Kebaikan Flavettes Glow untuk Sentiasa Kekal Glowing

Sebenarnya terdapat banyak kebaikan Flavettes Glow ni tetapi ramai yang amalkannya untuk sentiasa kekal glowing. Betul tak?

Flavettes Effervescent Glow atau lebih dikenali dengan Flavettes Glow adalah produk yang mengoptimumkan buah oren sebagai sumber utama Vitamin C.

Flavettes Glow mampu memberi kebaikan dan khasiat Vitamin C kepada pengguna dengan cara pengambilan yang mudah, berkesan dan selamat.

Facebook @FlavettesMalaysia

Pengambilan Flavettes Glow membantu tubuh menyerap Kalsium dengan lebih baik. Dengan amalan penggunaan Flavettes Glow sebagai sumber Vitamin C dapat memberikan hasil yang memberangsangkan jika diamalkan secara konsisten.

Pada post kali ini kami mahu kongsikan dengan anda apa itu Flavettes Glow dan kenapa ianya selalu menjadi pilihan ramai (Sampai kena serbu dan pernah kehabisan stok!).

Lepas ni, mohon jangan salahkan kami jika anda mahu terus tak sabar-sabar bergegas ke farmasi semata-mata nak beli Flavettes Glow!

Apa itu Flavettes Glow?

Facebook @FlavettesMalaysia

Flavettes Effervescent Glow ialah produk keluaran Flavettes. Produk ini dihasilkan dalam kemudahan GMP farmaseutikal yang lengkap dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa yang paling penting ianya juga disahkan HALAL oleh JAKIM. Amalkan secara istiqamah dan kami pasti anda akan dapat merasai serta melihat keberkesanan hasilnya.

Jadi anda tidak perlu risau tentang status halal dan kualiti Flavettes Glow. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengamalkan pengambilan Flavettes Glow mengikut aturan penggunaan yang disarankan.

Jangan berlebihan (overdose) pula ya, semata-mata nak hasil yang lebih cepat. Itu bukan kebaikan Flavettes Glow.

Kandungan Flavettes Glow

Keistimewaan Flavettes Glow terletak pada kandungan glutathione yang menjadi bahan aktif untuk menjadikan kulit anda “glowing”. Secara ringkasnya Flavettes Glow mengandungi:

  • 1000mg Vitamin C
  • 15iu Vitamin E
  • 50gm Glutathione

Terdapat 3 bahan utama dalam Flavettes Effervescent Glow iaitu Vitamin C, Gluthathione dan Vitamin E. Di sini, kami senaraikan khasiat dan fungsi bagi ketiga-tiga bahan utama ini.

Kandungan Khasiat & Fungsi
Vitamin C
  • Membantu menjaga sistem imunisasi badan
  • Memudahkan penyerapan zat besi
  • Membantu menghindari jangkitan kuman
  • Melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Membantu menambah penghasilan kolagen
  • Membantu pembentukan tulang dan gigi
Vitamin E
  • Merawat kulit yang rosak
  • Menjaga kesihatan mata
  • Menjaga fungsi saraf dan otot
  • Membantu keseimbangan hormon
  • Mencegah penyakit jantung
  • Melambatkan penuaan
  • Menjaga struktur membran daripada rosak
Glutathione
  • Melawan radikal bebas
  • Membantu meningkatkan ketahanan badan
  • Membantu mencegah kolestrol
  • Memperlambatkan proses penuaan kulit
  • Meredakan penyakit kulit
  • Memberi kelembapan dan kesegaran kulit

Fungsi Flavettes Effervescent Glow

Sebenarnya fungsi utama Flavettes Glow adalah untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. Apabila sistem imunisasi badan telah dipertingkatkan, secara tidak langsung ia dapat membantu mencegah demam dan selsema.

Sekiranya anda mengalami demam atau selsema, boleh amalkan pengambilannya, agar gelaja tidak berterusan dan biasanya kita akan lebih cepat sihat berbanding tidak mengambil Flavettes Glow.

