Cara Kira BMI Paling Mudah Guna Kalkulator

Bacaan BMI boleh menentukan sama ada berat badan anda sihat atau tidak. Jom belajar bagaimana cara kira BMI!

BMI tidak boleh diukur atau ditentukan secara langsung, beberapa bacaan seperti berat badan dan ketinggian harus diambil terlebih dahulu sebelum kita dapat mengetahui bacaan BMI yang sebenar. Artikel ini membincangkan dengan terperinci bagaimana untuk mengira BMI dengan mudah samada dengan menggunakan kalkulator BMI, carta BMI atau kiraan manual mengikut formula BMI.

Apa itu BMI?

BMI bermaksud Body Mass Index atau Indeks Jisim Badan dalam Bahasa Melayu. BMI merujuk kepada indeks berat badan dan ketinggian yang biasanya digunakan untuk mengklasifikasikan sama ada seseorang itu mempunyai berat badan yang kurang, berat badan berlebihan atau obesiti.

Menerusi pengukuran BMI, kita boleh mendapat beberapa gambaran mengenai tahap kesihatan seseorang mengikut bacaan indeks jisim badan tersebut.

Cara-Cara Kira BMI

Di sini kami senaraikan tiga cara kira BMI dengan mudah untuk rujukan anda:

Cara Kira BMI Menggunakan Kalkulator Online

Cara paling mudah untuk kira BMI adalah dengan menggunakan kalkulator BMI seperti di bawah. Untuk bacaan BMI yang tepat, anda perlu memasukan jantina, umur, ketinggian dan berat badan semasa anda.

Powered by YAZIO

Nota: Applikasi ini memerlukan JavaScript untuk berfungsi. Jadi, sila pastikan browser anda tidak menghalang applet JavaScript untuk mengelakkan sebarang masalah. Klik disini jika calculator ini tidak berfungsi

Cara Kira BMI Menggunakan Carta

Selain menggunakan kalkulator BMI, anda juga boleh mengenalpasti bacaan BMI dengan merujuk carta BMI seperti dibawah.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu mencari ketinggian dan berat badan anda di dalam carta BMI tersebut.

Kemudian, anda boleh melihat bacaan BMI yang sepadan seperti yang disenaraikan di dalam carta.

Cara Kira BMI Secara Manual

Jika anda tiada akses untuk menggunakan kalkulator BMI ataupun carta BMI, anda boleh melakukan pengiraan mudah secara manual untuk mengenalpasti bacaan BMI anda dengan tepat.

Formula BMI yang digunakan secara meluas di Malaysia adalah

BMI = berat (kg) / [tinggi (m)]²

Contoh Cara Kira BMI secara manual

Seorang lelaki dewasa mempunyai ketinggian 170cm dan berat badannya ialah 85kg.

Langkah pertama adalah anda harus menukarkan unit ketinggianya dari sentimeter (cm) kepada meter (m) sahaja.

Jadi disini apabila 170cm ditukarkan kepada meter maka nilainya ialah 1.7m dan pengiraanya adalah seperti berikut:

BMI = 85kg / (1.7m)²
= 85 / 2.89
= 29.41

Maka keputusan bacaan BMI ialah 29.41

Sekiranya anda tidak mahu mengira BMI secara manual dengan formula, anda boleh menggunakan kalkulator BMI dengan lebih mudah.

Kategori dan Analisa BMI menurut WHO

World Health Organization (WHO) menyatakan bahawa bacaan BMI yang ideal untuk orang dewasa ialah dari 18.5 hingga 24.99.

Walaubagaimanapun, bacaan standard ini mungkin berbeza mengikut prosedur sampling, umur mengikut, tahun dan negara.

Menurut klasifikasi antarabangsa untuk BMI yang terbitkan oleh WHO, berikut adalah data mengenai kategori dan analisa BMI.

Jadual Klasifikasi BMI Antarabangsa mengikut WHO

Classification BMI(kg/m2)
Principal cut-off points Additional cut-off points
Underweight <18.50 <18.50
     Severe thinness <16.00 <16.00
     Moderate thinness 16.00 – 16.99 16.00 – 16.99
     Mild thinness 17.00 – 18.49 17.00 – 18.49
Normal range 18.50 – 24.99 18.50 – 22.99
23.00 – 24.99
Overweight ≥25.00 ≥25.00
     Pre-obese 25.00 – 29.99 25.00 – 27.49
27.50 – 29.99
     Obese ≥30.00 ≥30.00
          Obese class I 30.00 – 34.99 30.00 – 32.49
32.50 – 34.99
          Obese class II 35.00 – 39.99 35.00 – 37.49
37.50 – 39.99
          Obese class III ≥40.00 ≥40.00

Sumber: Diambil dari WHO, 1995, WHO, 2000 dan WHO 2004.

Berat Badan Kurang / Underweight

Jika bacaan BMI di bawah paras normal, ia menandakan seseorang itu kekurangan berat badan.

Keadaan ini juga tidak baik untuk kesihatan dan boleh meningkatan risiko kekurangan zat makanan, anemia dan juga osteoporosis.

Berat Badan Normal

Bacaan BMI yang normal pula menandakan berat badan anda adalah ideal dan adalah yang sepatutnya dengan ketinggian anda.

Maknanya berat badan sedang-sedang elok sahaja dengan ketinggian anda. Terus usaha anda untuk konsisten mengamakan gaya hidup yang sihat.

Berat Badan Berlebihan / Overweight

Sebaliknya, berat badan berlebihan ataupun obesiti menandakan seseorang mungkin mempunyai risiko atau penyakit yang boleh membahayakan kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi ataupun masalah kardiovaskular.

