Pasti ramai yang tahu tentang Sagu Gula Melaka. Sebenarnya tak susah untuk menyediakan hidangan pencuci mulut ini. Cuma perlukan sedikit modal dan kerajinan. Jom cuba resepi Sagu Gula Melaka yang kami sediakan ini.
Sagu Gula Melaka merupakan salah satu hidangan pencuci mulut yang sedap dan mudah untuk disediakan. Rasanya yang berlemak serta manis-manis membuatkan menu ini senang diterima ramai.
Bagi yang masih tidak mengenali menu pencuci mulut ini, Sagu Gula Melaka adalah hidangan yang berasaskan biji sagu, air gula melaka dan juga santan. Selain santan, menu ini juga boleh dinikmati bersama-sama susu cair.
Bahan-bahan serta cara pembuatan Sagu Gula Melaka sebenarnya amat mudah. Hanya perlukan bahan asas seperi biji sagu, gula Melaka dan santan. Jika tak ada santan boleh ganti dengan susu cair pun boleh.
Anda sendiri boleh mencuba membuatnya di rumah jika berkelapangan. Dalam artikel kali ini, kami kongsikan resepi Sagu Gula Melaka yang enak dan mudah untuk dibuat.
Sagu Gula Melaka adalah hidangan pencuci mulut yang sedap dan menyegarkan! .
Course Dessert
Cuisine Malay
Keyword Sagu Gula Melaka
Prep Time 1 hourhour
Cook Time 30 minutesminutes
Total Time 1 hourhour30 minutesminutes
Servings 5people
Calories 199kcal
Ingredients
Bahan-bahan untuk sagu
1cawanbiji sagu
1literair(Jika tidak cukup, boleh tambah air sedikit demi sedikit ketika merebus sagu)
1botol kecilsirap atau pewarna(Jika mahu menggunakan sagu yang telah siap diwarnakan, bahan ini tidak perlu)
1helaidaun pandan(Simpulkan)
Bahan-bahan untuk air gula melaka
1ketulgula Melaka
½cawangula pasir
1cawanair
1helaidaun pandan(Simpulkan)
Bahan untuk santan
2cawansantan pekat
⅓cawanair
¼sudu tehgaram
Instructions
Cara untuk Menyediakan Sagu
Mula-mula rendam biji sagu terlebih dahulu di dalam air biasa lebih kurang sejam. Tujuannya supaya biji sagu lebih cepat masak. (Jika tidak mahu rendam pun tidak mengapa. Cuma proses untuk masak sagu akan menjadi sedikit lama)
Didihkan 1 liter air. Apabila air sudah mendidih, masukkan biji sagu yang telah direndam tadi.
Letakkan sedikit pewarna untuk mendapatkan sagu yang berwarna menarik dan masukkan juga daun pandan yang disimpul untuk mendapatkan bau sagu yang wangi.
Masak sagu dengan api sederhana. Pastikan sagu sentiasa dikacau supaya tidak berkerak di bahagian bawah. Masak hingga biji sagu kembang dan kelihatan jernih.
Tutup api dan biarkan sagu seketika. Kemudian, tapis sagu dan bilas bawah air paip yang mengalir untuk membuang kanji sagu. Tujuannya supaya biji sagu kelihatan lebih cantik.
Kemudian masukkan sagu ke dalam acuan kecil-kecil. Jika mahu simpan dalam bekas besar, boleh potong sagu semasa hendak dihidang.
Simpan dalam peti sejuk hingga sagu kental.
Cara untuk Menyediakan Sirap Gula Melaka
Masukkan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan ke dalam periuk.
Masak hingga gula larut dan menjadi sedikit pekat.
Sejukkan air gula.
Cara untuk Menyediakan Santan
Masukkan santan, air dan garam ke dalam periuk.
Masak santan sehinggamendidih dan tutup api.
Sejukkan santan.
Video
Notes
Apabila sagu sudah sejuk dan kental, keluarkan dari acuan. Hidangkan bersama sedikit air gula dan santan.
Sukatan air gula dan santan bergantung kepada citarasa. Jika suka manis, lebihkan air gula.
Jika mahu rasa lebih berlemak, banyakkan santan.
Sagu Gula Melaka Enak Ketika Sejuk
Menu pencuci mulut ini memang sedap dan menyegarkan jika dihidangkan sejuk-sejuk.
Teringat dulu-dulu kalau nenek buatkan Sagu Gula Melaka tak boleh makan terus. Kena tunggu sejuk dahulu barulah nenek hidangkan. Sungguh menyegarkan bila hirup air gula dan santan sejuk-sejuk. Nyaman.
Untuk Sagu Gula Melaka yang lebih enak, letakkan sagu, air gula Melaka dan santan ke dalam bekas. Kemudian, sejukkan di bahagian sejuk beku selama lebih kurang setengah jam.
Kemudian simpan di bahagian peti sejuk bawah. Kalau nak lagi best boleh dihidangkan bersama-sama beberapa ketul ais.
Kesimpulan
Dengan resepi Sagu Gula Melaka mudah yang telah dikongsikan ini, anda boleh buat dan nikmati sendiri keenakan menu pencuci mulut yang menjadi pilihan orang ramai.
Lagi enak jika dibuat ketika bulan Ramadhan. Penat-penat berpuasa bila berbuka dengan sagu gula melaka yang sejuk-sejuk memang layan.
Tambahan pula jika dinikmati bersama seisi keluarga. Pasti lebih sedap. Selamat mencuba!
View Comments
Wah..best best..suka yang ada macam2 kaler
Saya biasa buat pakai pewarna merah je ana