Selain itu, Flavettes Glow juga terkenal sebagai suplemen tambahan untuk kesihatan dan kecantikan. Untuk menjadikan wajah anda lebih sihat, berseri-seri atau mengidamkan wajah yang glowing, maka anda harus memilih Flavettes Glow untuk dijadikan sebagai salah satu rutin dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan harian anda.

Gabungan Vitamin C, Vitamin E dan Glutathione membantu menjadikan kebaikan Flavettes Glow bertambah fungsinya dengan membantu meningkatkan pemulihan pada sel-sel kulit.

Cara Penggunaan Flavettes Glow

Facebook @FlavettesMalaysia

Cara pengambilan Flavettes Effervescent Glow juga sangat cepat dan mudah. Tapi apa yang paling penting ialah kena betul-betul amalkan dengan penuh berdisiplin.

Cara-cara penggunaan Flavettes Glow yang betul

  1. Sediakan 250ml air di dalam gelas (Pastikan suhu air adalah suhu bilik. Jangan guna air panas)
  2. Larutkan 1 biji tablet Flavettes Glow di dalam gelas tadi
  3. Minum 1 kali sehari sahaja

Saranan dan waktu sesuai minum Flavettes Glow

  • Disarankan minum selepas makan.
  • Pilih rutin masa pengambilan yang sama (Contoh: waktu pagi atau malam).
  • Elakkan menggunakan air suam atau panas, kerana ia boleh menjejaskan nutrien.
  • Jika anda mengambil minuman berkafein, pastikan jarakkan beberapa jam.
  • Minum keseluruhan (habiskan) untuk mengelakkan pengoksidaan dan untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Kebaikan Flavettes Glow untuk Kecantikan

Facebook @FlavettesMalaysia

Khusus untuk para wanita yang tercari-cari apakah khasiat dan kelebihan Flavettes Glow untuk kecantikan, anda boleh rujuk senarai yang kami sediakan seperti di bawah:

1. Menjadikan Wajah Kelihatan Glowing

Khusus untuk wanita yang sering mengalami masalah wajah suram dan tidak bermaya, anda memerlukan Vitamin E dan Glutathione untuk membantu memulihkan sel-sel kulit.

Inginkan wajah yang berseri-seri dan glowing? Inilah dia produk yang mesti anda amalkan jika anda mahu menaikan seri wajah. Tak perlu kami ulang-ulang lagi. Jom glowing dengan Flavettes Glow!

2. Memutihkan Kulit Secara Semulajadi

Seperti yang diketahui umum, Vitamin C cukup terkenal untuk memutihkan kulit. Flavettes Glow mempunyai kandungan Vitamin C dan mampu memutihkan kulit secara semulajadi jika diamalkan secara berterusan.

3. Mengecilkan Pori-Pori Kulit

Masalah pori-pori besar menyebabkan kulit wajah kelihatan tidak sempurna. Jika memakai make-up sekalipun, agak sukar untuk menyembunyikannya. Jika anda idamkan pori-pori yang kecil, mulakan dengan pengambilan Flavettes Glow.

4. Mengekalkan Kelembapan Kulit

Kurangnya meminum air masak yang mencukupi, cuaca yang panas dan kering dan tidak mengamalkan rutin penjagaan kulit yang betul adalah faktor yang menyebabkan kulit menjadi kering. Flavettes Glow membantu anda melembabkan kulit secara menyeluruh.

5. Mengurangkan Jerawat pada Wajah dan Badan

Mengalami masalah jerawat di wajah dan badan? Kini ia bukan lagi masalah yang perlu anda risaukan. Anda telah temui produk yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah ini.

6. Menghilangkan Rekahan pada Tumit dan Siku

Seiring usia, ramai yang alami masalah rekahan pada tumit dan siku. Sapu losyen atau krim pun kadang-kadang tak berkesan. Jadi, boleh cuba rawat dari dalam iaitu dengan pengambilan Flavettes Glow.

7. Mengurangkan Jeragat pada Muka

Pada peringkat usia 30-an ke atas, ramai di kalangan rakyat Malaysia mula alami masalah jeragat.

