Set Cawan Kopitiam Milo

Inilah dia set cawan kopitiam Milo. New old stock lengkap dengan kotak.

# #

Set Cawan Kopitiam Milo

Cawan kopitiam atau seringkali dipanggil cawan kopipui sememangnya menjadi buruan dan kegilaan para pegumpul barangan kopitiam lama. Nilai sesebuah cawan kopitiam selalunya bergantung kepada usia dan keunikan corak, cop atau jenama cawan tersebut.

Pada post kali ini, saya ingin show off salah satu koleksi cawan kopitiam yang saya beli di Carboot Sale Bandar Seri Putra. Inilah dia set cawan kopitiam Milo. New old stock lengkap dengan kotak.

Saya anggarkan set kopitiam ini dikeluarkan sekitar tahun 90an dan ianya ialah set promosi Syarikat Nestle yang merupakan pengeluar Milo di Malaysia.

       

Duan ialah seorang pekerja kolar putih sepenuh masa, pekebun separuh masa dan bercita-cita menjadi penulis dan pengkritik bebas tak kira masa. Boleh hello beliau di @duanderis walaupun tak berapa nak aktif di socmed.

Topics: Collection, ,