalah salah satu port makanan western yang cukup meriah pada waktu malam terutamanya pada hujung minggu. Walaupun crowded, terdapat banyak tempat duduk dan servis di sini diakui memang laju.

Sizzling steak, lamb chop dan gordon bleu adalah antara menu pilihan ramai di Maboro Steak House.

Alamat: 187-196, Jalan Nilai 3/6, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari 4:00PM – 2:00AM
Contact: +6019-300 5340

15. Sup Berdengung Nilai 3

Facebook @bedengung

Jika anda ke Nilai 3, jangan lupa singgah pekena Sup Berdengung Nilai 3 yang sememangnya popular di sini. Supnya sedap tetapi tidak akan lengkap berdengung kalau tak tambah sambal kicap. Selain sup, terdapat juga lauk-pauk lain untuk makan tengahari.

Alamat: 187-196, Jalan Nilai 3/6, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari 10:00AM – 7:00PM
Contact: +6012-601 5123

16. Restoran Nasi Padang Minang Sejati

Google Maps Images

Restoran nasi padang di Malaysia lebih kepada konsep nasi campur cuma lauk-pauknya sahaja menjurus kepada masakan Minang. Begitu juga konsepnya di Restoran Nasi Padang Minang Sejati.

Ambil nasi dan pilih sahaja mana lauk yang anda suka. Terdapat pelbagai lauk-pauk minang seperti rendang, masak sambal berlado, daging salai, jering tuo, kerupuk kulit dan macam-macam lagi.

Alamat: 1915, 3265, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari 10:30AM – 5:00PM

17. The Lorong Nilai

Facebook @thelorongnilai

Dibuka pada awal bulan Februari 2020, The Lorong ialah sebuah food court, port lepak dan sensasi terbaharu di Nilai. Antara food stall yang ada di sini ialah seperti AMO Cafe, Dapo Alley, Sarawak Local Food, Lady Boss Steamboat, Planet Burgers Bakar dan Tres Pollos Charcoal Chicken.

Alamat: Melati Square Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari 5:00PM – 12:00AM
Contact: +6011-2697 6360 / Facebook

18. Cendol Sagu Rumbia

Facebook @echam.cendolsagurumbia

Kalau dah boring dengan cendol yang biasa-biasa tu, apa kata anda cuba pula rasai kelainan cendol yang diperbuat dari tepung sagu di gerai Cendol Sagu Rumbia.

Gerai yang terletak di Kampung Pulau, Labu ini pernah mendapat liputan Majalah 3 dan Selamat Pagi Malaysia suatu ketika dahulu. Selain cendol, terdapat juga pelbagai jenis kuih-muih tradisional dan juga laksa.

Alamat: Kampung Pulau, 71900 Labu, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Jumaat hingga Ahad sahaja 11:00AM – 6:00PM
Contact: +6018-946 5535

19. Restoran Marhaban Bikum

Facebook

Restoran Marhaban Bikum adalah sebuah restoran nasi arab yang terletak tengah-tengah di antara Dataran Nilai dan AEON Nilai. Selain nasi arab, terdapat juga pelbagai menu-menu lain seperti makanan western dan juga menu masak lemak.

Alamat: Restoran Marhaban Bikum, Dataran Nilai, Putra Point, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin 12:00PM – 12:00AM
Contact: +6016-208 0716

20. Dapur Arang Corner Steamboat & Grills

Facebook @dapurArangCorner

Kena dengan namanya, restoran ini menggunakan dapur arang untuk penyediaan steamboat dan juga grills. Dapur Arang Corner Steamboat & Grills juga sering menjadi lokasi pilihan untuk birthday celebration dan juga event-event gathering yang lain.

Terdapat diskaun khusus untuk student dengan syarat wajib tunjuk student card ye.

Alamat: Jalan BBN 1/3K, Putra Point, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi:
Isnin Tutup
Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu & Ahad 11:00AM – 12:00AM
Jumaat 6:00PM – 12:00AM
Contact: +6013-256 6558

21. Old Malaya Kopitiam & Japanese Muslim

Facebook @omknilaijapanese

Inilah baru dikatakan restoran hybrid. Old Malaya mengabungkan dua konsep dan menu makanan yang tidak disangka-sangka boleh berjalan seiringan.

Di sini anda boleh dapatkan menu lokal ala-ala kopitiam dan juga menu Japanese food di dalam satu bumbung.

Alamat: 9966-9969, Jalan BBN 1/3L, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari 10:00AM – 10:00PM
Contact: +6019-663 6620

22. Semangkuk Batang Benar

Facebook @semangkukbb

Terletak di tepi jalan besar Nilai-Pajam, Semangkuk Batang Benar sudah beberapa kali viral di social media.

Antara menu yang sering menjadi pilihan pengunjung ialah seperti mee bandung udang galah, mee bandung gearbox kambing dan juga cendol durian.

Alamat: 3265, Kawasan Perindustrian Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari 8:45AM – 5:30PM
Contact: +6011-1002 5981