Jeragat tak mudah untuk dihilangkan, namun ia boleh dikurangkan dan dipudarkan dengan pengambilan Flavettes Glow secara konsisten.

Selain itu, rawatan laser jeragat mungkin boleh menjadi opsyen lain sekiranya anda mempunyai masa dan kewangan yang mencukupi.

8. Merawat dan Memudarkan Parut Jerawat

Jerawat biasanya akan meninggalkan kesan parut. Ia mencacatkan penampilan dan boleh menyebabkan hilang keyakinan diri.

Maka anda boleh cuba Flavettes Glow kerana khasiat yang terkandung dalam Vitamin C dan Vitamin E dapat membantu merawat dan memudarkan parut jerawat.

9. Memudarkan Jeragat

Jeragat atau dikenali juga sebagai pigmentasi, muncul akibat pengumpulan melanin yang banyak. Ia sukar dirawat dan menyebabkan tona kulit tidak sekata serta kulit pula menjadi gelap.

Walaupun jeragat sukar dirawat, namun ia boleh dipudarkan atau dicegah untuk menjadi lebih banyak dengan pengambilan Flavettes Glow.

10. Menghaluskan dan Melicinkan Kulit Secara Menyeluruh

Flavettes Glow dapat menghaluskan dan melicinkan kulit secara menyeluruh. Jadi, tak perlu risau andai kulit wajah saja yang licin tapi kulit lain sebaliknya dengan pengambilan Flavettes Glow. Semuanya licin sekata!

11. Menjadikan Warna Kulit Sekata dan Cerah

Teringat iklan, “eh muka putih tapi tangan hitam”. Aduh, pedih! Kalau tak mahu alaminya, amalkan Flavettes Glow, pasti warna kulit sekata dan cerah.

12. Membantu Mengurangkan Risiko Kulit Berkedut dan Sunburn

Pengambilan Vitamin C dan E mampu mengurangkan risiko kulit berkedut dan sunburn akibat selalu terdedah dengan sinaran cahaya matahari.

Kebaikan Flavettes Glow untuk Kesihatan

Flavettes Glow mengandungi khasiat Vitamin C, E dan Glutathione ini sudah diketahui umum bagus untuk kesihatan tubuh badan. Antara kebaikan dan kelebihannya adalah seperti:

1. Memperkuatkan Sistem Imuniti Badan

Flavettes Glow adalah salah satu supplemen yang mengandungi Vitamin C yang terbukti mampu memperkuatkan sistem imuniti badan.

Sistem imuniti badan yang lemah akan menyebabkan badan mudah dijangkiti penyakit. Apabila imuniti badan meningkat, secara tidak langsung kita dapat melawan penyakit secara semulajadi.

2. Kebaikan Flavettes Glow untuk Kesihatan Mata

Bagi anda yang ingin menjaga penglihatan, Flavettes Glow yang mengandungi Vitamin C dapat membantu meningkatkan penglihatan anda. Vitamin C dikatakan mampu mencegah degenerasi makula dan juga boleh menurunkan risiko katarak.

Selain itu, Flavettes Glow juga mengandungi Vitamin E yang boleh membantu meningkatkan kesihatan otot mata dan mencegah masalah mata kabur.

3. Mempercepatkan Penyembuhan Luka

Vitamin C dapat membantu untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka. Selain itu, ia juga membantu memastikan luka cepat kering bagi mengelakkan terkena jangkitan kuman.

4. Membantu Meredakan Resdung

Mengalami masalah resdung menjadikan kita rasa tidak selesa. Nak makan pun kena berpantang, contohnya makanan laut pun tak boleh makan.

Bila dah makan, mulalah resdung menyerang! Jadikan Flavettes Glow sebagai banteng pertahanan anda memerangi gejala resdung.

5. Menghindarkan Jangkitan Selsema

Bagi anda yang mudah dijangkiti selsema, mungkin badan anda mempunyai daya imuniti yang rendah. Tingkatkan daya imuniti anda dengan pengambilan vitamin C bagi mengurangkan risiko dijangkiti selsema.