Jika bacaan BMI anda berada di dalam lingkungan ketegori obesiti, anda harus menurunkan berat badan anda untuk kekal sihat.

Kesan Obesiti Terhadap Kesihatan

Menurut kajian penyelidikan, berat badan berlebihan ataupun obesiti adalah salah satu faktor utama yang menyumbang kepada masalah kesihatan yang lebih serius dan merbahaya.

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 2 daripada setiap 5 orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes
Orang yang berlebihan berat badan atau obes berisiko tinggi untuk terdedah kepada pengembangan beberapa penyakit serius seperti berikut

  • Diabetes Mellitus
  • Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu)
  • Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)
  • Metabolic syndrome
  • Sleep apnoea
  • Penyakit jantung koronari
  • Cerebrovascular disease
  • Kegagalan jantung
  • Tekanan darah tinggi (hypertension)
  • Osteoarthritis
  • Gout

6 Langkah Mengurangkan Berat Badan

Jika anda tergolong dalam kategori berat badan berlebihan atau obes, anda harus berusaha untuk mengurangkan berat badan.

Ikuti langkah-langkah ini untuk mengurangkan berat badan anda:

1. Kurangkan Berat Badan 10% Dalam 6 bulan

Sekadar contoh, jika berat badan anda pada ketika ini ialah 100kg, anda haruskan kurangkan 10% iaitu lebih kurang 10kg dalam masa 6 bulan.

Ini sasaran yang anda harus tetapkan secara dasarnya sebelum memulakan langkah-langkah seterusnya untuk mengurangkan berat badan.

Tetapi harus diingatkan bahawa penurunan berat badan yang mendadak mestilah dielakkan sema sekali kerana boleh memudaratkan kesihatan. Pengurangan berat badan yang selamat adalah sebanyak ½ kilogram seminggu.

2. Makan Ikut Keperluan

Kenalpasti dan fahamkan keperluan kalori anda mengikut keperluan tenaga dan aktiviti fizikal seharian anda. Makan sekadar apa yang perlu dan makan beransur-ansur untuk mengelakkan rasa lapar.

3. Ubah Corak Pemakanan

Untuk mengurangkan berat badan, anda haruslah berkorban sedikit. Tak boleh nak makan yang sedap-sedap sahaja.

Ubah corak pemakanan anda dengan mengurangkan makanan yang bergoreng, bersantan dan berlemak.

Caranya mudah sahaja, pastikan anda hanya menyediakan makanan dengan kaedah mengukus, merebus dan memanggang.

4. Kurangkan Kandungan Gula

Anda wajib kurangkan atau elakkan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula. Minum sahaja air kosong. Lebih baik untuk kesihatan.

5. Lebihkan Pengambilan Sayur dan Buah

Amalkan untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan pada setiap waktu hidangan.

Kalori dalam sayur-sayuran dan buah-buahan sangat rendah kalori tetapi mempunyai kandungan serat yang tinggi.

Ini membolehkan anda berasa kenyang dalam masa yang lebih lama.

6. Tingkatkan Aktiviti Fizikal

Anda boleh mulakan aktiviti fizikal yang mudah-mudah dahulu. Contohnya, anda boleh gunakan tangga untuk bergerak di tempat kerja dan banyakkan berjalan. Amalkan 10,000 langkah setiap hari jika berkemampuan.

Tahukah anda salah satu untuk memerang obesiti adalah dengan makan secara perlahan-lahan. Otak manusia mengambil masa 20 minit untuk merasakan bahawa seseorang itu kenyang.

Kesan Kekurangan Berat Badan Terhadap Kesihatan

Jika bacaan BMI anda berada di bawah bacaan 18.5, anda dikategorikan sebagai underweight ataupun kekurangan berat badan.

Berat badan kurang juga dikaitkan dengan masalah jantung, lemah daya tahan terhadap jangkitan, keletihan kronik, anemia, kemurungan dan beberapa penyakit lain.

5 Langkah Menaikkan Berat Badan

Kekurangan berat badan juga merupakan satu masalah. Ikuti langkah-langkah ini jika anda mahu menaikkan berat badan.

1. Meningkatkan Pengambilan Makanan

Untuk menaikkan berat badan, anda harus mempertingkatkan pengambilan makanan.

Kalau anda seorang yang tidak boleh makan dengan jumlah yang banyak pada satu-satu masa, anda bolehlah makan dengan jumlah yang sedikit tetapi perlu makan dengan lebih kerap.

Amalkan untuk makan 6 kali sehari seperti makan sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan supper.

2. Pilih Makanan Yang Berkalori Tinggi

Anda boleh makan dengan jumlah yang biasa tetapi pilih makanan yang mempunyai kandungan protein dan kalori yang tinggi. Cara ini dipercayai mampu menaikkan berat badan anda dengan lebih berkesan.

3. Pilih Makanan Sihat Dan Seimbang

Pastikan anda pilih makanan yang sihat dan seimbang dalam diet seharian anda.

Elakkan dari makan snek-snek ringan yang tidak berkhasiat seperti mi segera, ais krim dan sebagainya.

4. Selalu Bersenam

Tahukah anda bahawa senaman boleh meningkatkan selera anda. Tak percaya cuba anda bersenam dan tak lama lepas bersenam mesti anda akan terasa lapar

5. Dapatkan Waktu Tidur Yang Cukup

Tidur yang cukup sangatlah penting untuk kesihatan kita. Badan anda akan menyimpan kalori pada waktu anda tidur seterusnya dapat meningkatkan berat badan anda.

Tips untuk Pengguna Celcom: Cara Share Kredit Celcom Paling Cepat & Mudah



Sumber Rujukan:
1. Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
2. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
3. WHO Global Database on Body Mass Index

Cover image credit to https://www.health.harvard.edu/blog