6. Meredakan Gejala Elergi

Ada sesetengah individu yang mengalami elergi contohnya pada kekacang, makanan laut dan persekitaran yang kurang bersih. Anda boleh kurangkan gejala elergi dengan pengambilan Flavettes Glow.

7. Melancarkan Sistem Penghadaman

Sistem penghadaman yang bermasalah adalah antara penyebab kepada penyakit lain seperti kerosakan usus, badan bertoksid dan sebagainya. Pengambilan Flavettes Glow membantu melancarkan sistem penghadaman.

8. Membantu Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Vitamin C juga mampu membantu membina kolagen yang merupakan salah satu faktor penting untuk meningkatkan pertumbuhan dan menguatkan rambut.

Kebaikan Flavettes Glow untuk Kaum Ibu

Flavettes Glow selamat diamalkan oleh ibu mengandung. Tak perlu risau yer, kerana produk ini selamat digunakan. Yang penting, anda makan mengikut aturan pemakanan dan amalkan pemakanan yang seimbang dan jaga kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan.

1. Membantu Perkembangan Otak Bayi

Pengambilan Vitamin C dan E ketika hamil boleh membantu untuk meningkatkan perkembangan otak bayi ketika di dalam kandungan.

2. Membantu Wanita Yang Mengalami Anemia

Pengambilan Vitamin C terutamanya ketika hamil dapat membantu penyerapan zat-zat besi dengan lebih efektif terutamanya kepada wanita yang mengalami masalah kekurangan sel-sel darah merah ataupun lebih dikenali sebagai Anemia.

Oleh itu wanita hamil yang mempunyai tahap hemoglobin rendah bolehlah mengamalkan pengambilan zat besi bersama-sama Vitamin C dan E untuk meningkatkan dan mempercepatkan tahap hemoglobin.

3. Mengelakkan Komplikasi Ketika Hamil

Pengambilan Vitamin C & E juga dikatakan mampu mengelakkan komplikasi ketika hamil. Tapi harus diingatkan bahawa pengambilan vitamin ketika hamil haruslah mengikut dos yang telah ditentukan agar tidak membahayakan.

Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat doktor untuk maklumat lebih lanjut mengenai adar dos pengambilan vitamin yang betul semasa hamil.

4. Membantu Menambah Susu Badan

Ini adalah kebaikan dan kelebihan Flavettes Glow yang sangat penting bagi membantu ibu menyusukan anak. Ia boleh membantu menambahkan susu badan. Khasiat yang terkandung di dalam Flavettes Glow juga dapat dinikmati oleh bayi yang disusukan.

Kesimpulan Kebaikan Flavettes Glow

Facebook @FlavettesMalaysia

Dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik, Flavettes Glow yang mempunyai kebaikan kandungan Vitamin C, Vitamin E dan Glutathione sangat berbaloi untuk diamalkan.

Selain itu, packaging Flavettes Glow juga sangat compact dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Anda boleh mengamalkan pengambilan Flavettes Glow dengan mudah dan cepat.

Oh ya, mana nak beli Flavettes Glow?

Anda boleh dapatkan Flavettes Glow di farmasi iaitu Watsons dan Guardians. Selain itu, ia juga dijual di Shopee. Boleh beli secara offline dan juga online. Diharap info yang kami berikan ini bermanfaat untuk anda.

Tahukah anda pegaga juga baik untuk Kesihatan dan Kecantikan? Ini khasiat pegaga yang perlu ada tahu.



Sumber Rujukan:


1. Facebook Flavettes Malaysia
2. Wikipedia Ensiklopedia Bebas – Vitamin
3. Kementerian Kesihatan Malaysia – Kepentingan dan Ketoksikan Vitamin C
4. Kementerian Kesihatan Malaysia – Vitamin, Mineral & Supplemen
5. Ministry of Health Malaysia – Vitamin E (PDF)
6. Pa&Ma – Pengambilan Vitamin C Dan E Ketika Hamil Membantu Perkembangan Otak Bayi Dalam Kandungan

All images credit to Facebook @FlavettesMalaysia